MLM

MLM

Alhamdulillah, bangun pagi je, terus bersemangat nak update blog lagi. Tentu ramai rasanya yang dah bangun pagi nak bersiap pergi kerja, ataupun bangun pagi layan bola. Hoo, yes, biasalah tu. Oklah, buat anda yang mencari pengedar Shaklee area Shah Alam, apa kata kita berkenalan dulu dengan admin blog ini. Hhaha tu dia kami kat bawah tuh. Seronok ke business MLM nih ?

KENALI KAMI PENGAMAL MLM SHAKLEE

Rasanya ramai terkeliru sedikit, sebab dalam blog ini, saya dan ainul menulis. Jadi jangan terkejut kalau ada dua orang yang menulis dalam blog ini. Hoo, sebab saya rasa ramai terkeliru , sebab bila saya yang tulis, ada yang kata sis pulak, hahahha. Biasalah, sebab biasanya yang dominan perempuan. Memang pun, sebab saya start business ini lambat sikit, Ainul yang start dulu, sampailah sekarang kami full time buat business.

Kisah Ainul : Dari Jurutera ke WAHM

Sebenarnya, kisah Ainul lagi bagus kalau korang baca, oklah takpa, saya cerita sikit pasal Ainul. Hooo, kalau ikutkan, Ainul adalah jurutera di satu syarikat telekomunikasi, hooo, memang penatlah. Saya dulu pun hanya sambung belajar, Ainul dah buat kerja, pergi site semua, kekadang balik sampai pukul 3 pagi, dan semua membuatkan Ainul berikrar nak berhenti kerja buat business full time, dan menjadi seorang Working At Home Moms (WAHM). Alhamdulillah, sekarang ini kami dah berjaya, dan misi kami ialah nak lahirkan ramai lagi WAHM yang berjaya. Boleh baca lagi kisah Ainul di sini.

Otak Sains atau Otak Seni ?

Saya sebenarnya seorang bekas pelajar phd, dalam bidang kejuruteraan bioperubatan. Saya juga sukakan matematik dan sains. Tapi tak lupa juga dalam bidang seni, memang saya seorang yang meminati muzik blues,rock dan metal, sambil layan juga lagu irama melayu tradisional. Cerita saya di blog peribadi saya kadang-kadang lawak dan serius. Jadi anda boleh melawat blog personal saya di sini. Selain itu anda boleh lawati blog saya yang lain, blog RMC dan blog Harmonikawan.

KENAPA MLM SHAKLEE BEST ?

Kalau diikutkan, macam-macam business saya pernah ceburi, dan paling berhantu ialah bila kami sekeluarga pernah join satu business MLM lain, yang sebenarnya memang penatlah, terkejar sana sini dan abaikan anak di rumah, sungguh tak best. Bolehlah disimpulkan, business ini lain sangat sebab

Hanya perlu RM 65 untuk memulakan business – saya tak terkejut sangat, sebab biasalah, semua MLM macam ini jugak, tapi yang menariknya, ialah dari RM 65 itu, anda boleh gandakannya menjadi income 65,650,6500, dan 65000. hahah, dan jangan tak pecaya, bila saya cakap, memang ada leader shaklee kami yang boleh mencecah 650k sebulan, hanya bermula dengan RM 65. Hahhaha, amacam best tak ?

Tak Kejar PANGKAT – Business shaklee yang saya buat sekarang adalah atas dasar ingin membantu dan kami sangat seronok berkongsi dan bercerita kisah kejayaan dan tips kesihatan. Cerita kami dulu memang kena paksa cari orang, masuk dan labur duit, kurang-kurang masa itu dalam 20 ribu, hooo, mana nak cari duit. Tapi itu dah lepas, kami tak suka paksa-paksa orang, dan tak suka kejar dan beli PANGKAT, kerana kami tahu business begitu tidak akan kekal.

Produk Berkualiti – Bila cerita pasal produk, memang ianya sangat berkualiti, kalau nak baca lagi pasal Shaklee je, boleh je klik link yang saya boldkan. Tapi cerita Ainul yang saya tahu, adalah disebabkan oleh masalah susu yang merudum. Ainul sangat puas hati.

Sebab UTAMA Jadi Pengedar Shaklee ?

Yang atas tu adalah sebab tak berapa utama, yang atas tu adalah sebab nak promote business je. Tapi yang paling utama dan paling bersebab saya suka dan tertarik di sini ialah KANAK-KANAK. Bayangkan dulu kena tinggal anak, dah lah masa kecil , susahkan mak saya pulak, last-last saya pergi sorang kelas malam, balik lambat pukul 3 pagi.

Beza gila dengan Shaklee, saya tertarik , masa itu saya ingat lagi, kerja saya ialah melayan kanak-kanak, dan sampai sekarang pun, saya masih layan kanak-kanak, anak-anak kami sentiasa ikut kemana sahaja kami pergi, walaupun masa ambil award. Begitu istimewa, Ainul dukung Arreessa naik stage pada motivation rally yang pertama. Saya rasa business Shaklee ini begitu istimewa kerana mereka, selain dari produk dan modal yang rendah. Sehingga macam-macam nama saya dapat, mereka panggil saya babah, dan terbaru mereka panggil saya UNCLE KUASA !!!

Apa Yang Menarik Dalam Group Pengedar Shaklee Kami ?

Sebelum ini, nama group kami ialah Rich Millionare Club, hooo bunyi memang menakutkan, sampai satu masa saya tukar nama group kepada Rumah Mesra Ceria. Hhahah, memang sempoi, saya tak pastilah akan tukar group ini atau tidak. tapi group kami banyak sangat aktiviti yang menarik. Selain itu, yang menariknya business dalam group ini ialah

Tak Perlu Pergi PEJABAT POS – Dalam family RMC, buat yang mula-mula berjinak, mereka boleh berbusiness secara online, dan order pun secara online. Paling menarik, kami akan pos barang-barang mereka, kerana kami tahu, ada yang sangat sibuk dan sukar untuk mendapatkan produk promosi. Kami membantu mereka dan Alhamdulillah, business mereka bertambah maju dan mampu bergerak sendiri.

Mereka Dapat BLOG PERCUMA – Sebahagian family RMC kami dapat percuma servis blog, yang saya berikan kepada mereka, mengikut kehendak dan citarasa mereka. Selain itu, saya berikan mereka juga datang ke rumah kami, dan rumah kami buka sampai malam, hanya untuk belajar online marketing melalui facebook dan blog.

Ukhwah Yang Kuat – Alhamdulillah, selain dari marketing online, coaching di facebook dan whatsapp, kami rajin juga buat gathering diluar, berjumpa dan mengeratkan ukhwah antara satu sama lain, dan ukhwah itu terjalin dengan SID lain di luar group kami, dan Ainul sendiri ada satu group yang khas yang digelar Supermom Sisters. Kami sangat pentingkan ukhwah, walaupun hanya adik-beradik Shaklee.

Best Ke Melancong Percuma ?

Alhamdulilah, kami dapat menikmati trip percuma, dan paling best bila saya dapat pergi trip ke US, kami berkampung di Long Beach, California. Selain itu kami di sanjung tinggi, mendapat pengiktirafan dari Shaklee International atas kejayaan team Malaysia yang cemerlang pada tahun lepas. Anda boleh saksikan sendiri video dibawah, sambutan luar biasa yang diberikan kepada SID dari MALAYSIA. Saya sangat bangga bila berada di sana dan membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

Paling best sekali tentu sekali ialah melawat Disneyland Tertua di dunia, ibu segala disneyland dalam dunia. Inilah dunia imaganisa Walt Disney. Saya teruja, dan banyak benda yang saya belajar di sini, sampai kami tak tinggal solat, dan paling best masa itu orang sana tanya saya tentang solat, dan mereka menghormati kami. Banyak lagi juga tempat yang dilawati, selain kami pergi ke HQ Shaklee di Plesanton.

Nak Join Kami Jadi Pengedar Shaklee Terhebat ?

Jika anda semua berminat nak dapatkan produk Shaklee di Area Shah Alam, nak COD pukul 11 malam, terus sahaja hubungi kami. Jika anda berminat nak mempelajari ilmu marketing, blogging, SEO dan sebagainya, nak menjadi Ahli , nak mulakan business SHAKLEE, terus sahaja hubungi kami. Ataupun nak tahu rahsia nak masuk tv, majalah, dan sebagainya, rajin-rajin contact kami

Ainul Mustafa
013-3612717
ainulfadzilah@gmail.com
https://www.facebook.com/DietDietSihat

The post MLM – Best Ke Buat Business Direct Selling Shaklee ? appeared first on FAIZ SAAID.

2 thoughts on “MLM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *