Kesan Psikologi Bebas Hutang

Kesan Psikologi Bebas Hutang

Kesan psikologi bebas hutang ? memang betul. Jangan main main dengan hutang. Kalau tak pandai kawal hutang, memang jahanam hidup anda. lebih ramai bunuh diri hutang KERATAN AKHBAR PILIHAN: 266 BUNUH DIRI KETIKA PKP DILAKSANAKAN.

Petaling Jaya, 18 November 2020 – Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan dan masalah keluarga menjadi punca utama seseorang nekad meragut nyawanya sendiri ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 266 kes bunuh diri dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Ia sekali gus menunjukkan secara purata lebih 30 orang bunuh diri sebulan atau seorang setiap hari dalam tempoh berkenaan. Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Ramli Haji Din berkata, sebanyak 25 peratus daripada 266 kes bunuh diri berpunca daripada bebanan hutang yang tinggi, diikuti masalah keluarga (24 peratus) dan kes rumah tangga (23 peratus).

Menurutnya, selain tiga motif itu, bunuh diri atas faktor cinta turut mencatatkan 15 peratus dalam tempoh sama. “Punca bunuh diri yang lain termasuk bebanan kerja, halusinasi, mental, media massa serta dadah pula direkodkan sebanyak 13 peratus,” katanya.

Tekanan & Ketegangan

Apabila hutang semakin meningkat dan tidak cukup wang untuk membayar, tekanan dan ketegangan dengan cepat menjadi faktor. Menurut WebMD.com, tekanan menjejaskan kesejahteraan emosi, fizikal, kognitif dan tingkah laku. Tekanan ini boleh memberi kesan yang jelas terhadap kualiti hidup anda, dan kualiti hidup orang di sekeliling anda. Berikut adalah contoh setiap satu:

Tekanan emosi mempengaruhi pandangan anda tentang dunia dan tempat anda di dalamnya. Ia boleh menjadikan walaupun keadaan yang paling positif kelihatan suram.
Tekanan fizikal sama dengan tenaga yang rendah, sakit kepala, dan selsema dan jangkitan yang kerap. Ini seterusnya boleh menyebabkan ketidakhadiran bekerja, sekali gus memberi lebih tekanan kepada masalah kewangan anda.
Gejala kognitif mungkin termasuk ketidakupayaan untuk fokus, penilaian yang lemah, dan terlalu pesimis tentang kehidupan dan peristiwa kehidupan.
Gejala tingkah laku biasanya termasuk penangguhan, perubahan dalam selera makan, dan menunjukkan tingkah laku saraf seperti menggigit kuku atau melangkah.

Rahsia Membayar Hutang

Pakar personaliti radio dan pengurusan wang Dave Ramsey telah menghabiskan masa bertahun-tahun memberitahu penontonnya untuk membayar hutang mereka daripada yang paling kecil kepada yang terbesar, tanpa mengira kadar faedah. Pengkritiknya berhujah bahawa pelan keluar dari hutang harus bermula dengan membayar hutang dengan kadar faedah tertinggi dahulu. Walaupun pendekatan ini paling masuk akal secara matematik, kajian penyelidikan baharu mengesahkan bahawa pendekatan Ramsey lebih berkemungkinan berkesan.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan Pemasaran melaporkan bahawa membayar hutang terkecil anda terlebih dahulu boleh membantu anda mendapatkan motivasi yang anda perlukan untuk menangani bil yang lebih besar. Penyelidik menyimpulkan bahawa menyelesaikan tugasan kecil memberikan rangsangan tambahan kepada motivasi, yang membantu orang ramai menangani tugas yang lebih besar. Jadi, sebaik sahaja anda membayar bil doktor $300 itu, anda akan mempunyai lebih banyak motivasi untuk mula membayar kad kredit $1,500 anda.

Selain itu, penyelidik mendapati bahawa peserta mengalami lonjakan dalam motivasi apabila mereka hampir menyelesaikan tugas. Apabila subjek dapat melihat garisan penamat, mereka bekerja lebih keras untuk menyelesaikan kerja. Oleh itu, memecahkan hutang kepada tugas-tugas kecil yang lebih terurus boleh membantu anda berada di landasan yang betul supaya anda boleh keluar dari hutang dengan lebih cepat.

Bebas Hutang 2018

Tahun 2018 adalah tahun berhijrah saya. Berhijrah memang penat, banyak benda kena korban. Tapi Hijrah juga akan membawa rezeki lain yang lebih besar.
1. Bebas Hutang
akhirnya semua settle. lega nya ya amat. puas hati selepas bertahun tahun menahan diri enjoy, joli sana sini. huhu
2. Naik rank selepas 4 tahun
Berapa cepat tak penting tapi bagi saya paling berapa lama anda mampu konsistent, bertahan, setia.
3. Sales 6 angka dalam masa 1 bulan
Pencapaian personal saya yang tak seberapa ni. Akhirnya berjaya cabar diri skor 6 angka sales sebulan.
4. Berjaya closed sales 27 botol vivix pada seorang customer
Pakcik ni sorang beli 27 botol vivix. pelaburan pada kesihatan kenapa nak berkira kan?
5. Gathering Rumah baru
Tahun berhijrah. Hijrah dari seorang penghutang ke bebas hutang dan berhijrah ke tempat baru. Berjaya buat 2 kali makan makan gathering
6. Tour raya Selatan
Beraya sakan tahun ni ke Selatan. Ke Tangkak- Kluang-Kota Tinggi-Desaru-Skudai- Johor Bharu-Batu Pahat-Muar- Spg Renggam-Nilai
7. Youth Party di Le Meridien Putrajaya
Celebrate youth party bersama sama geng dietdietsihat.com
8. 360 Hi Tea party
Berjaya arrange hi tea party 360. kecoh & meriah tagline kami. hehe
9. Success Hunter, Success Branding

Projek yang kami arrange dan berjaya dilakukan di 2018. 2019 SH akan lebih meriah, lagi best dengan strategy baru
Buat kekasih hati Joe Labu , jom 2019 kita jadikan ianya lebih BEST, lebih baik lebih meriah lebih syiokkk
The new year stands before us, like a chapter in a book, waiting to be written ~ Melody Beattie
tak cukup 9 ni. sebab banyak benda best 2018 ni hehe

Dulu Hutang Keliling Pinggang

Ini cerita saya. Bukan cerita orang lain.
Awal saya buat bisnes Shaklee, sebab saya rasa dirantai ketat dengan hutang study, hutang study, hutang study dan hutang kereta.
Nak kata gaji saya selesa, tidak kawan-kawan. Semua boleh Google, berapa gaji guru KAFA. Jangan sebut bersyukur atau tak. Saya tak sembang isu bersyukur di sini.
Point saya, macam mana saya keluar dari belenggu hutang.
Mula saya buat bisnes Shaklee ni, memang saya niat nak settlekan hutang PTPTN. Korang pun sedia maklum, hutang PTPTN ni dengan dia punya ujrah dan segala mak nenek tu, buat saya tambah serabut.
Ramai kawan-kawan saya cakap, hutang PTPTN ni kalau bayar bulanan pun macam tak nampak kurang sebab ada ujrah. Saya tak nafikan, benda ni betul.
Nak nampak nilai pinjaman susut, bayarlah 1k 2k. Insya Allah nampak susut nilai pinjamannya.
Bila saya buat Shaklee, duit extra saya dapat setiap bulan bermula dengan RM400. Orang lain mungkin sikit dapat RM400. Tapi bagi saya, besar sangat nilai tu.
Masa hari dapat bonus, saya tengok ramai SID akan self reward, beli itu dan ini.
Tau apa saya buat? Keluarkan duit dan cepat-cepat berjalan ke bank, simpan duit tu untuk bayar baki PTPTN by lump sum.
Alhamdulillah, Allah izinkan saya settle hutang pertama saya (hutang PTPTN) dengan bonus Shaklee. Allahu akbar. Masa tu, menitik air mata saya! Terima kasih juga suami saya, pendokong susah dan senang saya.
Barulah saya reward diri, ke Krabi dengan suami.
Allah izin lagi kali kedua, selesai hutang pelajaran dengan SUK Selangor hasil bisnes Shaklee

Kak Soffi Ajak Korang Bebas Hutang

Bila Kak Soffi hitung-hitung, dah pencen pun tapi hutang masih ada, hutang pembelian rumah.
Hitung lagi, umur anak-anak time tu akan ada yang masih belajar dan masih dalam mencari kerja.
Pendek kata komitmen tu sentiasa ada walopun dah usia warga emas. Orang kata patut nya dah tua-tua ni boleh tumpukan pada amal ibadat jer. Tak perlu pening fikir hal dunia.
Tapi kalo hutang masih ada?
Wajib untuk kita langsaikan.
Kalo dah anak-anak masih belum lepas?Tentulah mak ayah jugak yang akan bantu bukan orang lain.
Siapa yang pening?
Kita jugak. So jangan fikir lah kalo orang kata maciam-maciam dengan biz yang kita buat ni.
Kak Soffi ni suri rumah jer. Bukan ada pencen. Sebab tu ler kena buat saving sendiri. Alhamdulillah dah jumpa biz yang boleh bantu Kak Soffi untuk buat saving dan bantu suami. Insyallah modahan nya dah pencen pun ada bonus tambahan, lagi banyak dari gaji pencen.
Ramai yang buat biz ni dah bebas hutang kereta, hutang kad kredit, hutang rumah, hutang pengajian ( macam Kak Soffi). Paling bagi inspirasi beli rumah pun cash jer.
Hidup tanpa hutang ni satu kebebasan sangat lah. Zaman la orang kata nak hidup senang kena berhutang. Tapi hutang ni menjadi pemberat untuk rezeki masuk.
Ada satu research ni, dia orang kaji kesan hutang individu terhadap kesihatan dalam jurnal bertajuk Health effects of indebtedness: A systematic review. Kajian itu mendapati individu yang mempunyai bayaran pinjaman tertangguh lebih kerap dikaitkan dengan kemurungan dan tindakan jenayah seperti membunuh diri berbanding mereka yang tiada masalah kewangan. Nauzubillah min zalik…mintak jauh lah.
Ada ke yang sedang berusaha untuk settle kan hutang. Jom join Kak Soffi buat biz ni sama2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *