Puasa Boleh Sembuhkan Kanser ?
KAJIAN PROFESOR DR VALTER D. LONGO MENUNJUKKAN PUASA BAGUS UNTUK ANTI-KANSER DAN SISTEM IMUNISASI
Puasa Boleh Sembuhkan Kanser ? Pernah tak korang tengok binatang yang tak mahu makan, badan dia letih, dia nak berehat je ? Kalau korang paksa dia makan pun dia tak nak ? Bukan sebab dia tak nak makan, tapi itulah cara dia melawan penyakit, dengan PUASA.
Puasa adalah cara paling murah untuk buat detox. Detox yang kita tahu bagus untuk singkirkan toksin dalam badan, singkirkan lemak dan singkirkan parasit, yang buat badan kita cergas, tak caya korang boleh tanya Lailasani Ismail, Siti Aishah Usman , birthday girl Chrysalis Nurul , Ebby MohFat, dan ramai lagi .
ZOO PHARMACOGNOSY – BINATANG LEBIH HEBAT DARI DOKTOR ?
Bila orang kata harmony with nature, kita sebenarnya melihat hebatnya Alam ciptaan Allah, kita selalu sebutkan Subhanallah, zikir yang kita amalkan setiap hari. Tapi pernah tak fikir yang bagaimana haiwan ni merawat dirinya sendiri ?
Memang saintis pun pelik dengan kehebatan ini, sehinggalah satu bidang ZOOPHARMACOGNOSY mengkaji bagaimana sebenarnya haiwan memilih daun-daun dan tumbuhan semula jadi untuk merawat badan mereka.
Satu penelitian menunjukkan gajah yang bunting menukar diet mereka sehinggalah melahirkan anak gajah. Begitulah binatang lain secara alaminya boleh memilih daun-daun yang terbaik buat mereka.
AMALAN PUASA PARA NABI DAN ORANG-ORANG HEBAT
Bagi yang Islam, amalan puasa dah jadi kewajiban kita, sebulan puasa, lepas tuh hari raya. Hari raya pulak bedal makan berlemak, sebab itu ada puasa 6. Selain itu, Islam menganjurkan puasa sunat yang lain. Artis otai pelbagai suara Datok Jamali Shadat amalkan puasa Isnin Khamis supaya kekal sihat hingga sekarang.
Satu kajian juga menunjukkan puasa pada 13,14, dan 15 haribulan dalam bulan Islam bagus untuk melemahkan parasit dalam badan, kerana parasit ini aktifi ketika bulan mengambang. Tokoh-tokoh terhebat di dunia pun mengamalkan puasa.
- Rumi seorang pemuzik dan ahli seni yang hebat pada kurun ke-11 mengamalkan puasa.
- Pyhtagoras seorang ahli matematik terkenal pun mengenal pasti badan yang bersih dari toksin boleh memantapkan kepala otak.
- Sebab itu semua bakal pelajar dia perlu berpuasa selama 6 minggu sebelum memulakan pelajaran.
- Seorang doktor yang memeriksa badan Mahatma Ghandi yang berumur 77 tahun ketika itu terkejut kerana mendapati organ badan beliau seperit berumur 35 tahun, kesan amalan puasa oleh Ghandi.
Kajian Longevity Dr Valter Long Puasa Boleh Sembuhkan Kanser ?
Puasa boleh sembuhkan kanser ? Banyak kajian dan pengamal diet puasa ni mengiktiraf puasa sememangnya detox paling murah dan juga berkesan untuk kesihatan. Tapi kajian Dr Valter D. Longo, seorang Profesor dan Director University of Southern California (USC) Longevity Institute di USC Leonard Davis School of Gerontology menunjukkan puasa memberi impak kepada kesihatan imunisasi manusia dan juga kanser. 2 kajian penting Dr Valter Longo dan rakan rakan boleh di baca pada dua hasil kajian di bawah:
1. Prolonged Fasting Reduces IGF-1/PKA to Promote Hematopoietic-Stem-Cell-Based Regeneration and Reverse Immunosuppression – 5 June 2014
Jurnal di atas yang diterbitkan pada tahun 2014, terbitan Cell Stem Cell menunjukkan puasa bagus untuk sistem imunisasi manusia. Kajian ini dilakukan kepada tikus dan juga beberapa manusia yang terpilih. Mereka mendapati puasa lebih dari tiga hari , minum air sahaja, dan mengetatkan pengambilan kalori boleh membentuk sistem imun baru .
Semasa puasa, bilangan sel darah putih menurun, dan ini menyebabkan sistem imun akan menghasilkan sel darah putih yang baru. Ini memberi peluang sel darah putih yang lama, diganti dengan sel darah putih yang baru, yang tentu sekali lebih baik dari yang lama.
2. Fasting-Mimicking Diet Reduces HO-1 to Promote T Cell-Mediated Tumor Cytotoxicity – 11 July 2016 – 11 July 2016
Kajian terbitan Cancer Cell yang baru sahaja diterbitkan dua bulan lepas menunjukkan diet yang lebih kepada puasa, atau dipanggil Fast Mimicking Diet (FMD) boleh melemahkan sel kanser. Kajian terbaru ini menunjukkan diet puasa ini membolehkan sel kanser ini menjadi lemah, dan seterusnya ianya mudah di lawan oleh sistem imun, dan juga mudah dihapuskan semasa proses kemoterapi. Sebab itu kita sering dengar, pesakit yang akan menjalani kemoterapi disarankan berpuasa sebelum mendapatkan rawatan.
Konsep Fasting-Mimicking Diet
Dalam satu temubual oleh bluezone, 9 persoalan telah diutarakan kepada Dr Valter Longo tentang konsep penuaan dan puasa. Dalam satu jawapan, Dr Valter berkata beliau telah mencuba dua jenis puasa. Satu daripadanya puasa penuh tanpa air, dan satu lagi ialah diet dengan mengetatkan pengambilan kalori.
Dr Valter berpendapat memang sukar bagi mereka untuk mengamalkan puasa tanpa makan. Jadi dia mencadangkan supaya mengamalkan kawalan kalori yang sangat ketat, atau dipanggil FMD. Konsep diet ini sama seperti diet detox yang ramai diamalkan, dengan reset kembali sistem tubuh kita dengan mengamalkan sayur-sayuran dahulu, dan seterusnya mengambil protein , kabohidrat, dan lemak yang lebih sihat.
Resveratrol Meningkatkan Kemampuan Puasa Boleh Sembuhkan Kanser ?
Walaubagaimanapun, memang sukar untuk kita berpuasa sepanjang hari, selain dari bulan ramadan. Tentu sekali kita terlibat dengan kerja-kerja berat, takpun busy memanjang dengan pelbagai urusan. Biasanya orang yang amalkan diet detox ini akan mengalami perubahan badan yang sangat drastik, mula rasa letih, penat, pening kepala, disebabkan badan baru nak detox toksin yang ada.
Sebab itu, beberapa pendapat mencadangkan makanan tambahan seperti Resveratrol untuk menambahkan tenaga sel mitocondria dan mengurangkan selera makan. Resveratrol yang boleh didapati dari pokok anggur juga boleh bertindak sebagai penyahtoksin dalam badan, membuatkan badan kita lebih bertenaga, walaupun sedang berpuasa.
Pilihan #resveratrolterbaik saya tentu sekali yang mempunyai kajian klinikal dan terbukti berkesan dalam #landmarkstudyterbaik, dan tentunya lebih semulajadi tanpa bahan kimia yang berbahaya.
Puasa Boleh Sembuhkan Kanser Tanpa Pergi Hospital ?
Biasa kita dengar pepatah An Apple a Day Keep Doctor Away. Puasa sememangnya satu teknik detox yang lebih hebat, dan juga paling murah. Tapi bukan semua hari kita boleh puasa. Jadi jawabnya disiplin kawalan kalori sangat penting. jika hendak kesihatan dan bentuk badan yang lebih menawan.
.Jadi lepas ni, masuk je bulan ramadan, puasa sunat. Buatlah puasa betul-betul, jangan pula berbuka dengan makanan yang tak sihat pulak. Nak lebih berkesan, amalkan juga eat clean. Elakkan makanan ringan, jajan, fast food, minuman bergas dan lain-lain. Puasa boleh sembuhkan kanser ?