Makanan Untuk Mudah Hamil

Makanan Untuk Mudah Hamil

Dah bertahun tahun kahwin tapi masih belum hamil? sampai tak suka nak jumpa orang , sedara mara, kawan kawan. Bukan apa rimas bila asyik kena tanya bila nak mengandung. Hari ni kita kongsikan makanan untuk mudah hamil. Usaha perlu juga tau.

Makanan Untuk Mudah Hamil

Sememangnya terdapat beberapa cara atau petua yang digunakan oleh wanita zaman sekarang untuk mendapatkan zuriat dengan cepat. Salah satu caranya ialah dengan pengambilan beberapa jenis makanan yang membantu anda untuk mengandung dengan cepat dan anda juga disyorkan untuk berjumpa dengan pakar pemakanan untuk membincangkan dengan lebih terperinci mengenai jenis-jenis makanan yang boleh diambil. Anda diingatkan bahawa senarai bawah adalah petua dan tiada kajian utuh untuk menyokongnya. Walaubagaimanapun, secara umumnya makanan yang disenaraikan adalah makanan yang sememangnya baik untuk kesihatan.

10 makanan untuk cepat hamil

Makanan Untuk Mudah Hamil

1) Sayur-sayuran

  • Sayur-sayuran berdaun hijau yang kaya dengan asid folik dan zat besi adalah makanan yang sempurna untuk wanita yang merancang untuk hamil. Di samping membantu pembentukan lapisan endometrium yang kuat (lapisan dalam rahim), zat besi membantu melekatkan janin ke atas rahim.
  • Kubis: Sayur ini sesuai untuk kesuburan kerana ia mengandungi di-indole metana, sebuah kimia yang memainkan peranan penting dalam metabolisme estrogen dengan menghalang pembentukan fibroid dan endometriosis.
  • Brokoli: Kehadiran asid folik, zat besi dan nutrien penting yang lain menjadikannya makanan lengkap. Ia juga mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi yang diperlukan oleh ovari untuk mematangkan telur dan proses ovulasi.
  • Kentang: Setiap wanita yang merancang untuk mengandung harus memasukkan kentang panggang dalam diet mereka. Mengandungi vitamin B dan E, kentang meningkatkan pembahagian sel dan dengan itu, meningkatkan peluang bagi penghasilan ovum yang sihat.

2) Buah-buahan

  • Buah sitrus: Buah ini membentuk bahagian penting pada setiap diet bagi wanita yang ingin cepat hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi membantu dalam pembebasan telur daripada ovari.
  • Delima: Selain memberikan pelbagai manfaat kesihatan, buah delima meningkatkan libido bagi kedua-dua jantina.
  • Pisang: Seorang wanita dengan kitaran haid yang teratur dikatakan mempunyai risiko yang lebih rendah bagi kemandulan dan komplikasi kehamilan . Oleh itu, wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan untuk makan pisang yang mempunyai kandungan vitamin B6 yang tinggi. Vitamin ini penting untuk kitaran haid yang teratur dan dengan itu, meningkatkan kesuburan.
  • Nanas: Ia mempunyai jumlah “manganese” yang tinggi, mineral yang memainkan peranan penting dalam penghasilan pelbagai hormon pembiakan. Selain itu, ketidaksuburan didapati dikaitkan dengan tahap “manganese” yang rendah di dalam badan.

3) Makanan bukan vegetarian

  • Telur: Ia pastinya salah satu makanan yang terbaik untuk kesuburan. Ia kaya dengan “choline”, folik, asid lemak omega 3 dan vitamin D menjadikan ia makanan lengkap untuk setiap wanita yang merancang untuk hamil.
  • Salmon: Jika anda ingin makan ikan, salmon adalah yang terbaik. Ia kaya dengan asid lemak omega 3 dan nutrien penting lain yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesuburan wanita.
  • Tiram: Makanan laut ini mengandungi sejumlah besar zink yang membantu dalam pembentukan telur dalam ovari dan meningkatkan kesuburan.
  • Kerang: Ia adalah makanan laut yang lazat yang dilengkapi dengan vitamin B12, yang penting untuk mengekalkan tahap estrogen yang normal dalam tubuh dan implantasi bagi telur yang disenyawakan.

4) Rempah-ratus – Makanan super untuk hari esok yang bahagia

  • Kunyit: Tambah kunyit setiap kali anda menyediakan makanan untuk meningkatkan rasa dan untuk menggalakkan kehamilan yang sihat. Ia juga kaya dengan antioksidan.
  • Cili: Makanan pedas seperti cili perlu dimasukkan dalam diet anda kerana ia bertindak sebagai makanan kesuburan. Ia meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh selain memastikan bekalan darah yang sihat ke sistem reproduktif. Selain itu, cili membantu dalam penghasilan endorphin (“de-stressing hormone”) dengan itu dapat melegakan badan dan meningkatkan kesuburan.
  • Bawang putih: Apabila menyebut mengenai makanan yang kaya dengan nutrien yang meningkatkan kesuburan, bawang putih adalah yang terbaik. Bawang ini mengandungi selenium, mineral yang memberikan perlindungan terhadap keguguran awal dan dengan itu meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil.

5) Biji yang berkhasiat dan minyak

  • Biji labu: Ia adalah makanan yang baik bagi wanita yang merancang untuk hamil kerana ia penuh dengan pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan reproduktif. Walau bagaimanapun, jumlah zink yang tinggi dalam biji ini memainkan peranan penting dalam proses pembahagian sel semasa peringkat embrio.
  • Biji “Flax”: Ia kaya dengan asid lemak omega 3 dan “lignins”, yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesuburan bagi wanita. “Lignins” membantu dalam mengurangkan saiz fibroid dan seterusnya meningkatkan kesuburan.
  • Minyak zaitun: Kepentingan minyak zaitun dalam mengekalkan jantung dan badan yang sihat telah diketahui umum. Tetapi, kehadiran lemak “monounsaturated” dalam minyak ini mengurangkan keradangan di dalam badan dan kemudian, membantu dalam kehamilan yang bebas daripada komplikasi.

6) Minyak hati ikan kod

Asid lemak Omega 3 adalah lemak yang sihat yang membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan yang normal di samping pencegahan pelbagai komplikasi kesihatan pada wanita. Ia juga membantu dalam pengawalan hormon pembiakan wanita yang normal dalam badan dan meningkatkan kesuburan pada wanita.

7) Susu penuh krim

Wanita yang merancang untuk hamil haruslah mengamalkan pengambilan susu penuh krim dan bukan susu skim. Ini kerana, susu penuh krim (termasuk produk tenusu) mengandungi lemak yang sihat dan kalsium yang meningkatkan kesuburan dan penting untuk kehamilan.

8) Badam

Walaupun, hampir semua kacang dianggap baik untuk wanita yang cuba hamil, kacang badam dianggap yang terbaik. Kehadiran sejumlah besar vitamin E dan asid lemak omega 3 menjadikan buah kering ini sebagai makanan kesuburan.

9) Pengambilan multivitamin

Wanita yang mengambil multivitamin mungkin kurang cenderung untuk mengalami ketidaksuburan ovulasi. Malah, anggaran 20% ketidaksuburan ovulasi dapat dielakkan jika wanita mengambil 3 atau lebih multivitamin setiap minggu.

Lebih-lebih lagi, satu kajian mendapati bahawa wanita yang mengambil multivitamin mempunyai 41% risiko lebih rendah untuk mengalami kemandulan. Bagi wanita yang cuba untuk mengandung, multivitamin yang mengandungi folat mungkin bermanfaat.

10) Makan makanan yang kaya dengan antioksidan

Antioksidan seperti folat dan zink boleh meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan wanita.

Ia menyahaktifkan radikal bebas dalam tubuh anda, yang boleh merosakkan sel-sel sperma dan telur. Satu kajian berkaitan lelaki dewasa mendapati bahawa makan 75 gram walnut yang kaya dengan antioksidan setiap hari dapat meningkatkan kualiti sperma.

References

1. The Prepregnancy Diet, what to expect

2. 10 Foods That Will Increase Fertility and Libido in Women, Kaldas center

3. The Fertility Diet: What to Eat When Trying to Get Pregnant, Parents

Vivix Makanan Untuk Mudah Hamil Terbukti Berkesan, Selamat

Makanan Untuk Mudah Hamil

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE BANTU TINGKATKAN PELUANG UNTUK HAMIL

Vivix mengandungi kandungan resveratrol yang sangat tinggi.

Resveratrol bertindak sebagai anti oksida yang kuat berbanding antioksida yang lain.

Anti oksida pula berfungsi memperbaiki dan melindungi sel sel badan dari rosak daripada radikal radikal bebas.

Semakin tinggi anti oksida semakin kurang sel sel badan kita rosak.

Fungsi resveratrol dikalangan wanita ialah melindungi telur yang belum atau hampir matang dari kesan radikal bebas. Apabila telur dilindungi ini selamat dari rosak, ia meningkatkan peluang yang lebih tinggi untuk survive, membesar dan disenyawakan.

Fungsi resveratrol dikalangan lelaki pula melindungi dan memperbaiki kualiti sperma. Sekiranya sel sperma mempunyai kecacatan, Vivix membantu untuk memperbaiki sperma supaya kecacatan tidak berulang. Vivix juga memberi tenaga kepada sperma.

Pengalaman Pengguna Vivix Makanan Untuk Mudah Hamil

Makanan Untuk Mudah Hamil
Makanan Untuk Mudah Hamil
Makanan Untuk Mudah Hamil

18 TAHUN BERNIKAH, AKHIRNYA MELAHIRKAN ZURIAT SENDIRI DI USIA 37 TAHUN DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Makanan Untuk Mudah Hamil

Assalammualaikum Hai. Nama saya Zarina Binti Ismawi. Saya nak kongsikan kisah mak saudara saya yang berjaya hamil asbab dari pengambilan set kesuburan shaklee.

Saya masih ingat lagi bulan Mac 207, Makcik saya bertanya tentang set kesuburan shaklee. Dah beribu habis membeli produk yang lain. Jadi, dia teringin mencuba shaklee.

Saya mencadangkan set kesuburan shaklee untuk pakcik dan makcik saya. Makcik saya mengambil esp, gla, b complex, vitalea, vitamin c dan vivix. Manakala pakcik saya mengambil omega guard, vitalea dan vivix.

Setiap bulan, saya akan membantu mengira waktu subur mereka dengan tepat dan mencadangkan tarikh yang sesuai untuk mereka bersama.

Makcik dan pakcik saya sangat konsisten dalam pengambilan supplemen shaklee. Langsung tidak pernah skip.

Akhirnya setelah 6 bulan makcik saya konsisten dengan set kesuburan shaklee, dia mengalami demam yang teruk sehingga terkulai lemah. Muntah dan tidak mampu menghidu bau ikan segar.

Awalnya saya sangat nervous. Sebab orang kampung membawa cerita makcik saya jatuh sakit selepas mengambil supplemen shaklee.

Tapi, saya tetap yakin. Barangkali dia mengandung. Saya menyuruh makcik saya untuk check upt. Check kali pertama terdapat satu garisan clear dan satu lagi kabur. Dalam hati saya merasakan makcik saya mengandung.

Saya belikan makcik saya upt yang lebih mahal. Check sekali lagi, dan wow! double line!

Sayalah antara orang yang paling gembira. Malam tu juga saya nasihatkan makcik saya untuk bersedekah di surau sebagai tanda terima kasih dengan Allah.

Menangis kesyukuran mereka suami isteri. Bayangkan, 18 tahun menunggu zuriat kandung sendiri. Suatu tempoh yang bukan sekejap. Perlukan kesabaran yang tinggi.

Jadi, kepada sesiapa yang masih belun dikurniakan cahaya mata, kita masih ada harapan jika kita mahu berusaha.

Berusaha, yakin dan sentiasa berdoa. InshaAllah, pasti Allah akan makbulkan.

Makcik saya sangat percaya dengan shaklee. Dari mengandung beliau tidak mempunyai masalah HB rendah, tiada darah tinggi dll. Berpantang dengan vivix dan set berpantang shaklee sangat membantu beliau lebih cergas walaupun ini anak pertamanya.

Bestkan mendengar kisah makcik saya..? Jadi, kepada sesiapa di luar sana yang ingin berikhtiar mendapatkan cahaya mata, kenapa tidak mahu mencuba shaklee..

Nak cuba Vivix Makanan Untuk Mudah Hamil

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Rahim Terbalik Berjaya Hamil

Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *