Kelebihan Bina Otot

kelebihan bina otot ? Hoo, dah lama nak bikin entry macam ini, macam biasa semuanya datang dari nuffnang, pertanyaan orang diluar sana tentang orang yang ada otot. Hoo penting sangat ke ada otot ini ? So macam-mana nak ada otot ?
Aku pun duk tengah kaji-kaji, biasanya orang yang ada otot ni, memang totally sihat dan macho, macam malik nor dulu, takpun kawan aku masa sekolah pun, dari kurus cicak kobeng, sekarang dah berketul-ketul muscle kat badan dia, hoo power power. Aku pun lepas ni nak kena rajin pergi gym. Oklah jom kita borak-borak sikit tentang kelebihan orang yang berotot ni.
Angkat Berat
Angkat berat ni kiranya macam latihan kekuatan adalah yang menggunakan rintangan untuk memperkuatkan dan keadaan sistem otot, meningkatkan bentuk otot dan daya tahan. So kalau rajin angkat berat dengan kauedah yang betul dan konsisten, korang boleh perhatikan peningkatan dalam saiz otot, meningkatkan kekuatan otot, dan meningkatkan kekuatan tendon, tulang, dan kekuatan ligamen.
Mengangkat berat juga telah terbukti untuk meningkatkan kesihatan psikologi juga, dengan meningkatkan keyakinan dan harga diri. Jadi kalau badan lembik dan banyak lemak, memang kadang-kadang ianya terlalu membuatkan kita kurang bermotivasi dan tak bagus untuk kesan psikologi kesihatan kita.
3 Kelebihan Senaman Angkat Berat
Dalam kita buat senaman angkat berat, banyak juga faedah yang kita dapat semasa latihan angkat berat ini, Antaranya ialah
Meningkatkan Rupa Fizikal dan Prestasi
Benda paling penting ialah, tentunya nak badan cun macam arnold shwazeneger tu, ataupun nama glamer ialah arnold susah nak eja, arnold ye bukan enot. So korang pun, bila dah ada otot yang kuat, sebenarnya banyak membantu dari segi kerja harian korang, aktiviti sukan, hobi dan sebagainya. Contoh bila nak buat kerja yang berat, korang tak rasa susah, sebab dah biasa buat latihan rintangan yang kuat. Tapi kalau dah malas, memang buat kerja apa pun tak jadi, hehehe.
Meningkatkan Kadar Metabolisme ( membakar kalori yang berlebihan )
Pentinganya untuk membina otot ialah ianya banyak membantu untuk meningkatkan kada metabolisme badan kita. Basal Metabolic Rate (BMR) amat penting, kerana ia menunjukan berapa banyak tenaga yang kita gunakan semasa kita berehat, supaya fungsi badan kita berada pada tahap normal. Meningkatkan metabolisme juga adalah satu faktor penting untuk mereka yang ingin menguruskan badan, dan mengekalkan bentuk badan yang menarik dan menawan, ala-ala rita rudaini.
Membantu Mengurangkan Kecederaan
latihan secara konsisten, mengekalkan kecergasan juga amat penting, supaya kita kurang mendapat kecederaan. Otot ini kiranya bertindak sebagai agen penyerapan dan mengimbangi badan kita. Satu contoh yang terbaik yang kita boleh tengok ialah abang Cristiano Ronaldo kita, yang dikatakan jisim ototnya memang terbaik, walaupun tak berketul-ketul, tapi CR7 itu jarang sekali cedera ketika beraksi di padang. Kelebihan berotot dan kecergasan yang bagus adalah satu perkara penting bagi atlet sukan. Sampai satu tahap itu, Paolo Di Canio, pengurus terbaru kelab Sunderland, nak denda pemainnya yang meningkat berat badan semasa cuti. Tapi kalau dah urat dawai tulang besi, tu P ramlee je yang tahu, hahaha.
Suplemen Yang Berkaitan
Banyak juga yang membincangkan isu ini, kalau takda suplemen, macam mana nak dapat body yang cantik. Biasanya orang angkat berat suka ambil WHEY protein, yang mampu melindungi otot bila berlakunya fatigue.
Biasanya bila badan sudah mula lemah, kebarangkalian untuk jisim otot berkurang adalah tinggi, berbanding dengan jisim lemak, jadi fungsi protein, terutamanya Leucine, amat penting untuk memastikan jisim otot kekal supaya lemak dapat dibakar dengan baik. Ini menjadi satu faktor untuk mereka yang betul-betul inginkan otot yang kuat.
Shaklee juga mengeluarkan Cinch Shake yang bagus, khas untuk orang yang ingin kurus dan seterusnya ingin membina otot yang sihat.
Perlu tak badan berotot-otot ?
Hmmm yang penting, badan kita perlukan juga senaman untuk menguatkan otot, tak perlulah nak badan besar macam malek nor. Tapi lebih penting untuk membakar lemak-lemak yang ada, supaya kita lebih sihat dan bertenaga serta bermotivasi untuk bekerja.
Zaman sekarang, gemuk sikit pun susah nak dapat kerja, huhuhu, so rajin-rajinlah bina otot sikit untuk kesihatan. Tapi kalau nak berlakon macam abang aron aziz, kenalah rajin usaha sikit, angkat besi,mangkuk, pinggan, dan sebagainya.
Cinch Shake Bantu Diet Ketika Berpuasa
Pada kebanyakan diet, anda akan kehilangan lemak dan otot. Apabila anda hilang otot maka anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak. Ianya merendahkan kadar metabolism
Menurut Nutritionist shaklee mengambil cinch shake penting supaya tubuh anda fit. dan bentuk tubuh tetap cantik walaupun sedang diet.
kebanyakkan product pelangsingan lain akan menyebabkan kehilangan lemak dan pada masa yg sama kehilangan otot.
jadi kurus yg tiada shape dan tidak cantik kerana otot juga hilang bersama lemak. Tapi tidak dengan Cinch shaklee. Kerana cinch shaklee boleh membina otot dan membakar kalori serta meningkat kan metabolism.
Fakta Cinch Shake
Setiap kali anda minum cinch shake anda akan mendapat 24jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gram serat larut. Mengandungi protein untuk membina otot dan menaik kan kadar metabolism untuk bakar kalori
Indeks glisemik 22 yg sesuai utk penghidap kencing manis. Mengandungi leucine (amino asid) utk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan. Semua ini penting bagi anda menurunkan berat badan dengan sihat .
makanan yg kaya protein juga boleh menahan kelaparan . Jadi boleh membantu anda untuk kekal bertenaga ketika berpuasa. kelebihan bina otot
Kepentingan Leucine Cinch Shaklee Bina Otot ?
Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ . Asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leucine dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.
Leucine adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ini ialah, ia akan mengekalkan kekuatan otot kita. Selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita bersenam dan buat kerja berat.
Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet. kelebihan bina otot