Kena Bina Otot Untuk Kesihatan Berpanjangan ?

Kenapa kena bina otot ? Sebab Barulah Badan Power !!!
Kenapa kena bina otot ? Sebab Barulah Badan Power !!! Biasa tengok orang berotot badan sasa sasa ala malek nor muda muda dulu. Tapi kenapa kena bina otot ye ? Biasanya orang yang nak bina otot ni, nak body power, barulah awek datang, takpun nak masuk pertandingan MR Universe.
Itu memang betul, tapi ada lebih penting daripada itu. Otot yang dibina tak semestinya besar gedabak. Apa yang penting ialah otot adalah kunci kesihatan. Apa yang otot ni buat ialah:
- Otot membakar lemak yang digunakan sebagai tenaga tubuh. – semakin banyak otot yang anda miliki maka semakin banyak kalori yang anda bakar.
- Lapisan otot juga dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan level testoteron yang dapat menambah gairah seks dan membuat anda lebih awet muda.
- Pertumbuhan otot yang baik juga berhubungan dengan jantung yang sihat, kesihatan tulang pinggang dan juga kesihatan mental yang baik.
Bagaimana nak bina otot
Jawapan:yang ni nak taknak kena bergerak, buat senaman yang betul, malas sangat pun kena rajin kemas rumah. Sentiasa kena buat senaman rintangan atau angkat berat. Otot tak besar takpa, itu tak penting, yang penting sekali lagi ialah kesihatan anda tu lagi penting.
Nak makan apa ?
Kena ambil protein le,kurangkan lemak, dan juga buah-buahan dan sayur-sayuran. Permakanan ni kiranya faktor penting untuk dapatkan otot yang mantap. Korang pun selalu baca, macdam macam penyelidikan telah dibuat untuk mendapatkan otot . Ada juga yang berbeza-beza pendapat tentang amalan permakanan yang bagus untuk mendapatkan badan yang menawan.
kredit: kotasatelit
Supplement Yang Perlu Ada Untuk Membina Otot
Salam sejahtera para pembaca, aku ni bukanlah kategori abang sado, itu semua rajin pergi gym, tapi aku ni rajin menulis depan komputer je, hehehe. OKlah, jom kita cerita sikit pasal supplement ni, semua orang tanya, nak bina otot power macam mana ? Macam mana nak jadi abam sado, huhuhu. Aku cerita jelah apa yang aku tahu.
6 VITAMIN MEMBINA OTOT
Korang tentu dah baca entry sebelum ini, aku ada research sikit, pasal pembinaan otot. Memang korang mesti tahu benda ini. Sebabnya, kalau pergi gym, tapi tak layan protein powder ini, susah korang nak bersado, lagi lagi yang nak masuk pertandingan abam sado, badan mesti cun punya. So paling biasa korang mesti pernah dengan Whey Protein, dan lagi, so klik kat link , kalau nak tahu lebih.
KENAPA BINA OTOT ?
Orang yang betul-betul nak kurus, cara terbaik ialah bina otot, bukan bakar lemak. Hhahaha, ini bunyi macam pelik, tapi ye, otot yang bagus, meningkatkan metabolisme, barulah lemak boleh terbakar. Kiraan kalori ini memang sukar, sebabnya, ada yang diet, tapi otot yang lembik, lemak still ada, jadi kena refer pakar, dan ambil supplement yang betul, barulah jadi power.
SHAKLEE ADA JUAL PROTEIN TAK ?
Ada, shaklee punya tak sekuat yang lain, tapi protein dia pun bagus, sesuai yang betul-betul nak berat badan yang sihat, kalau kurus sangat pun bagus minum, kalau gemuk pun bagus minum, so kenalah cuba, ada 3 jenis perisa, dan memang sedap, lagi-lagi nak bersahur ini, bagus ambil time puasa, barulah otot terpelihara ok ?

Supplemen Untuk Kecederaan Otot
alhamdulillah, dah seminggu cabaran photo ini, nampaknya hari ini masuk tema black n white, sume rasa macam micheal jackson je, hehehe. Oklah, untuk tema kali ini, saya nak share sikit, satu benda yang korang nak tahu, iaitu poster black n white yang diambil dari lyna noh, nenek tua yang banyak sakti, yehaaa
OTOT DAN SENDI
Banyak jugak saya dulu adalah rajin tulis pasal otot dan sendi. Memang sakit woo, kalau cedera otot, lagi lagi yang rajin main bola sepak, sukan lasak dan macam-macam sukanlah. Jadi bila bercerita bab sakit otot, suplemen otot, nak best ambil ESP atau Cinch, hooo, yes, tapi macam kat atas ini pun cadangan je. Oklah, nak lagi best, saya listkan beberapa artikel bagus yang korang boleh baca lagi.
Supplement Untuk Otot Sado
Salam sejahtera semua,ok kali ini, nak 2 hari sebelum hari raya (ikut jangkaan). Kalau ikut lagi keyword nuffnang aku, ada orang sibuk tanya pasal otot sasa semua ini. Kalau tengok hero idaman Amerika, zaman Anorld Susah Nak Eja, memang badan kental, tu yang boleh jadi hero, pukul orang jahat semua. Tapi kalau korang tengok cerita 300, tu semua 6 bulan dah dapat badan sasa, hahha, tapi 300 yang betul, jangan pulak tengok 300 parody puasa tu, kalau puasa sebut Ho YES !!!Oklah, sempat pulak tukar topik. Ok, sekarang ini marilah kita berbicara serba ringkas 6 suplemen penting, yang aku cedok khas dari link ni.
Whey Protein
Paling penting untuk permulaan body builder, korang kena ambil Whey Protein ni. Jangan lupa protein memang benda penting untuk otot badan yang bagus. Biasanya kalau korang buat latihan angkat berat atau angkat ringan, lepas dah buat latihan tu, korang boleh ambil protein shake ni. Ini penting untuk membaiki otot yang rosak semasa korang buat banyak latihan. Ingat ye, otot penting untuk metabolisme membakar lemak. Kalau korang nak lagi sasa, jadi ototlah penting, barulah badan naik.
Carbohydrates
Karbo penting bang, walaupun sebelum ni aku cakap pasal nasi untuk diet tu, tapi korang kena pandai pilih karbohidrat yang bagus. Ini membantu bagi korang tenaga semasa nak buat latihan, kang lembik pulak nak buat latihan intensif selama 30 minit. Baru buat sikit dah lemah. Tapi nak dapatkan karbo yang bagus, jangan lantak nasi putih banyak pinggan, ada sumber karbo yang lebih baik dari Nasi, sesuai untuk body builder yang bagus.
Caffeine
Kafen ni, bagus sebenarnya, ada orang kata tak bagus, jadi kalau ikut kajian , orang yang ambil kafein ni, boleh buang lemak sikit, tapi sebenarnya yang lebih penting ialah kafin membantu mempercepatkan proses pemulihan otot korang. Bak kata pakar, lepas dah workout tu , bolehlah minum kopi sikit, tapi jangan banyak gula sudah !!
Branch Chain Amino Acids (BCAA)
Hahah, yang ni pulak lain macam sikit, BCAA ini boleh je jumpa dalam banyak suplemen protein yang hebat kat pasaran. Bagusnya BCAA ini ialah ianya memberikan tenaga, supaya otot dan badan kita tak fatigue atau lemah semasa membuat latihan yang lama. Ianya memberikan tenaga tambahan supaya kita dapat buat senaman dengan lebih lama. Kalau ikut ESP Shaklee, ramai yang bertenaga selepas minum, sebab khasiat dan kelebihan BCAA ini.
Creatine
Suplemen Creatine ni kalau ikut google, banyak di ambil oleh atlit yang perlukan tenaga untuk bertahan lama semasa bersukan. Nak otot sasa pun nak kena ambil creatine, supaya korang boleh bertahan lama nak bina badan. Senaman yang berat dan padat , waktu yang lama, boleh membantu korang membuang lemak dan membina otot yang mantap.
Multivitamins
Hahaha, yang ni macam biasa, kalau body builder yang sihat. Tak boleh lari dari multivitamins yang biasa. Semuanya bagi membantu korang untuk memberikan tenaga, membaiki otot, membuang lemak, meningkatkan metabolisme dan sebagainya. Sebab sekarang ni pun kita terdedah dengan macam-macam radikal bebas dan anti oksidan, nak juga kita ambil multivitamin supaya kita kelihatan lebih sihat dan bertenaga, selain dapat badan yang sasa !!!