Loma Linda Hidup Lama

Loma Linda Hidup Lama ? LOMA LINDA OTAK BIRU ? Masa bulan puasa nih, melayan duduk rumah kita tengok youtube. Bila belajar pasal plant based diet, abam ada tengok jugak pasal longevity. Dalam pencarian, terjumpa istilah pasal BLUE ZONE.
Apa benda BLUE ZONE nih ? Blue zone ni ialah istilah pada satu tempat yang ada penduduk yang hidup lama, lebih dari 100 tahun pun ado. 5 tempat yang rasmi sebagai blue zone nih,
- Okinawa, Japan
- Nicoya, Costa Rica
- Sardinia , Italy
- Icaria, Greece
- Loma linda, USA
Ada abam tengok siri seorang chef ni mencari makna kehidupan. Dia pergilah melawat setiap tempat nih. Mula mula abam rasa okinawa nih tentu best, sebab dia dekat japan. Orang japan, biasanya kita dah tahu, ramai sana sihat sihat. Jadi logik jugak depa boleh masuk area bluezone nih.
Dalam siri siri lain dalam channel youtube TONIC, ada jugaklah dia pergi tempat lain contoh macam Sardinia, depa ni minum red wine. Ini geng shaklee tahu, sebab tuh depa selalu telan vivix. Macam area Nicoya, yang tuh memang tempat kampung juga. Depa kat sana hidup style lama, guna kudrat, supaya mereka terus bergerak. Boleh kata macam okinawa, nicoya, macam rural area, kawasan kampung.

Tapi dalam satu kepelikan, kenapa ada satu jugak bluezone dekat Amerika ?
Biasa hangpa tahulah, amerika ni memang terkenal dengan obesity, kfc, mcdonald, dan macam macam lifestyle pelik. Tapi nak katalah, ada satu area dinamakan LOMA LINDA dicalonkan juga sebagai bluezone.
Dalam satu siri youtube yang abam tengok tuh, bertajuk “Are Religion And Diet The Keys To A Long Life | The Art Of Living | Tonic” , abam rasa LOMA LINDA nih boleh dijadikan contoh pada kita semua yang duduk area bandar. Loma linda ni tak nampak kampung sangat. Siap ada universiti lagi. Bangunan pun kira maju jugaklah.
Biasa orang kata kena duduk kampung, duduk tepi laut, baru boleh sihat.
Tapi LOMA LINDA buktikan depa pun boleh hidup lama, hidup bertamadun dan sihat. Korang boleh google , tapi yang ni yang abam baca:
- Depa ni penganut agama Seventh Aventist, salah satu cabang mazhab kristian depa. Hidup beragama ni buatkan depa kena bersosial dan hidup moderate.
- Depa macam biasa, menten BMI sihat, buat sedikit senaman, dan bergerak. Ok yang ni semua orang tahu.
- Depa memang plant based, sebab depa mengikut kuat agama depa. Dalam satu ayat dalam kitab depa, makan sayur dari makan daging. Jadi depa nih, makan daging sebagai side dish je. Hhahaha, kita biasa daging ni main dish, takde daging tak kenyang .
- Nak cakap jugak, kat sana, kfc, mcd, memang sukar nak buka. Loma linda ada syarat sangat ketat untuk restoran fast food macam nih. hahhaha.
Dalam video tuh jugak, abam tengok pakcik ni umur 80, badan still lean, tak gemuk boleh main bar macam orang muda je. Dalam tuh ada nenek umur 95 tahun masih pergi gym.

Kita pun sebenarnya boleh tiru macam LOMA LINDA
ni sebab Kita dah complete pasal sunnah kesihatan, dari segi makan, kehidupan , dan lain lain lagi. Lagi sekarang kita bulan Ramadan, puasa pun bagus untuk rohani dan jasmani. Jadi patutnya kalau kita betul betul follow sunnah, kita pun boleh sihat macam orang LOMA LINDA hidup lama.
Kalau diizinkan Allah, kami pun nak tengok cucu rank up master coordinator shaklee. Itu target weih, sebab dalam shaklee pun, bebaruni, ada seorang ni diraikan sebab umur 100 tahun, hahha. Nampaknya kena makan shaklee megadose macam master Roslan Ghazali.

Tun M 98 Tahun
Tun M 98 tahun . Masih boleh berpolitik dan masih kuat berjuang dan mencari idea baru dalam perjuangan beliau
Bak kata ayah saya, benda yang mengagumkan pasal longevity mahathir ni, bukan dia saja rasa, tapi dengan hasmah sekali pun sama
Hari tu tgk dekat video tiktok, dia order sepinggan, makan berdua dgn hasmah, pastu cakap cukuplah ni untuk kita
Selamat Hari Jadi kami ucapkan pada Tun M. loma linda hidup lama ?
Master Charlene Umur 60 Tahun Masih Cergas Berlari Derma Darah
Cerita ini dikongsikan oleh puan Aza. Upline beliau sememangnya plant based sejak dulu lagi. Jom baca kisah master

Master Charlene pun plant based diet. Masa 18 tahun lepas mula² mkn shaklee. Dialah yg jadi kan aza terinspirasi kita boleh upgrade kesihatan & berumur sihat, Cantik.

Umur 60 tahun.Awet muda, aktif, penderma darah tegar ni

Master ni dia tanam sayur sendiri. Kalau dia pergi lari ke . Dia jumpa apa² pokok, sayur boleh mkn semua dia petik bawak balik Dan jadi makanan dia

Orang Taiping kak
Orang Taiping cantik² & sihat ????
Walaupun dia mkn sayur je.
Tapi tgk makanan dia semua warna warni. Takdelah hijau je ????
So, nampak cantik & seronok nak mkn
Dia selalu citer Org memang tak percaya umur dia. Jln laju, badan tegap, kulit cantik
Sampai kena tunjuk IC ????
Tengok results orang yg dah amalkan ni.
Moga jadi semangat dkt kita semua ya
Oh pernah tanya dia.
Mcm mana dia masa lari² tu. dia boleh tahu sayur dia petik bawak balik tu selamat?
Dia jwb
Kalau burung, haiwan makan selamat. Manusia mkn pun selamat
Mak Umur 60 Tahun Makin Sihat
Ini pula kisah mak master Aisah. Memang boleh kita ikut jadi panduan. master Aisah ada blog di aisah.net
Ha btl btl. Maksy umur 60 an pun nampak muda juga
Kesihatan dia terkwl setakat ni
Ulam ulaman plg dia gemar
Segala ulam makan
Mak ni dia suka makan sayur,
Dgg ayam tu dh kurang sgt dh
Sejak dia detected kencing manis tu
Mak cukup jaga. Saya nasihatkan mak utk tukar cara pemakanan lebih kpd
Syuran
Dia lebih makan ikan itu pun rebus
Dgg ayam tu bkn x makan langsung
makan sesekali tp jrg bila ada sedara atau cucu blk rumah je dia msak. Tp itu pun dia akan msk lauk dia juga
Sy ajar mak cara cut calorie
Gula jauh sekali
Dia mmg amal protein cinch tu vivix ada juga
Smpi skrg bacaan gula cantik bwh 5
Dan ada bru ni smpi gula dia 3 sgt rendah dn sy minta adik sy refer hosp utk cut ubat
Sbb mak bkn spt dulu dietnya
Tp mmg bykkan sayur ni bgs dan kesihatan mak pun cantik
Dulu ada drh tinggi skrg bacaan drh tinggi dah ok
Atas 100-110
Bwh 70-90
Berat mak dr 84 skrg dah 76 kg
So bykklah improve kesihatan dia
Jalan pun lebih stabil
Banding dulu
Lutut mak mmg skt sblm ni
Skrg improve byk
Itulah kisah ibu saya ❤????
Ubatan mak pun dh berkurangan.
Sy mmg pantau yg part tu.
Doktor pun puas hati dgn result mak
Rahsia Mak Umur 81 Tahun Sihat Tiada Uban
Rahsia kesihatan mak kepada Puan Nor Hasmida, usahawan hebat nih, cantik. Mak dia punya cerita lagi best. Jom baca kat bawah
MasyaAllah..
Mak akk tak makan sayur yg beli di pasar.
Mak makan sayur hasil tanaman sendiri dari zaman muda sampai lah sekarang. UmUR makn83 tahun.
Alhamdulillah ???? Allah kurniakan kesihatan yg baik, solat berdiri, boleh ke surau berjemaah, Masih mengajar mengaji Dan Masih lakukan aktiviti berkebun.
Kalau tgk dari fizikal mak. Kulit mak sihat, rambut mak Masih hitam berkilat. Hanya ada uban tak sampai 10 helai????. Kuku mak Masih cantik kuat Dan bersih..
Ulam ulaman tu memang mak tak pernah tinggal dari menu makanan harian. Nasi ambil..tapi dalam kuantiti yg sedikit.
Protein Esp mak ambil setiap hari tanpa culas…
Mak banyak makan ikan. Ayam x ambil.
Daging ambil.. tapi tak banyak Faiz..Daging tu dalam sebulan 2 Kali. Kadang x ambil langsung
Kalau buah.. mak makan buah mengkudu yg dah masak tu. Bau memang busuk ya Allah…????
Tapi mak blh telan. Dia cicah ngan garam ja
Pucuk mengkudu yg pahit ya Rabbi tu mak boleh buat ulam gitu ja. Kalau kak Ida kena rebus buang pahit dulu..
Tu yg hilang khasiat tu. Tu la rambut putih lbh banyak dri mak????
List Antara sayur yg mak makan..
Ulam Raja
Ulam pegaga
Pucuk ubi
Pucuk paksu
Kacang botol
Kacang panjang
Kucai
Daun bawang
Pucuk Salam
Pucuk.mengkudu
Pucuk kaduk
Peria
Jantung Pisang
Umbuk Pisang
Daun selum
Timun
Pucuk betul
Terung
Ni antara yang kak Ida ingat????
Celik mata , 4 am tu rutin amalan solat. Subuh mak jalan perlahan2 p surau.
Balik ambil Esp dan breakfast buah betik@pisang. Ambil segengam.nasi. orang lama ni tak boleh tinggal nasi ngan ulam. nak² org utara.
Kadang mak takmambil nasi. Tapi rebus ubi kayu.
Dah breakfast . Mak ke kebun .. belai2 pokok mak tanam..????
Tghhari makn nasi ngan ulam Dan ikan. Ikan tu kadang bakar @ masak Kari / lemak/ rebus / masak asam
Petang pun nasi ngan ulam Dan ikan. Biasa mak akan makan seblm Maghrib.
Tidur awal. 9:30 mak dah tidur.
Rahsia Kecantikan Seniwati Sarimah Ahmad
“Saya tidak pernah makan ayam dan daging sejak kecil, bukan pantang, tetapi sebab tidak minat. Sayur-sayuran seperti ulam dan buah-buahan menjadi makanan ruji saya setiap hari dan mesti ada.
Saya tidak percaya dengan suntikan Botox kerana bagi saya kesannya hanya sekejap dan menyakitkan. Lagi pula, saya jenis takut dengan jarum. Kita kalau nak kekal cantik dan muda, bermula dari dalam terutama hati