Peluang Bisnes

Peluang Bisnes

Peluang Bisnes shaklee ni sangat luas. Macam macam boleh buat. Jom kita tengok kenapa kena buat shaklee bersungguh-sungguh. jomlah kita buat bisnes shaklee sampai jadi master.

GUNA HASIL BISNES SHAKLEE BINA RESORT, LADANG KUDA, DAN TERNAKAN SERTA BANGUNKAN SEKOLAH TAHFIZ MERUPAKAN KEPUASAN BAGI MASTER HAJI ROSLAN.

Pada 7 Julai yang lalu kami berkesempatan untuk melawat Ayahanda Master Datuk Hj Roslan Ghazali di resort homestay merangkap kandang koleksi kuda serta ternakan beliau di Yan Kedah.

Siapa yang tak kenal Master Hj Roslan? Beliau merupakan Master Coordinator Shaklee berbangsa Melayu yang pertama dilahirkan di Malaysia sekitar tahun 90an.
Bagi kami pengedar Shaklee beliau merupakan salah seorang ikon living legend yang menjadi contoh hidup bahawa bisnes Shaklee ini adalah sebuah bisnes yang bertahan lama dn boleh dijadikan kerjaya!
Mana tidaknya, beliau sendiri sudah berkecimpung hampir 30 tahun dalam bisnes ini dan kini telah pun memiliki kebebasan masa dan kewangan di usia emas beliau.

Buat pengetahuan semua, resort kuda ini lebih merupakan cara beliau mengisi masa lapang sebagai hobi beliau yg mana ianya tidak menjana keuntungan jika dibandingkan dengan kos operasi kandang kuda yang memiliki sekitar 20 ekor kuda ini sahaja sudah mencecah puluhan ribu sebulan!
Apabila ditanya, Master Hj Roslan menjawab bahawa kepuasan seseorang itu berbeza-beza. Ada yang suka kereta besar…ada yang suka rumah besar…dan sebagainya!
Dan point seterusnya ini menarik :

ROGER BARNETT DAN SHAKLEE TIDAK PERNAH TANYA (PERTIKAI) KEMANA DUIT BONUS KITA DIBELANJAKAN!!
Tambah beliau sebagai memberi respons kepada mereka yang kembali mempersoal tentang etnik pemilik Syarikat Shaklee yang berbangsa Yahudi itu… katanya Islam tidak melarang kita bermuamalat dengan bangsa apa sekalipun termasuk Yahudi dengan syarat transaksi itu halal dan baik.
Sedangkan Rasulullah sendiri bermuamalat dengan bangsa yahudi seperti mencagarkan baju perang baginda untuk pinjam makanan.

Kalau semua pun berkaitan yahudi tak elok..jangan guna facebook.. jangan naik kapal terbang boeing! Semua tu yahudi punya!!
Bina Sekolah Tahfiz dengan duit bonus pendapatan dari Shaklee.

“Roger tak pernah tanya kita nak guna duit untuk apa pun…” ujar beliau.
Terkini Master Hj Roslan telah pun 90% siap membina sebuah banggunan sekolah tahfiz yang beliau infaq kan semata-mata untuk islam.

“Terpulanglah kalau dia (Roger) nak guna duit dia (sebagai individu) beri sumbangan kat mana- mana pun… dan terpulanglah kepada kita nak guna duit income bisnes kita untuk bina tahfiz atau bina apa sekalipun!! Yang penting Shaklee sebagai sebuah syarikat sudah banyak kali menegaskan bahawa Shaklee tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan keagamaan dan keganasan seperti pertubuhan Zionist dan sebagainya”. Tambah beliau lagi.
Berapa ramai Masters Melayu Islam yang dilahirkan dari bisnes ini? Berapa banyak zakat dan infaq yang mereka telah sumbangkan? Pernah kah Syarikat persoal?

Sewaktu lawatan singkat kami tersebut kami dibawa melihat pelbagai jenis kuda yang beliau miliki ada yang jinak ada yang kasar sikit… kuda-kuda ini dibeli dari pelbagai tempat dan ada diantaranya berharga sekitar RM 100 ribu ringgit seekor!!

Selain itu kami juga di bawa melawat kandang rusa dan burung unta.

Anak2 kami pula di beri peluang makan manggis siap ajar lagi cara buka kulit manggis. Yalah budak2 generasi baru ni…mana tahu cara buka manggis.. dapat merasa buah manggis pun jarang2..

Jadi begitulah serba sedikit kisah lawatan kami ke ladang kuda Master Hj Roslan di Yan Kedah. Siapa yang berminat nak melawat boleh la ggogle search the ultimate horse riding di Yan kedah.

ayu adyani bisnes

BISNES SHAKLEE BANTU SAYA BAHAGIAKAN INSAN TERSAYANG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA
SAYA AYUADYANI. Nama timangan dalam dunia bisnes Shaklee saya ialah RV. Ratu Vivix hihi. Bukan nak cerita tentang vivix, si suplemen antioksida terbaik tu, tapi nak cerita tentang Bisnes Shaklee itu sendiri.

Saya mula terjebak dengan Shaklee sewaktu mencari suplemen untuk berpantang abnak ketiga. Saya memerlukan vitamin untuk saya kekalkan kesihatan saya tatkala berpantang tanpa menjejasklan kesihatan anak yang berisiko jaundis ( serik dengan pengalaman anak sebelum ini prolong jaundis).

Alhamdullih, saya diperkenalkan dengan set berpantang Shaklee dan kemudiannya saya amalkan juga set menyusu memandangkan saya perlu membuat stok susu sebelum memulakan kerja.

Alhamdulillah.. Entah bagaimana saya mula cintakan produk Shaklee dan mula berkongsi kebaikan Shaklee dengan kawan-kawan yang Nampak perubahan pada diri saya sendiri. Seperti, berat turun sehingga 14 kg selepas bersalin serta masalah kesihatan lain seperti sinus gastrik dan migraine saya juga semakin baik.

Long story short, Bonus pertama yang saya terima ialah rm 28 sahaja, iaitu pada kali pertama saya daftar keahlian Shaklee hanya untuk makan sendiri. Tak pernah pun saya pandang nilai rm 28 tu. Masa tu, saya tak tahu juga yang Shaklee menawarkan plan bisnes terbaik yang saya pernah kaji hihi. (malu sendiri).

Dari situ juga, saya mula cuba untuk baca info-info produk dan plan bisnes Shaklee. Disamping itu, saya juga mula mendekati upline iaitu mentor saya untuk tahu selok belok bisnes ini.

Pada mulanya, saya hanya sasarkan nak dapat wang tambahan RM 500 sahaja sebulan, untuk keperluan tambahan diri sendiri, memandangkan saya sudah mempunyai kerja tetap. Hihi.. bila diingatkan kembali adudududu kecilnya cita-cita ku..

Bisnes Shklee mengajar saya, dari tak kenal blog, hingga mampu jadikan blog lubuk duit. Dari tak kenal instagram, boleh ada akaun instagram untuk jana pendapatan. Plus, yang terbaru sudah berjinak dengan dunia vlogger. Seronok dan bahagia terasa hihi.. opss! Saya juga bermula dari zero!!!

Bukan itu sahaja, nilai yang saya dapat dalam bisnes Shaklee ni bukan setakat nilai ringit sahaja tetapi merangkumi nilai kemanusiaan juga. Contohnya, saya bahagia bila dapat bantu kawan-kawan dan customer saya untuk atasi masalah mereka, serta bantu fahamkan apa itu gaya hidup sihat, fahamlan apa beza ubat dan suplemen.

Selain itu, bisnes Shaklee juga memberikan saya lebih ramai kenalan dari seluruh pelusuk Negara. Seronok! Bahagia!
EH, takat tu je ke bisne sshaklee boleh bagi? Ok jom masuk bab insentif bonus. Shaklee menawarkan 3 jenis bonus. Bonus cash, bonus kereta, dan bonus pelancongan. Bonus cash tu semua tahu kan, ada dua iaitu untung runcit dan bonus bulanan yang unlimited. Bonus kereta pula bonus yang diberikan setiap bulan dalam bentuk cash juga. Nilai bonus kereta juga unlimited! Kemudian bonus atau insentif melancong.

Bagi saya, bila dah terrrrmulakan bisnes Shakele ni, kita memang akan teruja untuk dapatkan dan kecapi semua jenis bonus itu. Alhamdulillah..

Cash bonus saya yang pada awalnya bermula dengan rm 28 sahaja, dan target pada awal rm 500 kini meningkat saban bulan.. 2 angka..3 angka.. 4 angka.. dan still counting. Alhamdulillah

Car bonus .. Yang ini juga salah satu bonus yang memberi impak pada saya. Dengan car bonus Shakle saya hadiahkan sebuah kereta untuk ibubapa mertua. Bukan nak cerita bab hadiahkan tu, tapi nak beritahu car bonus tu fleksible dan dengan adanya extra income, kita boleh memberi dengan lebih banyak especially untuk orang-orang yang kita sayangi serta yang ada disekeliling kita. Tak lupa untuk insan2 yang memerlukan.

Insentif pelancongan atau lebih dikenali sebagai trip. Alhamdulillah pda tahun 2017 berjaya tempatkan diri untuk local trip ke start cruise libra. Pakej melancong 5 bintang ini saya hadiahkan buat mama saya tercinta. Alhamdulillah dan InsayAlllah 2018 juga akan ke Bangkok. Doakan saya juga dapat capai impian untuk sertai National trip pula,yang sudah pastinya lebih menarik.

Ya, bisnes Shaklee ni merupakan satu bisnes yang ‘real’ bukan bisnes mainan mahupun skim cepat kaya. Rulesnya mudah, U BUAT, U DAPAT. Dan bila kata nak kecapi sesuatu kejayaan, halangan dan rintangan perlu dihadapi dengan bijak

Mentor yang betul lagi benar sangatlah diperlukan jika anda juga ingin Berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Alhamdulillah, saya berada dalam group yang betul. Terima kasih mentor-mentor saya yang terdiri dari Master Azrin, pengasas Our Shaklee Family (OSF), Pengasas Supermom Shaklee, Master Hadhatina serta pengasa Ireach Master Siti Norazlina serta seluruh warga Shaklee Malaysia amnya.

Special thanx juga untuk semua ahli ohmyvitamin group family yang banyak mengajar dan mendorong kejayaan saya sehingga hari ini.

Akhir kata, doakan saya agar dapat bergelas Master RV secepat mungkin hihi.

Terima kasih buat supermom Shaklee story memberi ruang dan peluang untuk saya coret sedikit tinta buat semangat diri dan kawan-kawan yang dambakan “spirit” untuk sukses!

Terima Kasih.

wan zainab bisnes shaklee

TINGGALKAN BISNES FESYEN & KOSMETIK KERANA JATUH CINTA SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t.

Saya Wan Zainab Bt Wan Muhammad, berusia 31 tahun dan merupakan salah seorang Shaklee Biz Leader sejak 2013 dan bernaung di bawah Supermom, GNT,GM dan juga Ireach. Saya juga merupakan Founder kepada Group Shaklee saya sendiri iaitu Rezeki Sihat Group (RSG).

Sebelum terjebak dengan Shaklee, saya merupakan seorang penjawat awam dan peniaga online kecil-kecilan. Saya berhenti kerja pada tahun 2012 kerana tidak sanggup berjauhan dengan keluarga. Bisnes online saya bermula pada tahun 2010 selepas saya menamatkan pengajian di Universiti.

Bisnes online hanyalah part time, pada siang hari saya bekerja sebagai Pelatih di Pusat Urusan Zakat. Saya menjual kain pasang, handbag, purse dan blouse secara atas talian.

Pada tahun 2011, saya ditawarkan bekerja di Lembaga Lebuhraya Malaysia dan menamatkan kontrak pada tahun 2012. Bisnes online saya terhenti seketika sewaktu saya bekerja di LLM kerana tidak sempat untuk uruskannya.

Balik kampung, saya meneruskan semula bisnes online saya dan offline dengan membuka kiosk dalam kedai makan kakak saya. Saya masih lagi menjual Handbag, dan menambah produk kosmetik di kiosk saya. Modal tinggi tetapi untuk tidak seberapa kerana system ejen yang tidak telus.

Pada Mei 2013, saya melahirkan anak sulong dan pada masa itu mengamalkan set berpantang Shaklee. Seterusnya, ditawarkan untuk menjual produk Shaklee. Pada permulaan bisnes Shaklee, saya sangat teruja kerana Pelan Perniagaan yang Shaklee tawarkan berbeza dengan bisnes yang saya jalankan.

Pelan perniaagan Shaklee sangat adil kerana modal serendah RM68.90 sahaja, berbanding dengan bisnes yang saya buat sebelum itu, modal mengikut jumlah barang yang saya ambil. Untuk menjadi stokis juga terpaksa meminjam untuk jadikan modal.

Kemudian, saya perlahan-lahan tinggalkan bisnes fesyen & kosmetik. Saya mula focus 100% kepada Shaklee dan pada Disember 2013, saya Berjaya Rank Up ke Supervisor dengan pendapatan 4 angka. Pendapatan yang sama dengan gaji saya sewaktu bekerja di jabatan kerajaan.

Dalam bisnes ada pahit dan ada manisnya. Ketika saya mula-mula menjalankan bisnes Shaklee, saya diuji dengan bantahan saudara kerana produk Shaklee berasal dari Amerika. Tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk teruskannya. Kadangkala segala perlian, saya telan sahaja.

Banyak lagi halangan lain sepanjang bisnes Shaklee. Saya pernah down selama setahun kerana sikap saya sendiri. Alhamdulillah syukurlah tidak lama dan saya berjaya bangkit semula.

Walaupun saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, saya tidak memilih pekerjaan dan saya mulai jatuh cinta terhadap bisnes dan produk Shaklee.
Pelan bisnes yang Shaklee tawarkan sangat adil. Bonus bulanan diberikan dan keuntungan runcit yang sangat menguntungkan.

Pada tahun 2014, saya mendapat Anugerah Star Award daripada Shaklee, untuk kategori New Rank Achievement. Seterusnya, saya naik rank Senior Supervisor dan melahirkan seorang Supervisor yang merupakan seorang pelajar Universiti.

Dengan bisnes Shaklee banyak perkara baru yang saya pelajari dan ramai mentor yang ikhlas untuk mengajar saya dalam menjalankan bisnes ini. Malahan mereka sanggup terbang ke Terengganu semata-mata hendak berjumpa dengan kami.

Apa yang buatkan saya setia dengan Shaklee, saya dapat kebebasan masa dan dapat bersama keluarga setiap masa. Dengan hasil Shaklee juga, saya belikan emak sebentuk cincin emas, supply vitamin untuk emak, belikan emak sofa baru dan dapat gembirakan keluarga saya. Walaupun saya tak bekerja di luar seperti orang lain, saya puas dan gembira.

Selain itu. Shaklee berikan kelas kesihatan percuma, program bersama upline, Kelas secara online dan terbaru, saya merupakan seorang mentor untuk Projek Duit Extra GNT dibawah seliaan Mami Salwa Ishak.

April 2018 yang lepas, saya juga diberikan peluang oleh Supermom, untuk menyertai Trip Supermom ke Jakarta, dan yang seronoknya saya dapat mengenali Shaklee Jakarta. Itulah kali pertama saya menaiki pesawat, kali pertama memiliki passport dan kali pertama menjejakkan kaki ke luar Negara. Terima kasih Supermom atas peluang yang diberikan. Oh ya, Trip Ke Jakarta adalah bonus untuk mereka yang menyertai Supermom Shaklee Story.

Melalui Shaklee, lifestyle saya juga berubah mengikut prinsip Shaklee, makan secara sihat, bersenam & pengambilan suplemen secara bijak. Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang 5 tahun dengan Shaklee.

Saya bangga menjadi working at home mother Shaklee Business dan banyak kelebihannya yang saya dapat. Saya dapat menjaga anak sendiri di rumah, dapat menguruskan rumahtangga dan yang penting dapat menjana pendapatan hanya dari rumah.

Saya juga memiliki Small Office Home Office saya sendiri di rumah. Di situlah tempat kerja saya setiap hari dirumah. Suami sediakan satu bilik untuk dijadikan ruang pejabat kecil saya.

Bisnes Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang ingin bekerja dari rumah kerana tidak perlu simpan stok, tidak perlu keluar rumah dan sentiasa mendapat permintaan pelanggan serta syarikat yang kukuh. InshaAllah saya akan terus setia dengan bisnes ini dan ingin membantu lebih ramai lagi surirumah yang ingin menjana pendapatan dari rumah.

Terima Kasih Allah. Terima kasih mentor-mentor saya & terima kasih Shaklee.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *