Kelebihan Herbal Blend Shaklee

Kelebihan Herbal Blend Shaklee ? Inilah Krim yang paling terkenal dan sering kehabisan stok di Shaklee, Herbal Blend Multi Purpose Cream. Krim ini bukan sebarang cream. Ia diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, iaitu bahan-bahan semujadi seperti Sage, Horse Chestnut, yarrow dan rosemary dan ia mempunyai pelbagai kebaikan.
Antara kelebihan herbal blend multi purpose cream shaklee ni adalah
- Ia merupakan krim yang menenangkan pemakainya
- Ia telah diuji secara klinikal dimana ia mampu melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki
- rasa yang dingin, bermentol
- tidak berminyak
- membantu mengatasi masalah berkaitan kulit.
Biasa dengar pasal krim herbal blend multi purpose shaklee tak?
Ahaa.. Krim ni sangat la glamer. Sampai kan.. Shaklee restock hari ni, lusa dah abis. Pelikkk. Korang guna lumur 1 badan ke ape ye?? Apalah kelebihan krim ni ya? So, hari ni saya nak share 10 aje kegunaan krim herbal blend ni. X banyak.. 10 aje dulu.
- Melembutkan kulit yang kasar seperti siku, lutut, tumit kaki
- Memulihkan tumit yang pecah
- Menghilangkan parut termasuk campak
- Menghilangkan ruam pada bayi
- Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
- Sebagai losyen kulit untuk kegunaan harian.
- Menyelesaikan masalah kulit yang gatal
- Membantu menurunkan suhu badan akibat demam panas
- Membantu memecahkan lemak
- membantu mengeluarkan angin dari badan
Just nak selit-selit cerita.. pengalaman sendiri. Suatu hari, saya berjumpa dengan “anak” shaklee saya. saya bagi dia krim herbal blend kepunyaan saya. untuk dia try best ke tak. Esok harinya dia whatsapp, kakk.. Bestnya krim herbal blend tu. nak order 5 tube lah.
Tak lama lepas tu.. Dia whatapp lagi.. Kakkk!! Herbal blend tu ada lagi tak extra. Nak tambahhhh!! Saya bagi kawan-kawan pakai.. Semua sukaaa… Rasa besttt sangat pakai krim tu.. Semua pakat nak order!!
Haaa.. Amboiii.. Tula dikatakan.. Tak kenal, maka tak cinta. Dah kenal.. Jatuh cinta bertingkat-tingkat pula. Hihihi. Kelebihan Herbal Blend Shaklee.

Diatas adalah testimoni daripada Dyku Masfa Pgn Ratuddin :
“testimonial sendiri..jari alergic & gatal hampir sebulan..macam2 ubat da cuba. ubat farmasi ubat cina tapi x sembuh juga.jari semakin teruk sampai x dapat diluruskan.mmg pedih lagi2 terkena air.dan my nanny Lastri Hamdan suruh cuba herbal blend shaklee…alhamdulillah mmg menakjubkan.jari da sembuh dan boleh diluruskan macam normal.”
Saya juga gunakan herbal blend multi purpose cream shaklee ini untuk diri sendiri apabila terasa kulit menjadi kering akibat cuaca panas yang melampau. selain itu, saya juga menggunakan krim ini kepada anak-anak saya apabila mereka digigit serangga seperti semut dan nyamuk.

Clear tak? Meh saya tolong kasi clear sikit
Pertamanya, sangsi juga dengan keberkesanannya. Yelah, kene cuba dulu baru tahu. Ok, 1st impression, rasa best sebab krim ni tak berminyak langsung. Bila apply pada tubuh, mula2 tu memang macam krim biasa. Lama-lama sapu die macam meresap ke dalam kulit dan macam tak tinggalkan kesan minyak krim langsung. Ok, not bad. Takdelah berkilat2 mcam berminyak2 badan dibuatnya. Bagus jugak, sebab kalau berminyak, maunya rimas sepanjang hari. Ok, saya lumur satu badan Iman selepas mandi terutamanya bahagian leher Iman yang kasar tu (siap dah tumbuh biji2 warna gelap..hish), saya lumur 2 kali sehari – mandi pagi dan mandi petang.
Seriusly saya tak perasan bila masa Iman menggaru lagi. Ok, takpe, salah saya sebab tak perhatikan. Hihi. Tapi hari kedua, bila saya mandikan Iman, kekasaran di lehernye hilang serta merta. Memang tiada. Tiada lagi biji-biji macam ketuat akibat ruam panasnya. “Waaaah” sungguh saya dibuatnya. Ayah Iman pun kata “Waaaahh” juga tau. Tak sempat nak snap gambar sebelum dan selepas. Huhu.

Anak Sembuh Daripada HFMD
Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.
Kisah anak Saya bermula pada awal tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghantar anak Saya ke sekolah tadika. Baru je mula sekolah sekitar 2 minggu macam tu dia dah kena cuti.
Alkisahnya, tangan siku kaki dan tepi mulut anak Saya tumbuh biji-biji merah dan biji air gelembung. Saya sedar biji-biji ni tumbuh pun hari kedua selepas anak Saya mengadu dia tak boleh nak berjalan dan memakai selipar. Biji- biji ni tumbuh selepas dia demam.
Kita ni bila dah jadi Ibu dengar ke tengok anak tak sihat mulalah jiwa tu berkocak semacam kan. Bukan apa risau tengok keadaan anak. Ibu mana lah sanggup tengok anak kecil kesakitan macam tu kan. Saya kurang pasti dia dapat HFMD dari mana.
Saya tunjuk pada kawan-kawan dan kakak. Masing-masing confuse sama ada anak Saya kena HFMD atau Chicken pox. Saya yang dengar ni mula lah gelabah. Petang tu lepas kerja, Saya terus bawa anak pergi Klinik.
Masa di klinik doktor pun tak pasti sama ada HFMD atau tak sebab dalam mulut anak takde tumbuh biji merah. Dapatlah ubat demam dan ubat sapu. Balik je rumah Saya ambil herba blend dan mandikan anak Saya dengan basic H.
Semua baju-baju anak pun Saya rendam dengan Basic H.
Kebetulan Saya ada dapat beberapa stick Nutriferon, Saya pun bagi pada anak. Chewable vita C pun Saya bagi juga. Tapi anak lelaki Saya ni kurang gemar benda masam jadinya susah gak la nak paksa dia makan vitamin tu.
Kalau nak tahu, Saya memang selalu sapu herbal blend dan mandikan anak dengan basic H bila badan anak-anak dah start dedor nak demam. Kiranya ni tindakan pantas Saya sebelum bawa dorang ke klinik. Okay, sambung kisah tadi.
Alhamdulillah, lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering. Lega sangat bila tengok keadaan anak beransur pulih dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Moga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat untuk kawan-kawan, ibu-ibu dan ayah-ayah yang membaca yer.
Akhir kata, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih Allah sebab temukan Saya dengan Shaklee.