Orang Jepun Hidup Lama ?

Orang Jepun Hidup Lama ?

Ada dua sebab kenapa orang jepun hidup lama. Satu faktor jasmani, satu faktor rohani. Jasmani nih kita boleh belajar pasal OKINAWA DIET. Dari segi ROHANI, boleh belajar tentang konsep IKIGAI.

Sebab Okinawa Diet Orang Jepun Hidup Lama ?

Pemakanan yang sihat dan terkawal merupakan antara rahsia kesihatan yang patut kita amalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali dalam kalangan orang Jepun dimana mereka amat menitikberatkan soal pemakanan seharian. Kalau anda pernah dengar mengenai Okinawa Diet, ini adalah ‘rahsia’ orang Jepun mempunyai tubuh badan yang sihat walaupun sudah berusia 80 tahu ke atas!

Okinawa adalah sebuah pula yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia. Purata mangia hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.

APA YANG MEREKA MAKAN DALAM DIET OKINAWA NI?

– Melebihkan makanan kaya dengan sahur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau.

– Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu.

– Daging, produk tenusu dan makanan laut diambil dalam jumlah yang kecil.

– Membanyakkan pengambilan soya dan kekacang.

– Seluruh pemakanannya secara am adalah rendah gula dan gandum – penduduk Okinawa mengambil kurang 30% gula dan kurang 15% gandum berbanding penduduk Jepun yang lain.

HARA HACHI BU– BERHENTI SEBELUM KENYANG

Di samping diet tersebut, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal. Peribahasa hara hachi bu membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh.

Tahukah anda, mereka secara purata mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari ! Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.

Kalau anda nak tahu lagi , Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir juga mengamalkan cara Hara Hachi Bu, di mana berhenti makan apabila perut sudah kenyang. Walaupun agak susah, tapi jika disiplin nescaya hidup lebih sihat dan bermanfaat. orang jepun hidup lama.

Rahsia Orang Jepun Umur Panjang & Kekal Bahagia

Di Jepun, ramai orang mempunyai Ikigai (disebut Ick-Ee-Guy). Maksudnya adalah:

Adalah falsafah yang diterapkan dalam kehidupan seharian orang Jepun bagi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.

Iki 生 bermaksud hidup dan gai 甲斐bermaksud hasil atau kesan dan ikigai 生甲斐 secara ringkasnya bermaksud sebab atau tujuan kita hidup atau apa yang membuatkan hidup kita bermakna bagi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.

Pernah tak kita terfikir, apa tujuan kita bangun pada setiap pagi?

Asal usul pengamalnya ialah di sebuah kepulauan Selatan Jepun iaitu Okinawa, di mana ia dikatakan menjadi pengamal kepada penduduk terbesar centenarians di dunia.

Pulau Okinawa menjadi tempat tinggal kepada orang yang paling sihat dan happy di planet ni.

Orang Jepun secara puratanya mempunyai kadar jangka hayat sebanyak 83 tahun iaitu yang paling tertinggi di dunia.

Secara umumnya, wanita lebih tinggi hayatnya dengan purata 86 tahun (Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia – WHO).

Walaupun Pulau Okinawa dikategorikan sebagai kawasan yang paling miskin di Jepun, tetapi penduduk Okinawa diiktiraf mempunyai jangka hayat tertinggi.

Mengapa? – tentulah banyak sebab!

Tetapi ada satu perkara yang terpenting yang menyumbang penduduk Okinawa panjang umur dan kekal happy iaitu mempunyai rasa tujuan hidup yang kuat!

Penduduk Okinawa terkenal dengan budaya mereka yang mengekalkan pandangan positif dan berusaha untuk mencapai , iaitu konsep yang membawa maksud ‘tujuan untuk hidup’ dan ‘tujuan untuk bangun setiap pagi’. Bolehkah konsep ikigai menyumbang kepada umur panjang dan kekal happy?

Dan Buettner (2010), penulis buku Blue Zones: Lessons on Living Longer from the People Who’ve Lived the Longest, percaya konsep ini mampu menyumbang umur panjang dan kekal happy.

Menurut Buettner (2010), konsep ini tidaklah se-eksklusif kepada orang Okinawa: ia mungkin bukan suatu perkataan tetapi kesemua empat buku Blue Zones seperti Sardinia dan Nicoya Peninsula mempunyai konsep yang sama dimana orang yang berumur panjang itu wujud dengan mengamalkannya.

Kajian menunjukkan bahawa kehilangan tujuan hidup seseorang boleh mempunyai kesan yang memudaratkan.

American mythologist dan pengarang Joseph Campbell pernah berkata, “Formula umum saya untuk pelajar saya adalah: FOLLOW YOUR BLISS ataupun buatlah apapun yang boleh membuatkan anda happy. Carilah kat manapun, dan Jangan takut untuk melakukannya “

orang jepun hidup lama

Hidup Kena Ada Tujuan

“Ikigai anda adalah di persimpangan kepakaran dan apa yang anda suka lakukan,” kata Hector Garcia, penulis bersama Ikigai: Rahsia Jepun untuk kehidupan yang panjang dan bahagia.

Ikigai adalah tindakan secara semulajadi tanpa paksaan, dibuat secara rela hati dan ikhlas. Apakah ikigai anda? Untuk mencari ikigai anda sila perhatikan soalan di bawah:

1) Apa yang anda minati?

2) Apa kepakaran anda?

3) Apa yang diperlukan oleh orang lain?

4) Apa yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan?

  • diterapkan dalam pekerjaan, hobi atau kehidupan seharian seperti menjaga orang tua atau mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Juga sekiranya anda mempunyai minat mendalam dalam agama dan rasa mempunyai tanggunjawab untuk berdakwah dan sebagainya.
  • mengajar kita sekiranya mahu berjaya dan bertahan lama dalam sesuatu benda yang kita kerjakan, jangan kejarkan minat dan cita-cita semata-mata. Kita perlu melakukan sesuatu yang boleh membantu atau membawa perubahan kepada orang lain. Ini yang akan mendatangkan kepuasan dalam sesuatu yang kita lakukan.
  • tidak disebabkan oleh kestabilan ekonomi atau status seseorang dalam masyarakat. Biarpun keadaan ekonomi seseorang itu tidak stabil. Kedudukannya dalam masyarakat adalah rendah, tetapi sekiranya dia mempunyai tujuan dalam kehidupan sehariannya, maka dia mempunyai ikigai.

Kepuasan Bekerja

Orang Okinawa akan melakukan pekerjaan yang memberikan kepuasan kepada diri mereka. Bukan kerana jumlah wang yang akan mereka dapat atau konsep ini dikenali sebagai jiko jitsugen.

Semasa makan, orang Okinawa mengamalkan hara hachibu atau berhenti makan setelah makanan memenuhi perut sekitar 80% sahaja. Atau dalam Islam amalan berhenti makan sebelum kenyang.

Orang Okinawa mempunya moai atau sekumpulan kawan rapat. Mereka akan menyokong mereka susah dan senang dalam kehidupan seharian seperti sebuah keluarga.

Dalam moai ada juga sistem seakan main kutu yang masyarakat Melayu amalkan untuk sokongan kewangan.

Selain itu, orang Okinawa juga mengamalkan ittaiken iaitu peranan atau komitmen seseorang individu dalam sesebuah komuniti atau pertubuhan.

Kesemua elemen ini mungkin rahsia mereka hidup sihat dan panjang umur?

2 thoughts on “Orang Jepun Hidup Lama ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *