Petua Kayap Ular

Petua kayap ular, betul ke kalau kena KAYAP ULAR, kalau dia bersambung keliling badan, nanti boleh mati? Pernah dengar tak pernyataan ni? Betul ke tidak pernyataan ni? Sebelum itu, kita lihat dahulu kayap ni penyakit apa sebenarnya.
Penyakit Kayap
Kayap (herpes zoster) ini adalah penyakit yang disebabkan jangkitan Varicella Zoster Virus(VSV), iaitu virus yang sama yang menyebabkan chicken pox(cacar air). Kayap ni, adalah penyakit susulan daripada chicken pox.
Apabila seseorang dijangkiti VSV, maka dia akan mendapat simptom yang kita panggil chicken pox. Kemudian selepas chicken pox itu pulih, virus ni tak mati. Ia akan duduk diam-diam di dalam akar saraf. Ia akan aktif semua jika sistem imun individu menurun.
Oleh kerana virus ni duduk dalam akar saraf, apabila dia aktif semula, ia akan menjangkit saraf berkenaan disepanjang laluan (dermatome) saraf tu. Mula-mula pesakit akan rasa pedih dan membakar di sepanjang jalur saraf tu, kemudian naik lepuhan-lepuhan berair di situ.
Jalur saraf ni memanjang, jika di bahagian badan, ia sepanjang tulang rusuk. Biasanya di sebelah bahagian badan sahaja. Memandangkan ruam dan lepuhan ni muncul pada jalur yang panjang, ia mirip ular yang melingkar. Selain di badan, ia boleh kena pada leher, muka, dan bahagian lain.
Jarang kayap ni melingkar sekeliling badan, tapi tak mustahil. Jika ia berlaku lazimnya kerana pertahanan imun tubuh pesakit itu telah terlalu rendah. Jangkitan kayap yang teruk boleh menyebabkan beberapa komplikasi. Antaranya:
◾ Postherpetic neuralgia: iaitu kesakitan pada jalur saraf, walaupun ruam sudah tiada. Ada pesakit yang masih sakit pada jalur itu walaupun sudah berbulan-bulan.
◾ Buta dan Pekak: Jika terkena pada saraf muka, muka boleh lumpuh. Jika di saraf mata, boleh buta. Jika di saraf telinga, boleh pekak.
◾Radang otak dan selaput otak: ia jarang berlaku, tetapi jika ia berlaku, ia sesuatu yang amat serius. Jika tak rawat, sebabkan kematian.
Pendek kata, penyakit kayap ni boleh menyebabkan kematian tetapi ia disebabkan oleh komplikasi yang serius ekoran imuniti rendah, bukan kerana ia melingkar di keliling badan.
Walaupun ada pesakit yang boleh pulih sendiri tanpa rawatan, doktor biasanya akan beri ubat antiviral, salap(sapuan), ubat tahan sakit untuk mengurangkan ketidakselesaan pesakit, dan memendek kan tempoh pemulihan.
Petua Hilangkan KAYAP
Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:
Petua 1
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
Petua 2
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.
Petua 3
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
Petua 4 (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.
Petua 5
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
Petua 6.
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.
Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 8
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
Petua ke 9
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik .
Set Kayap Shaklee
Garlic Complex : bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ia bersifat antivirus untuk menghalang serangan jangkitan virus, bakteria dan kuman bagi memastikan penyakit tidak merebak menjadi lebih teruk. Satu lagi kelebihan Garlic Shaklee ialah ia menjanjikan penyakit yang sudah pulih, tidak lagi kembali.
Zinc Complex : membantu menghasilkan enzim yang penting untuk sistem imun badan berfungsi secara optimum.
Vitamin C : Merupakan imun booster kerana ia terlibat didalam produksi antibodi, aktiviti dan fungsi sel darah putih dan paling penting ia terlibat didalam penghasilan interferon. Keperluan vitamin C meningkat apabila sistem imun berada didalam keadaan tertekan.
ESP Shaklee : ESP Shaklee terhasil daripada protien yang soya berkualiti tinggi. Baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka nanah kayap dengan cepat.
Bagaimana VIVIX bantu pesakit KAYAP?
~Membaiki sel yang rosak dengan pantas
~Membantu memperbaiki structur kulit yang rosak
~Memelihara keseluruhan kesihatan
~Mengurangkan rasa sakit
~Anti oksida yang sangat baik.
~Membantu anda merasa lebih bertenaga
~Menguatkan sistem imun
~ Membantu masalah urat saraf akibat kayap yang kronik