Paras Kolesterol Sihat

Paras Kolesterol Sihat

Paras Kolesterol Sihat ? Jom kita belajar bagaimana paras kolesterol sihat. Jom belajar macam mana nak turunkan paras kolesterol yang terbaik

Paras Kolestrol Sihat

  • Paras kolestrol darah normal merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada di bawah 5.20 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol darah yang unggul bagi anda.
  • Paras kolestrol darah pertengahan pula merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada pada julat 5.20 sehingga 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang kurang sesuai bagi anda.
  • Paras kolesterol darah tinggi pula merujuk pula kepada sukatan kolesterol dalam darah yang melebihi 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang merbahaya untuk kesihatan anda. 

Punca paras kolestrol melebihi paras normal

  • Makan berlebihan terutamanya makanan yang beminyak.
  • Kerap makan makanan yang bergoreng. mentega, marjerin dan minyak sapi
  • Menggemari makanan berasaskan santan dan kerisik.
  • Makan daging berlemak dan ayam berkulit
  • Makan daging proses seperti burger dan sosej.
  • Kerap minum susus penuh krim dan makan hasil tenusu seperti keju dan dadih

sumber : abam naja superbvitamin

paras kolesterol sihat rakyat malaysia

Paras Kolesterol Rakyat Malaysia Tinggi

Paras kolesterol 9.6 juta rakyat Malaysia tinggi- Hampir 20 juta rakyat dalam kalangan penduduk berumur 18 tahun dan ke atas di negara ini mengalami risiko penyakit tidak berjangkit berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS)

INI FAKTA BUKAN AUTA! Adakah anda tergolong dalam 9.6 Juta rakyat Malaysia yang berkolesterol tinggi? Kolesterol ni terjadi akibat pemakanan yang tidak sihat. Kita tak perasan pun kita ni berkolesterol tinggi. Sehinggalah kita membuat pemeriksaan doktor. Jangan difikir badan yang kurus tidak mengandungi kolesterol. Anda tidak perlu gemuk untuk mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Kulit Ayam Kolesterol Tinggi ?

Tak ada satu makanan yang kita tak boleh makan. Dan BETUL kalau kita makan sekali je kulit ayam atau makanan terproses atau makanan yang tinggi lemak lain… level kolesterol badan atau berat badan kita tak terus naik on the spot.. Dan BETUL jika goreng ayam ade kulit, minyak akan lebih terserap di bahagian kulit berbanding isi..

TAHU TAK ? Setiap makanan dari sumber semulajadi mengandungi kandungan nutrien tertentu yang diperlukan badan..LEMAK juga diperlukan dalam fungsi sistem badan seperti regulate hormon dan suhu..

TAPI…Bergantung kepada cara pengambilan makanan harian kita..yang sedia ada pun dah meriah dengan makanan berlemak, berminyak, berkolesterol, makanan terproses, berkalori tinggi..dengan budaya kita lagi yang makan BANYAK makan KERAP makan SEDAP

Uols rasa kalau makan hari-hari kulit ayam tak ingat dunia tu macamana pulak ? tambah lagi kulit ayam goreng sedap rangup berempah, agak-agak boleh ke kalau makan sikit je ? Sebenarnye dalam kebanyakan artikel bukanlah mengenai kandungan nutrien di dalam kulit ayam, tetapi lebih kepada cara memasak ayam dengan lebih sihat.

Ade kajian yang mencadangkan tidak menggunakan kulit ayam sebagai sumber makanan tetapi lebih elok digunakan dalam bidang biodiesel..yang ni tak nak highlight ke? Cukup-cukuplah dari menyumbang kenaikan data OBESITI di Malaysia.

FAKTA: kulit ayam mengandungi KOLESTEROL tinggi. Bijaklah buat pilihan, badan sendiri, penyakit pun sendiri yang tanggung nanti.

paras kolesterol sihat dengan vivix shaklee

Set Kolesterol Shaklee

VIVIX

Terkenal dengan antioksidan yang tinggi, Antioksidan dalam Vivix membantu dalam perlindungan sel termasuklah sel di sekitar bahagian salur darah. Orang yang alami masalah kolestrol yang tinggi adalah disebabkan oleh plug atau kolestrol berlebihan dalam salur darah. Fungsi Vivix ini, ia melindungi salur darah kita, jadi salur darah kita akan dilindungi dari kerosakan. Kolestrol tidak boleh menempel pada salur darah yang boleh menyebabkan kolesterol berlebihan. Resveraterol terbukti berkesan mencegah pembekuan kolesterol dari melekat di saluran darah.

PHYTOCOL-ST

Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol. Ini bermaksud, lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh anda, lebih kurang kolestrol yang diserap didalam badan! Anda juga berpeluang menurunkan paras kolestrol LDL anda dengan pengambilan fisoterol.

OMEGA GUARD

Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3. Ia sangat tinggi dengan kolesterol HDL..Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. paras kolesterol sihat.

vivix darah tinggi

Macam Mana Vivix Bantu Pesakit Darah Tinggi dan Kolesterol Tinggi?

Vivix ni supplemen yang merawat punca penyakit. Dia tidak berfungsi seperti ubat darah tinggi yang bertujuan merendahkan tekanan darah. Tekanan darah tinggi berkait rapat dengan kolesterol tinggi. Ia menyumbat dinding arteri dengan lemak lemak tepu. Jadi bentuk arteri menjadi tidak normal dan laluan darah tidak berlaku dengan baik.

Bayangkan kita berjalan di laluan yang sempit, perlu menyelit sana sini untuk meloloskan diri. Kadang kadang perlu pressure diri supaya dapat lalu. Dalam vivix ada Polyganum yang fungsinya khusus untuk pembersihan kolesterol.

InsyaAllah bila detoks dan kolesterol dpt disingkirkan, tekanan akan jadi normal dan terkawal. Jadi memang tiada masalah utk peringkat permulaan makan keduanya bersama sama cuma ada cara pengambilannya. Di samping kita jaga pemakanan sbb kolesterol dtg dari makanan

vivix shaklee kolesterol tekanan darah tinggi gula dalam darah

Vivix untuk menurunkan darah tinggi

Resveratrol dalam vivix membantu menyelesaikan tekanan darah tinggi(hypertension) melalui beberapa mekanisme.

Ia menurunkan keradangan sel ke dalam dinding pembuluh darah dan menaikkan kemampuan pembuluh darah tersebut untuk bertindakbalas dengan perubahan dalam tekanan darah.

Tambahan lagi, resveratrol sudah dikenalpasti baru-baru ini untuk menurunkan ketegangan pembuluh darah dan otot jantung yang menyebabkan hypertension berlaku.

Resveratrol juga bertindak didalam sel otak untuk menaikkan tekanan darah yang disebabkan oleh faktor pemakanan atau hormon.

Bagaimana Vivix dengan efisyennya merawat punca penyakit tekanan darah tinggi adalah sebab kandungan Resveratrol di dalam Vivix bertindak terhadap kolestrol.

Kolestrol adalah antara punca utama arteri / saluran darah jadi sempit. Akibatnya darah tak boleh flow dengan lancar. Maka terjadilah tekanandarah tinggi akibat permukaan salur darah yang tidak sekata kerana kolestrol yang termampat.

Dengan Vivix, kolestrol jahat LDL kurang teroksida maka chance utk darah beku atau tersumbat menurun, risiko heart attack pun menurun la insyaAllah.

testimonial kolesterol shaklee tini badri

Turunkan Paras Kolesterol Dengan Permakanan Sihat

MEI 2016 (MUSIM KEDUA) TESTIMONI 27: HARTINI BADRI [ SUPPLEMEN SHAKLEE BANTU TURUNKAN PARAS KOLESTEROL ]. Cinta pertama saya dengan Shaklee bermula dengan set Kolesterol. Saya dikesan mempunyai paras kolesterol yang tinggi sejak sebelum berkahwin. Doktor menasihatkan saya untuk jaga pemakanan.

Paras Kolesterol Jahat Meningkat 

Apabila telah melahirkan anak, paras kolesterol jahat saya makin tinggi dan saya mula rasa selalu letih, sakit kepala,migrain teruk dulu, sampai tahap kena duduk dalam bilik gelap tanpa cahaya dan bunyi, juga jantung selalu berdebar-debar. Membaca maklumat bahawa bahayanya kolesterol tinggi ni sehingga boleh membawa kepada masalah jantung, strok buatkan saya tak senang duduk. 

Saya mula risau. LEpas tu saya pergi buat pemeriksaan dan doktor menyuruh saya makan ubat kolesterol dan meminta saya makan selama setahun untuk dipantau. Saya enggan bergantung pada ubat sintetik. 

Makan Set Kolesterol Shaklee

Saya mencari alternatif dan bila pergi farmasi saya dicadangkan dengan suplemen semulajadi Shaklee. Ye. Saya memilih set kolesterol Shaklee. Lecithin Alfalfa paling saya konsisten sehingga beberapa bulan saja dah menampakkan penurunan.

Kemudian saya tambah dengan Omega dan Phytocol. Alhamdulillah kolesterol turun, kesihatan bertambah baik. Saya merasa lebih sihat dan bertenaga. Syukur alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *