Kelebihan Vivix Shaklee

Kelebihan Vivix Shaklee

Kelebihan Vivix Shaklee ? Adui, tengok harga, pengsan woo, nak beli, sememangnya diakui oleh aku sendiri, Vivix Shaklee, memang ternyata mahal gila. Bukan nak komplen ke apa, tapi hakikatnya, ialah , korang kena tengok sendiri kehebatan dan kelebihan, dan manfaat yang anda peroleh dari mengambil sirap yang berasa macam ribena sikit ni. Rasa masam-masa, tapi saya pernahlah ambil sikit masa bulan puasa tahun lepas. hmmm, oklah jom saya cerita sikit, kenapa produk ni begitu mahal sekali, ya mahal gila lagi lagi dan lagi.

Produk Paling Power Shaklee

Hooo, walaupun ESP tetap gebu dan best, rasa berkrim dan disukai ramai, ternyata saintis shaklee tetap berusaha untuk mencari solusi bagi memberikan khabar gembira kepada dunia, yang penuaan boleh dilambatkan, dan akhirnya tercipta satu produk yang diberikan nama VIVIX. Macam -macam bunyi bahan yang ada, tapi yang paling penting sekali yang korang kena ingat ialah Polifenol, satu khasiat semula jadi, untuk anti oksida dan awet muda, anti penuaan, hoo power power.

Memahami Konsep DNA

DNA ni bukannya pasal DNA anwar ibrahim, takpun nak cek DNA nak tentukan anak siapa. Oklah, korang pun tahukan, struktur DNA dalam badan kita, ianya ialah teras, basic unit, dalam sel kita, yang mengkodkan setiap unsur-unsur benda hidup dalam dunia ni, termasuk manusia yang cun ala ala tiz zaqyah. Secara teorinya, permasalahan yang berlaku ketika ini dalam penuaan ada empat 

Kerosakan DNA

hahha, siapa pernah tengok cerita Iron Man 3, korang tengok kan orang jahat tu, bila dah tangan kena potong, tetiba ada balik. Secara asasnya, pemulihan DNA, ialah konsep untuk menghidupkan kembali sel dan organ. Tapi tu cerita movie. Yang ni pulak, kerosakan DNA tetap akan berlaku, bila usia kita meningkat. Jadi nak taknak, badan kita ni, semakin lemah.

Perubahan Proses Genetic DNA

pernah baca dulu, dalam satu buku petua awet muda keluaran UTM, salah satu berlakunya penuaan ialah berlakunya penukaran proses DNA, dari proses pembesaran kepada proses pemulihan. Kiranya, pada usia kita meningkat, proses DNA untuk pembesaran berlaku, dan sampai satu tahap , sistem genetic ini bertukar kepada sistem pemulihan DNA, kerana masa ni, sel kita dan banyak rosak, sebab banyak sangat terdedah dengan oksida oksida dan bahan-bahan tercemar di luar sana.

Sel Mitochondria

secara semula jadinya berkurang, menyebabkan kekurangan tenaga untuk sel berfungsi, dan seterusnya membuatkan organ dan tisu anda tidak berfungsi seperti biasa. Hmm kiranya, nak senang faham , kalau sel dah kurang tenaga, tentulah organ kita pun tak boleh buat kerja macam biasa.

Advanced Glycation End Products (AGE Protein)

hahaha, yang ni bunyi macam pelik sikit, katanya benda ni macam plug kat gigi, bila dah banyak sangat AGE Protein dihasilkan, fungsi organ kita dah tak berapa betul nak buat kerja, tidak berfungsi dengan baik.

Orang Islam Kena Minum Wain Untuk Awet Muda ?

Adui, jangan salah faham, dalam Islam, dah banyak dah petua yang bagus untuk awet muda, doa-doa yang boleh diamalkan untuk memelihara kecantikan muka. Tapi kat sini, satu bahan ajaib , Resveratol. Saintis dulunya menjumpai resveratol dalam minuman Wain.

Adui, takkan nak minum wain pulak ? Oklah, secara semula jadinya, resveratol telah dijumpai dalam buah elder berry. Kiranya kajian telah membuktikan resveratol di dalam vivix boleh membantu mengekalkan awet muda. Kiranya, ambil vivix sebulan, lebih baik dari mengambil 3000 wain, kerana kandungan resveratol. Hahahha, kalau nak minum 3000 wain, boleh mampus tu.

Mekanisma VIVIX SHAKLEE

Setelah korang betul betul faham tentang 4 faktor penuaan ini, barulah kita tengok bagaimana vivix berfungsi. Hooo, ada 4 mekanisma vivix shaklee ni berfunsi . Ada 4 kesemuanya

  • Mempertahankan DNA (defense )
  • Memberikan tenaga DNA (energy)
  • Memulihkan DNA (repair)
  • Meningkatkan DNA (performance)

Ok korang ingat ni, kalau cikgu lyna atau cikgu zainul tanya 4 mekanisme VIVIX, korang ingat singkatan ni DERP , defense, energy, repair dan performance. Ok sila hafal formula power ni, senang nak ingat kan !!!

Manfaat dan Testimonial

Hooo, yang ni memang best, ayah kepada salah seorang distributor, ambil , katanya ada penyakit kencing manis, darah tinggi, Alhamdulillah, keadaan makin baik bila vivix. Saya pulak dulu ambil, memang jarang selsema pagi, sebab ambil sebelum tidur. Ada juga tengok SID cina kat malaysia, muka awet muda, sebab ambil sirap power ni.

Tak lupa juga Ayu Raudhah yang bergetah itu, katanya dalam majalah tempatan, dia suka ambil Sirap SHAKLEE ? Hoo Vivix lah tu, sirap yang di maksudkan, sebab tulah abang Zaquan JDT syok sangat kat Ayu Raudhah, tapi oklah, sebab Ayu Raudhah dah start pakai tudung lepas kahwin, kan bagus tu, cantik untuk suami je !!!

Suami Malas Ambil Vitamin ?

Senang je, suruh je diorang telan vivix sekali sehari. Takpun hadiah kanlah kepada kedua-dua ibu-bapa kita yang menjaga kita sejak kecil. Bagilah mereka vivix, supaya mereka kekal sihat dan bertenaga. Hoo , ingatlah, apapun VIVIX memang mahal gila, tapi BERBALOI-BALOI BELI !!!!

Kelebihan Vivix Shaklee

Hooo, sekarang ni bila dah masuk promosi VIVIX ni, macam macam orang dah post pasal khasiat vivix dari pakcik shaklee. Tak terlepas peluang lah untuk pakcik babah korang ni, nak jugak sibut berbusiness vivix pulak. Nak tanyalah kejap, korang dah tengok video pakcik roger cerita tentang vivix tu ? Dah ke belum ? Hoo oklah, ni aku nak sharelah apa yang best sangat sirap ala ribena ni. hooo mari kita tengok satu satu. Jom baca kelebihan vivix shaklee

1) Perlindungan Antioksidan

Apa itu antioksidan ni ? ini ada berkait rapat dengan radikal bebas. Kiranya radikal bebas ni membuatkan kita rasa penat, dan mudah kena penyakit dan sebagainya. Hidup di zaman modern ini  tidak dapat lari dari terkenal radikal radikal bebas, di tempat awam, jalan raya, malah di rumah kita sendiri, barang barang berhabuk, boleh menyumbang kepada radikal bebas. Kiranya bolehlah ambil vitamin E untuk antioksidan ini.

2) Menyokong sistem Imun

Yang ni buat korang rasa kurang demam, jarang dijangkiti kuman, dan sebagainya. Badan korang akan rasa sihat, dan bertenaga. Biasalah sistem Imun ini kekadang perlukan virus untuk dia belajar virus tersebut. Tapi kalau antibodi tak kuat, memang boleh selalu dapat MC. Nutriferon shaklee salah satunya yang bagus untuk sistem Imun badan kita.

3) Menyokong kesihatan jantung

jantung memang penting, banyak penyakit lain, yang berkait rapat dengan jantung. Korang pulak jangan selalu sangat stress dan sebagainya, Untuk kurangkan stress tu, minyak Omega 3 dikatakan mampu mengurangkan stress. Selain itu Omega Guard Shaklee pun bagus diambil untuk jantung yang sihat. 

4) Menyokong fungsi kardiovaskular

Banyak penyakit yang kronik, seperti serangan jantung berpunca dari fungsi kardiovaskular yang lemah, dan mempunyai masalah. Masalah tekanan darah tinggi sering menghantui, dan terdapat juga kolestrol kolestrol jahat yang sering menyempitkan salur darah kita. Alfalfa bagus untuk merendahkan kolestrol, memantapkan pengaliran darah, dan juga detox .

5) Menyokong kesihatan otak

Selain itu juga, nak otak bagus, kenalah rajin berfikir, selain ambil supplement supaya otak kita cerdas. Selain itu juga, banyakkan senaman, supaya kita aktif, tak penat kalau membaca dan sebagainya. Omega Guard adalah salah satu produk untuk kesihatan otak, selain itu Lecithin juga dikatakan mampu untuk merangsang sel otak.

6) Menyokong kesihatan sendi

Sendi oh sendi, kalau dah malas tu, janganlah kata nak bergerak, ambil AJHT Shaklee pun belum tentu dia pulih. hehehe, sakit sendi ni macam-macam ada. Tapi biasanya, kalau berat badan naik, akan ada juga sumbangannya kepada sakit sendi itu.

KESIHATAN KESELURUHAN

TEngok lah tadi, kat atas, saya senaraikan beberapa khasiat yang bagus untuk Vivix ini, Tengoklah, gabungan vitamin E, nutriferon, omega guard, alfalfa, lecithin, ajht, dan produk produk shaklee yang lain, telah dijadikan satu campuran, yang diberi nama VIVIX, mostly kalau dah malas sangat ambil banyak banyak vitamin, telan VIVIX sehari sekali je pun dah cukup. !!! HArga dia memang mahal, tapi takpa jangan risau. Boleh hubungi kami untuk kelebihan vivix shaklee.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *