Peppermint Ginger Plus

Peppermint Ginger Plus

Peppermint Ginger Plus (90 tablet / 30 hidangan) Kod Produk: 10126. Saranan penggunaan: Untuk dewasa sahaja. Ambil 3 sekali sehari selepas makan. Rangkaian kesihatan kami menyokong sistem penghadaman yang sihat, membantu mengembalikan keseimbangan pencernaan semula jadi, dan melindungi daripada masalah sembelit. Pudina dan Halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk sensasi menenangkan dan melegakan perut. Ia juga boleh membantu melawaskan penghadaman.

Kelebihan Peppermint Yang Perlu Anda Tahu

Kelebihan Peppermint Yang Perlu Anda Tahu | Peppermint atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai pudina, adalah sejenis tumbuhan herba yang berbau wangi dan sedikit berangin. Daun pudina berasal dari keluarga Laminacece dan tergolong dalam spesies Mentha. Ada banyak jenis daun pudina di seluruh dunia, dan masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri.

  • Pudina jenis Moroccan (Mentha spicata) – Sangat berkesan dalam meredakan kekejangan otot. Kesan ini amat sesuai uuntuk mereka yang aktif dalam sukan atau pun mereka yang keletihan atau telah berumur.
  • Pudina jenis Rubra (Mentha aquatica) – Boleh membantu merawat masalah cirit-birit. Caranya dengan memakan daun pudina segar sebagai ulam atau dibuat jus dari pudina ini untuk diminum bagi mengurangkan masalah cirit-birit.
  • Pudina jenis Mentha arvensis – Sejenis daun pudina Jepun boleh melegakan selesema dan menghilangkan rasa loya.
  • Pudina jenis Crispa (Mentha x piperita) – Boleh menjauhkan atau menghalau tikus di dalam rumah atau di kawasan kebun yang dikhuatiri merosakkan harta benda dan juga tanaman.

Peppermint juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Kalau hidung rasa berair, asyik bersin dan diserang batuk-batuk, cuba lah minum air panas atau air suam yang direndam dengan daun pudina. Hidu wap panas dari air tersebut, wap yang berangin boleh membantu melegakan hidung tersumbat. Pudina juga ada dalam ubat gigi untuk membantu menyegarkan nafas.

Daun pudina juga boleh membantu untuk menguruskan badan dengan meminum air teh pudina dua hingga tiga cawan setiap hari. Ada juga petua untuk meminum jus pudina yang diperbuat daripada daun pudina dan daun ketumbar yang dikisar dengan air serta buah lemon setiap pagi.

Kebaikan Halia

Pada zaman pemerintahan Dinasti China, mereka telah mencadangkan penggunaan halia bagi melawan loya, radang, mengurangkan osteoarthritis, membantu mengawal kolestrol dan melegakan kesakitan haid.

Ianya antara bahan versatil yang boleh ditambahkan dalam minuman smoothie,, sayuran, kari atau kuah, sup mahupun teh halia. Satu sudu kecil halia segar mengandungi 4.8 kalori, 1.07 gram karbohidrat, 0.12 gram serat diet, 0.11gram protein, 0.05 gram lemak dan 0.1 gram gula.

1) Mengurangkan keradangan

Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

2) Melegakan loya

Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan ‘morning sickness’.

3) Mengurangkan kesakitan haid

Mengambil halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid tatkala datang bulan, atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita. Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid.

4) Merendahkan paras kolestrol

Menurut ramai pengkaji, halia membantu dalam merendahkan paras ‘Low Density Lipoproteins’ atau kolestrol buruk, yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik tambahkan halia dalam diet seharian.

5) Menguatkan imuniti

Halia membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.

6) Membantu penghadaman

Pengambilan halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’, yang meransang penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. Kita boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu penghadaman.

7) Mengurangkan berat badan

Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

8) Mencegah pertumbuhan sel kanser

Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser. Terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

9) Dapat melegakan batuk dan sakit tekak

Potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi melegakan sakit tekak.

10) Mengurangkan sakit kepala

Kunyah sedikit halia mentah atau rebus halia di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan didahi dapat membantu megurangkan sakit kepala.

Kebaikan dan Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Peppermint-Ginger Plus Shaklee merupakan antara suplemen Shaklee yang saya gemari. Peppermint-Ginger Plus Shaklee banyak membantu saya mengatasi masalah berkaitan dengan “angin” dalam badan. Secara klinikalnya, Peppermint-Ginger Plus Shaklee ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman. Peppermint-Ginger Plus Shaklee merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur. Dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

4 herba tersebut adalah seperti berikut :
1. Pudina
2. Halia
3.pokok adas
4. Cekur manis

Pudina

*Melegakan otot perut
*Membantu dalam proses penghadaman, mabuk laut/darat, *melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
*Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kelhilangan selera makan
*Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu dapat menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema

Halia

*Merangsang rembesan enzim Slavia untuk pencernaan makanan
*Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang)
*Berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan

Pokok Adas (fennal)

*Menghilangkan kembung perut
*Melegakan sakit perut, gejala selsema
*Membantu dalam masalah alergi pada saluran usus

Cekur Manis (anise)

*Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
*Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba pada musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut

Fungsi dan kelebihan Peppermint Ginger Plus ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
Mereka yang sering mengalami kembung perut
Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan

Leave a Reply

Open chat