Nak Tarik Pelanggan Shaklee ? Wajib Baca Sekarang

Nak Tarik Pelanggan Shaklee ? Wajib Baca Sekarang Oklah, ini lagi pertanyaan dalam Nuffnang yang boleh gua kongsikan. Semenjak gua terbangun pagi tadi, gua mampu mengupdate kisah awek cun yang berjaya memperbaiki badannya.
Tapi kali ini, gua nak story sikit lah pasal lu tentang tarik pelanggan Shaklee ni. Hoo, sebenarnya, ini bukanlah satu tarik – menarik macam pertandingan tarik tali, tapi memang realiti business , apapun business, semuanya ada main tarik tali, sampai pelanggan setia pun kena tarik dek kerana tawaran lumayan. Oklah, untuk membincangkan isu ini, kita mulakan dengan bacaan bismilah !!!
Tarik Pergi Mana ?
Hoo kisah tarik menarik ni memang best, paling tak pun, kalau zaman konvensional punya, mesti tarik join, pastu letak harga pendahuluan front loading beribu ribu lemon punya. Kalau yang tak mahu join tuh, bolehlah tarik diorang pergi business talk, tak pun tarik pergi HQ je, tengok produk Shaklee ada macam macam, senang nak order dan sebagainya.
Kalau yang single tuh, maybe boleh tarik customer pergi dating, kebun bunga keluar jalan jalan Jusco, huhuhu. Mungkin, lepas makan Shaklee, kulit bergebu-gebu , sebab tu kena tarik jadi makwe!!!
Bersaing Harga
Yang ni macam biasa, standard lah, bila dah jual benda sama, semuanya akan berebut, customer, cari paling senang tentu sekali dengan perang harga, kasi offer kaw kaw punya. Hoo, biasalah tuh, tapi Shaklee pun ada syarat syarat dan peraturan nya, tak boleh sewenang-wenangnya .
Tarik Dengan Duit ?
Hoo, zaman masa en Epul Jaguh dulu pernah terjebak dengan MLM haram jadah ni. Macam-macam janji kosong, dan terjebak dengan duit habis semua budak Universiti join beribu-ribu lemon. Memang naik cepat, tapi memang kena cop, kalau stok tak terjual, habislah simpan bawah katil, jadi perhiasan, tak reti nak jual dan sebagainya.
Apapun, ramai je yang masih lagi buat cara ni, sebab nampak meyakinkan, nampak smart dan nampak macam businessman yang berjaya, tapi sekali masuk mahu kena keluar RM 10k, sampai ada je yang buat loan.
Magnet Rezeki
Cara paling bagus, ialah jadilah DIRI SENDIRI, dengan menambahkan ilmu didada, tak perlu paksa-paksa, dan teruskan membuat sharing yang bagus tentang produk yang anda sedang makan. Buatlah amalan murah rezeki yang diajar oleh upline anda itu.
Gua pun masih tak berapa kuat nak jadi magnet kepada orang lain, maybe gua ni hensem sangat sampai gadis-gadis takut nak menghampiri gua. Apapun, rezeki, tetap ada di mana-mana, jom kita menikmatinya !!!
MLM Yang Bagus
Alhamdulillah, pagi dah bangun, nak sambung kerja, tapi walaupun ada rasa pening kepala tak hilang-hilang, Allah bagi kesihatan untuk sambung menulis untuk kebaikan masyarakat di luar sana. Tak sangka ada juga yang mencari dan masuk di blog saya , apa, bagaimana “Rahsia MLM yang Berjaya”. Kalau kita nak kira, banyak faktor juga sebenarnya. Saya pun tak tahulah nak cakap, tapi ada benda yang saya tahu saya kongsikan bersama anda, so anda pun kalau rasa benda ni tak betul, cuba komen di bawah, boleh kita kumpul point-point yang penting.
Produk Bagus
Yang ni paling penting, produk bagus dan berkualiti. Adalah menjadi satu benda yang penting dalam direct selling ni, ialah produk yang bermanfaat. Dalam Shaklee pun, produk seperti Lecithin memang lebih kurang sama dengan produk lecithin lain di pasaran. Alhamdulillah, sebagai ahli kita dapat harga yang lebih baik, dan juga dapat untung dari hasil jualan kepada pelanggan setia. Produk yang bagus juga di sokong oleh hasil penyelidikan yang di terbitkan di journal antarabangsa.
Harga Berpatutan
Saya tak nafikan, banyak produk MLM di luar sana, harga memang super duper tinggi dari biasa, susah nak kata, walaupun kualiti bagus, tapi harganya tidak munasabah, mungkin kerana nak cover balik bonus upline. Ada juga yang lebih teruk, produk tak seberapa, tapi harganya memang tak masuk akal, sebab nak untung banyak.
Tak perlu Iklan yang mahal
Tujuan MLM tu sendiri ialah untuk memasarkan produk dengan cara direct, man to man, dan tak perlu nak buat iklan besar-besar di jalan raya, ataupun buat iklan menggunakan artis sebagai duta. Mungkin permulaan boleh diterima, tapi MLM yang bagus ialah ahlinya membuat kerja dan menyampaikan serta berkongsi kebaikan produk kepada semua orang. Jadi syarikat tak perlu nak bayar duit promosi kepada tv atau iklan, sebaliknya gunakan duit promosi tadi untuk bayar bonus kepada ahli-ahlinya yang aktif.
Tak perlu modal ribu-ribu untuk jadi ahli
Sebenarnya MLM lain pun takdalah kena masuk beribu-ribu tahniah untuk mulakan business, tapi banyak golongan yang merosakkan sistem itu sendiri, dengan cara nak cepat naik pangkat, dan akhirnya jadilah macam syarikat burung yang masuk kena beribu-ribu tahniah, walaupun tiada unsur paksaan, tapi cara follow-up yang mereka buat, adakalanya mengganggu jiwa dan emosi rakyat Malaysia.
Boleh potong pangkat
Apa yang perlu kita faham dalam MLM seperti Shaklee ialah, downline boleh potong orang atasnya yang malas dan goyang kaki. Betul ke ? Betul, itu yang terjadi dalam kumpulan RMC kami. Alhamdulillah, siapa yang rajin, dia yang akan dapat lebih. Kalau tak, kebanyakan syarikat lain, kalau downline naik, upline angkat naik, tapi ianya tidak berlaku di Shaklee. Jadi tiada istilah Upline Goyang KAKI !!!
Buat Pilhan yang Bijak !!
Saya rasa ramai yang tak setuju dengan sistem MLM sebegini, tapi kalau nak di bandingkan dengan kerja makan gaji, mungkin realitinya kita tak kemana pun. MLM kadangkala lebih adil, kalau cukup point dan kriteria, boleh je terus naik pangkat, tapi tak berlaku dalam kerja makan gaji. Ada yang dah cukup berpengalaman, tapi sebab politik dan masalah lain, orang yang dah cukup kriteria masih tak dapat markah bagus dan naik pangkat. Jadi fikir-fikirkanlah !!

Mudahnya Menjual Produk Shaklee
Alhamdulillah, sudah masuk 2 haribulan, senangnya kami menjual produk Shaklee, dari dulu dan kini. Insyaallah kami dapat bertahan dan mempraktikan apa yang kami belajar untuk mempromosikan produk Shaklee sekarang. Trend di Malaysia amat menguntungkan, boleh dikatakan bulan lepas sahaja, berlaku fenomena yang amat dasyat. Satu Tsunami melanda, melihat ramai nya orang datang ke HQ Shaklee.
Walaupun dah ada sistem online, tapi mereka nak juga barangan terus dapat ke tangan mereka. Apa yang menarik nye ialah, kerana ketaksuban membeli produk Shaklee yang semakin hari semakin dapat sambutan.
Kalau nak di kiranya, banyak faedah menjadi family RMC. Group ni bawah pimpinan saya dan isteri. Group paling sempoi dalam sejarah Shaklee. Apa yang menarik jika anda memilih menyertai kami ialah
- YURAN hanya RM 65 Seumur hidup
- Bimbingan secara terus dari group kami
- Tak perlu keluar RUMAH
- Duduk buat marketing FB/BLOG/VIDEO
- Tak perlu nak beratur pergi pos, semua kami boleh buatkan untuk anda.
- Sistem Online yang best dan memudahkan
- Tak payah simpan stok, pergi HQ beli stok. Semua kami boleh lakukan untuk anda
- Hanya perlu marketing, dapat duit, kami pastikan pelanggan anda dapat barang yang diperlukan.
- Tak perlu nak buat PRESENTATION
- Tak perlu nak pakai baju kod, tali leher
Mudah Buat MLM Shaklee
- Tak perlu nak jumpa kelas minggu-minggu malam malam
- Boleh ajak makan-makan
- Boleh ajak buat aktiviti lain macam main futsal, memancing, pergi kelab dangdut
- Tak perlu nak pakai SPEK HITAM dalam kereta
- Tak perlu nak beli beg lawa lawa
- Tak perlu makan kat tempat mewah mewah
- Tak perlu nak susah tunjuk KERETA BMW
- Tak perlu nak tunjukkan tudung lawa.
- Tak perlu nak cari 3,4,atau 5 orang
- Tak perlu nak labur 20 ribu
- Tak perlu nak buat temu janji kawan sekolah lama-lama
Anda tahu tak dengan kemudahan INTERNET, Saya jamin, anda tak perlu keluar rumah, pergi beratur, pos barang. ANDA PERLU TAHU, SEMUA benda tersebut kami lakukan. Bagi membantu ANAK ANAK kami yang tidak mempunyai masa dan terikat dengan KERJA YANG BANYAK !!nak tarik pelanggan shaklee