Meal Shakes Shaklee

Meal Shakes Shaklee

Meal Shakes Shaklee antara makanan tambahan harian yang menjadi pilihan. Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke peringkat orang dewasa. Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Apa kebaikan Meal Shakes Shaklee?

Nutrisi lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lechitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh

Kaya dengan protien (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
Membantu tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

Detoksifikasi

Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Antioksida

Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

Mengembalikan seri wajah

Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih sihat dan cantik.

Rasa yang sedap

Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi. Pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

6 fakta menarik tentang MEAL SHAKES SHAKLEE

1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z, Mineral dan ‘Trace Mineral’.

Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Siapa yang digalakkan mengambil Meal Shakes Shaklee sebagai makanan tambahan?

Mereka yang sakit

Contohnya seperti mereka yang demam, kurang selera makan. Mereka ini sangat perlukan nutrisi agar sakit yang dihadapi cepat sembuh dan tubuh lebih bertenaga.

Mereka yang sering sibuk

Sering sibuk dengan aktiviti harian, dengan kerja hakiki, kerja-kerja rumah dan sebagainya sehingga ada yang skip waktu makan atau tidak makan langsung. Oleh itu, Meal Shakes Shaklee boleh dijadikan sebagai instant food yang berkhasiat.

Ibu hamil

Kaya dengan zat dan nutrisi, Meal Shakes Shaklee sangat baik untuk ibu hamil agar si ibu dan kandungan mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ianya juga baik untuk perkembangan janin yang sihat.

Ibu yang menyusukan bayi

Dengan pengambilan makanan tambahan yang berkhasiat seperti Meal Shakes dapat bekalkan nutrien nutrien yang penting oleh tubuh kepada si ibu sekaligus untuk si bayi melalui penyusuan.

Kanak-kanak

Golongan ini sangat perlukan zat dan nutrisi yang penting bagi perkembangan dan tumbesaran yang sihat. Sangat digalakkan bagi kanak-kanak yang kurang selera makan, kurang pengambilan sayuran dan buahan dan kanak-kanak yang lebih suka makanan ringan berbanding makanan yang sihat.

Atlet / ahli sukan

Mereka ini perlukan makanan tambahan yang berkhasiat agar tubuh sentiasa sihat, aktif, cergas dan bertenaga. Apabila tubuh sihat dan bertenaga, aktiviti yang dilakukan juga lebih baik dan produktif.

Pengamal sayuran / vegetarian

Golongan yang hanya makan sayuran atau juga dikenali sebagai vegetarian, mereka ini perlukan nutrisi yang terdapat pada makanan seperti daging atau makanan yang mereka tidak menjamahnya. Oleh itu, Meal Shakes adalah makanan tambahan yang disyorkan dan sesuai bagi golongan ini.

Pelajar

Sebagai pelajar, mereka perlukan makanan berkhasiat agar sentiasa sihat dan bertenaga. Dengan ini mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan lebih baik. Kesibukan sebagai pelajar juga kadangkala mereka skip waktu makan, oleh itu Meal Shakes boleh dijadikan sebagai instant food yang berkhasiat.

vitamin anak pandai shaklee

VITAMIN SHAKLEE TINGKATKAN KESIHATAN & PRESTASI AKADEMIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah permata hati ayah dan ibu. Bila anak berjauhan hati tak tenang rasanya. Anak saya 2 orang tinggal di asrama. Seorang tingkatan 1 dan seorang lagi tingkatan 3 dan bakal menduduki peperiksaan PT3 tak lama lagi.

Saya selalu risau akan kesihatan dan makan minum mereka ketika di asrama. Saya risau jika mereka terpengaruh dengan kawan-kawan untuk makan mi segera dan makanan yang kurang berkhasiat. Maklum sahaja kat asrama makan nasi sekali sehari sahaja. Malam-malam lapar, mula mencari makanan segera.Serius itu la kerisauan saya setiap kali nak hantar mereka balik asrama selepas cuti.

Makanan di asrama juga saya tak tahu akan tahap kebersihannya. Berdoa sahaja agar ia tidak memudaratkan anak-anak yang makan. Takut juga bila dengar banyak cerita keracunan makanan di asrama.Saya ambil inisiatif untuk memberi anak-anak saya extra perlindungan dengan memberi mereka suplemen yang di jamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI iaitu vitamin jenama SHAKLEE.

Saya mula memberikan suplemen kepada anak saya yang sulung sejak hari pertama dia di asrama, saya bekalkan MEALSHAKE, OMEGA GUARD dan VITA-C CHEW. Kesukaan anak saya yang sulung ni adalah Omega Guard, habis ajer mesti dia telefon cakap dah habis, bila nak hantar yang baru. Sabar je la, Omega Guard tu mahal kakak…hihiii. Tapi demimu anak ibu sanggup berhabis untuk kesihatan dan keperluanmu.

Anak sulung saya, Asyha sangat sukakan suplemen Shaklee ni, daripada tak pandai nak menelan yang jenis kapsul tu, pernah tersembur masa mula-mula belajar telan Omega Guard, sekarang dah pandai demand nak try yang lain pulak…hahaa.

Alhamdulillah, sejak mengamalkan vitamin Shaklee ni, Aysha memang jarang demam ketika di asrama. Selama hampir 3 tahun di asrama, baru sekali dia kena demam dan sekali kena chicken pox sebab berjangkit dengan adik dia ketika balik cuti. Syukur juga ketika dia demam, demam dia tak lama. Saya siap pesan supaya amik Vita C Chew lebih sikit untuk cepat baik.

Sakit demam atau batuk dan selsema di asrama memang cepat berjangkit. Jadi saya berusaha untuk melindungi dan meningkatkan imun anak saya denga suplemen Shaklee.

Omega Guard dan Mealshakes dia kata best sebab dia rasa lebih cergas dan bertenaga. Bangun pagi seawal jam 4.30 pagi dan tidur selewat jam 11 malam pun dia boleh fokus untuk belajar.

Alhamdulillah keputusan peperiksaan pun agak baik, dalam ranking 10 teratas dalam tingkatan setiap kali peperiksaan setakat ni.

Itulah ShakleeEffect yang anak-anak saya perolehi. Sampai sekarang masih maintain dan konsisten amalkan vitamin Omega Guard, Mealshakes dan Vita C Chew.

Saya sangat sarankan pada semua ibu bapa untuk memberi juga anak-anak mereka vitamin yang dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI ni iaitu vitamin SHAKLEE.

Terima kasih Shaklee!

Leave a Reply

Open chat