Nasihat Kesihatan Pereka Fesyen

Nasihat Kesihatan Pereka Fesyen

Nasihat Kesihatan Pereka Fesyen ? Pereka fesyen terkenal di dunia Kyrzayda Rodriguez 40, meninggal dunia kerana barah perut pada tahun 2018, catatan yang ditulis sebelum kematiannya.

1. Kereta jenama paling mahal di dunia terletak di garaj saya tetapi saya mesti berada di kerusi roda.

2. Rumah saya penuh dengan pakaian dan kasut jenama khas yang direka khas, tetapi badan saya ditutup dengan cadar kecil yang disediakan oleh pihak hospital.

3. Wang dalam akaun bank saya adalah hak saya, tetapi wang itu tidak lagi berguna bagi saya.

4. Rumah saya seperti istana, namun saya terbaring di atas katil hospital.

5. Saya berjalan dari satu hotel lima bintang ke hotel lima bintang yang lain sebelum saya jatuh sakit, tetapi sekarang saya berulang alik dari satu makmal hospital ke satu makmal hospital.

6. Instagram saya dapat like oleh berjuta-juta orang, saya berasa teruja dan gembira – sekarang saya sangat berminat untuk mendaftar dengan preskripsi doktor!

Nasihat Lain

7. Saya mempunyai tujuh pendandan rambut yang melakukan dandanan rambut dan tidak ada satu pun rambut di kepala saya hari ini.

8. Dengan menaiki jet peribadi, saya boleh terbang ke mana sahaja, tetapi sekarang saya perlu membawa dua orang untuk menolong ke anjung hospital.

9. Walaupun terdapat banyak masakan di seluruh dunia, diet saya adalah dua pil pada siang hari dan beberapa tetes air limau pada waktu malam.

Rumah, kereta, jet peribadi, perabot mewah khusus, pakaian jenama, kasut dan beg, wang dalam akaun bank, kredibiliti dan reputasi tidak berguna buat saya hari ini. Tidak ada yang memberi saya sedikit keselesaan, hanya memberi wajah dan sentuhan beberapa orang yang cantik. nasihat kesihatan pereka fesyen

Tidak ada yang lebih nyata daripada kematian

Baru sekarang saya faham bahawa kesihatan yang sihat adalah satu-satunya anugerah hidup yang perlu diutamakan. Sama-samalah kita menjaga dan menghargai kesihatan baik yang dianugerah.

Kesimpulannya, harta, pangkat, darjat semuanya sementara… Bila Allah dah jemput, kita tinggalkan semuanya.. Usah riak, takabur dengan apa yg kita ada sekarang.

Kanser Karsinoid

Kebiasaannya bermula di saluran percernaan seperti di perut, usus kecil, usus besar, rektum atau juga di paru-paru. Kanser Karsinoid tidak menunjukkan gejala awal yang jelas dan bergantung kepada lokasi kanser itu. nasihat kesihatan pereka fesyen.

Oleh kerana itu, kebanyakan kanser ini dikesan pada tahap akhir. Tanda dan gejala Kanser Karsinoid di saluran pencernaan antaranya sakit perut, cirit-birit, mual, muntah, ketidakupayaan untuk membuang najis kerana penyumbatan usus dan pendarahan rektum.

Tanda dan gejala di paru-paru termasuk sakit dada, sesak nafas, cirit-birit, penambahan berat badan dan tanda merah jambu atau ungu pada kulit yang kelihatan seperti stretch mark. Jika anda mendapati sesuatu tidak kena dengan badan anda, buat pemeriksaan kesihatan. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Kanser Serviks

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di MALAYSIA. Barah pangkal rahim juga merupakan BARAH paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Faktor Barah Pangkal Rahim

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah.

Kanser Serviks adalah Barah Kedua Paling Berbahaya di kalangan WANITA. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

‘‘Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

nasihat kesihatan pereka fesyen

BARAH PANGKAL RAHIM

Dalam barah pangkal rahim, sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser. Tanda-tanda gejala barah pangkal rahim

  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  • Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
  • Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.

Di Amerika Syarikat, barah pangkal rahim membunuh 3,870 wanita setiap tahun dan 300,000 di seluruh dunia, kebanyakkannya diakibatkan oleh virus human papilloma yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin. Orang terkenal yang mengidap atau meninggal disebabkan barah pangkal rahim:

  • Henrietta Lacks
  • Colleen Dewhurst
  • Karin Smith
  • Anita Mui

LARANGAN MEMBAWA BUNGA KE WARD?

Satu notis telah dikeluarkan oleh Institut Kanser Negara untuk melarang membawa masuk bunga segar di Wad. Mengapakah bunga segar TIDAK dibenarkan dibawa ke wad pesakit? Bukankah bunga ini dapat menaikan mood pesakit?

Untuk makluman, pesakit di pusat kanser adalah terdiri dari pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi . Pesakit pesakit ini mempunyai tahap ketahanan badan yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit.

Oleh itu, bunga hidup yang boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan kulat TIDAK dibenarkan dibawa masuk ke dalam wad untuk mengelakkan jangkitan.

Bagaimanapula dengan hospital lain?

Amalan ini bukan suatu perkara yang baru, di UK 9 dari 10 hospital melarang pengunjung membawa bunga segar ke hospital.

Ini untuk mengelakkan masalah ALAHAN dikalangan pesakit. Debunga dari bunga (terutamanya bunga lily ) boleh menyebabkan sesetangah individu mengalami alahan teruk dan menyebabkan serangan astma.

Walaubagaimanapun, saranan ini juga mendapat respon yang berbeza dari pakar lain. Menurut Prof Hugh Pennington,Pakar Microbiologist, risiko jangkitan agak rendah, bunga dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada pesakit.

Pendapat ini juga di sokong oleh seorang ahli Psychologist, Emma Kenny yang menyebut terdapat banyak kajian yang membuktikan impak bunga kepada psikologi kepada seseorang individu. Saranan

  • Pastikan anda tahu apa polisi hospital dan wad- patuhi arahan pihak hospital
  • Elakkan memberi bunga kepada pesakit yang memiliki tahap imuniti yang rendah seperti pesakit kanser yang sedang menjalani raawatan kemoterapi
  • Utamakan keselamatan pesakit dan persekitaran hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *