Petua Rambut Sihat Cantik

Petua  Rambut Sihat  Cantik

Petua rambut sihat cantik sangat banyak. jom kita baca beberapa tips mudah orang kampung dengan bahan yang murah.

Punca Keguguran Rambut

Rambut gugur disebabkan oleh kekurangan nutrien dan Vitamin B kompleks pada folikel akar rambut.Terdapat banyak sebab-sebab kenapa ini berlaku termasuk penuaan, keturunan, gaya hidup(merokok,tidur lewat, stress), makanan yang tidak seimbang, hormon yang tak stabil, dan perwarna rambut atau syampu rambut yang menggandungi SLE dan paraben yang tinggi.

Sebab-sebab di atas akan lambatkan proses badan kita menyerap dan hantarkan vitamin yang diperlukan oleh badan kita ni. Dengan ni folikel rambut kita merosot dan menyusut kerana kekurangan nutrien.

Cara-cara Untuk Mengatasi Masalah Rambut Gugur

Sebenarnya produk cecair seperti syampu/tonik untuk galakkan pertumbuhan rambut pun tidak dapat mencapai akar dan folikel rambut. Ia hanya dapat menyuburkan epidermis iaitu lapisan luaran kulit kepala sahaja. Jadi ia tidak dapat membantu pertumbuhan rambut dari dalam. Oleh sebab itulah kesannya hanya sementara sahaja dan kebanyakan tidak mujarab kerana ia tidak membantu dari dalam.

Ada bermacam-macam produk untuk masalah rambut yg dijual di pasaran. Apabila molekul protein dalam bahan produk yang digunakan terlalu besar, sesetengah badan manusia sukar untuk hadam dan tidak dapat menyerap dengan baik. Jadi ramai pengguna sangat kecewa selepas mengamalkannya kerana produk tidak dapat selesaikan masalah rambut gugur yg mereka alami ni.

Limau purut hilangkan kelemumur.

kulit kepala yang gatal mungkin disebabkan kelemumur. Untuk mengjilangkan kelemumur dan kegatalan anda boleh mengambil 2biji limau purut kemudia dibelah dua. Picit dan gosok limau tersebut dikulit kepala secara rata. Mungkin sedikit pedih terutama jika kulit kepala anda terluka akibat digaru. Selepas 5-10 minit, bilas bersih. Lakukan selang sehari sehingga kulit kepala rasa segar dan kelemumur hilang.

Santan Kelapa Hitamkan Rambut.

Rasanya petua yang satu ni ramai yang sedia maklum. Cara dia mudah sahaja, perah kelapa menjadi santan. Sapu rata santan pada seluruh rambut anda kemudia balut rambut dan kepala. Biarlan selama 15-20minit. Cuci hingga persih. Anda akan berpuas hati dengan hasilnya jika kerap kali anda cuba petua ini. Santan bukan sahaja boleh menghitamkan rambut anda malah menyubur dan menyejukkan kulit kepala.

Lidah Buaya Menguatkan rambut.

Pokok lidah buaya mmg terkenal dengan khasiatnya dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Salah satu khasiat lidah buaya ialah merawat masalah rambut gugur. Cara mudah petua ini ialah dapatkan lendir lidah buaya dan sapu dikeseluruhan rambut dan kulit kepala.

Biarkan dlm 15minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan sekerap mungkin insyaallah masalah rambut gugur dan rambut kering dapat diatasi. Selain itu juga ia mampu menyejukkan kulit kepala dan melegakan sakit kepala.

Daun Bunga Raya Melebatkan Rambut.

ok, ramai tahu khasiat daun bunga raya kan? Antaranya ialah menurunkan suhu badan. Terutamanya bagi kanak2 yang kena demam panas. Tapi tahukah anda daun bunga raya juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut.

Caranya…ambil beberapa tangkai daun pokok bunga raya bersihkan dengan air. Kemudian ramas daun bunga raya dalam sedikit air sehingga daun mengeluarkan lendir. Ambil dan lumurkan kerambut dan kulit kepala. Perapkan dalam 10-15minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua atau 3kali seminggu.

Daun Rambutan Merawat Rambut Rosak.

Perghh..kalau tengok buah rambutan yang merah2 nih mmg keliur habis. siapa yang tak makan buah rambutan yang manis berjus ni kan? Semua orangpun suka. Tapi berapa ramai pula yang tahu selain buahnya yang sedap dimakan, daun dari pokok rambutan juga mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya.

Daun pokok rambutan dikatakan mampu merawat rambut kerng dan bercabang. Caranya, ambil segenggam daun muda dari pokok rambutan, basuh bersih, ramas hingga daun mengeluarkan lendir, lumur pada rambut dan kulit kepala. Lakukan 3 kali seminggu, insyaallah anda akan berpuas hati dengan hasilnya. Buahnya sedap, daunnya berkhasiat.

Kulit Tembikai Membersihkan Kulit Kepala.

Bahagian lapisan putih pada kulit tembikai dikatakan mampu membersihkan kulit kepala dari kotoran dan habuk. Hanya gosokkan bahagian putih itu kepada kulit kepala dan biarkan 20-30minit sebelum dibilas dengan air bersih. Insyaallah bila kulit kepala bersih, kelemumur tidak mudah mendekati dan rambut akan lebih sihat.

Air Rendaman Kacang Hijau Lebatkan Rambut.

Petua ini pula sgt mudah…ambil secawan kacang hijau basuh bersih dan kemudian rendam semalaman kacang hijau terbabit didalam bekas yang mana airnya lebih sedikit. Kemudian tapis dan asingkan kacang hijau terbabit dari air rendaman. Ambil air rendaman dan lumur keatas kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala dan perap dalam sehingga kering. Apabila kering bilas rambut dengan air bersih.

Yogurt Melembab dan Mengilatkan Rambut.

Sedapnya yogurt!…ha, selain sedap dimakan, yogurt juga boleh dijadikan perapi rambut sekaligus merawat rambut rosak. Yogurt berfungsi melembabkan rambut. caranya, sapu yogurt pada rambut dan biarkan selama 15-20minit sebelum dibilas. ulang sekerap mungkin bagi merawat rambut. insyaallah, rambut anda akan mudah diuruskan dan menjadi lebih sihat. petua rambut sihat cantik.

petua rambut sihat cantik

PETUA HITAMKAN RAMBUT (UBAN) DENGAN AIR TEH

Korang rendam je uncang ataupun serbuk teh tu dengan sikit je air panas. Sebab kita nak buat teh yang pekat. Biar je tawar gitu. Jangan pulak korang campur dengan gula. Biarkan teh tu terendam semalaman dalam bekas bertutup, sebab kita taknak teh tu tercemar dengan bendasing.

  • -Lakukan setiap hari, 2 jam sebelum korang mandi pagi
  • -Ambil air teh saja okey, bukannya serbuk teh!
  • – Cuci tangan dengan bersih,
  • – Celupkan kedua tapak tangan sampai basah
  • – Ratakan ke seluruh rambut. Atau pun boleh jugak kalau nak siram terus ke kepala.
  • -Sapu rata-rata dan biar untuk sekurangnya 2 jam.
  • -Selepas itu bilas dengan air bersih.

Elakkan guna shampoo. Hanya boleh guna shampoo sehari selepas itu atau sebelah petang pulak. ** Untuk dapatkan rambut sihat, gunalah bahan semulajadi supaya rambut korang sentiasa sihat dan kelihatan cantik. Jangan guna bahan kimia dengan kerap. Ni la fungsi teh yang dah direndam tu :

  • – hitamkan kembali rambut yang rosak (disebabkan bahan kimia ataupun uban)
  • – buatkan akar rambut kembali sihat.
  • – cegah tumbuhnya uban
  • – sebagai tonik untuk rambut.
  • – Warna teh pekat ini akan jadi pewarna asli (hitamkan)

Harus diingat, untuk dapatkan betul-betul rambut kelihatan hitam, pakailah setiap hari selama dua minggu dan insya Allah, rambut akan kelihatan hitam berkilat. petua rambut sihat cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *