Kelas SEO Shaklee

Kelas SEO Shaklee

Kelas SEO Shaklee ? Pada hari Ahad bertarikh 5/1/2014, jadilah satu sejarah penting dalam aktiviti rumah mesra ceria RMC, di mana kami anak beranak berkelana untuk memberi sedikit tunjuk ajar kepada para anak cucu cicit kami dalam RMC.

Aktiviti kami dimulakan dengan kelas blog di Ampang di rumah abang saudara saya dr Harris Shah dan seterusnya ke rumah Zana, yang baru je naik rank Sr Supervisor. Cerita yang dihuraikan seperti di bawah

Jejak Ampang

Kalau nak cerita Ampang dengan sejarah hidup aku ni memang ada, sebab family babak aku, sebelum pindah shah alam, memang menetap di Ampang, dan kakak aku yang sulung sempat bersekolah di Ampang. OKlah, tapi kali ini, kami melawat abg sedara saya yang baru je 2 bulan menjadi Shaklee Independent Distributor.

Dalam masa ni, saya dah tolong dia tukar template yang baru, lebih cool dari template yang lama. OKlah, selain itu saya share sedikit tentang SEO, dan ajar dia melihat keyword yang masuk ke blognya. Apapun dah cabar dia untuk naik rank bulan ni, bolehlah merasa 1 gram goldbar !!!

Misi Putrajaya

Selepas habis berborak dan bercerita dan berkelas dan makan sedap di Ampang, kami terus bergerak menuju ke Ampang. Nasib baik pakcik WAZE ada tolong, biasalah, cara paling mudah nak ke Putrajaya ialah dengan keluar ke MEX, melalui AKLEH. Sesat juga, biasalah, tak pernah cuba , dan memang dari dulu masih tak reti jalan kat Kuala Lumpur yang penuh pancaroba.

Anak cucu cicit team ALT, MMC, dan team Ismaliza, TAK TAHU LAGI, TTL, telah datang. Masa tu kami bincang dan sedikit sharing tentang SEO. Sebelum ke otimize keyword, saya suruh mereka membuat observation tentang SEO, kata carian dan result yang keluar di pencarian google. Jadi kat situ saya dan para para sakura faham dan tahu apa itu SEO dan macam macam lagi.

Hadiah dan Makan

Sesi paling penting sekali ialah makan rojak UNITEN dan kek ais skrim yang sedap yang dibuat oleh Suriati Abdul Halim, piut kami, hehehe, memang sedap dan boleh diperbaiki dengan gunakan produk shaklee macam Meal Shake atau Cinch. Hadiah khas untuk yang naik rank dan efektif. Tahniah kepada Ana Lyana, Zana dan Isma, semua ni satu row terus, hehehe. MEmang superb dan fantastik sungguh. Bulan ni usaha lagi, terus naik Coordinator yehaa.

kelas seo shaklee lyna noh

Kelas SEO Shaklee Master Lyna Noh

Kelas blog pertama yang saya datang, dibawah pengajaran wak zainul dan akacan. Masa nih akacan masih nak jadi retro ala uji rashid gituh. Antara yang saya bincang dengan dia pasal SEO , saya ingat lagi masa nih saya tanya pasal Black HAT strategy yang dipakai oleh pakar pakar kelas SEO shaklee seantero dunia.

Update Blog Dulu

Tapi bak kata wak zainul, itu semua tak penting, paling penting kena sentiasa update dulu, nanti dah pandai , baru fikir pasal SEO pulak. Hahhaha, cerita pasal update ni pun menarik, sebabnya dalam sibuk sibuk beraya bulan lepas, kami dibawak ke selayang untuk COD sebotol vivix. Bila ditanya customer tuh, rupanya dia nih baca banyak entry blog, tapi dia tengok blog tuh, last update pun 2014, 2013. Nasib baik entry kami paling terkini dia baca, feb 2016. Dia nampak yang kami sentiasa update, dan fikir kami masih aktif buat shaklee lagi, berbanding dengan blog lain yang dia baca.

Hari-hari Update Pasal Shaklee

Memang kalau dah kata SID PRO, memanglah hari hari mesti update pasal SHAKLEE, jangan sampai orang tak tahu pulak, business tetap jalan. Sentiasa update dan promote, barulah mereka tahu di luar sana. Terima kasih customer yang memberi pengajaran kepada kami berdua supaya suruh update blog selalu, paling gila sehari satu entry.

Bedal Nasi Lemak

Balik pada cerita akacan kat bawah, rasanya pagi tuh saya bedal nasi lemak bungkus yang sedap, masa tuh yang datang celikvitamin, salwaishak, shainashop dan ramai lagi. Apapun, rumah lama mami Hadha dulu memang best, kat depan tuh boleh berlari lari riang sambil buat videoklip raya, yehaaa !!!!!

seo shaklee tarik trafik google

Tips SEO Shaklee

Hahahha, blog yang saya suka , tak banyak, tapi takda spesifik blog pun yang saya suka, tapi apa yang best bila baca blog ni, mesti tengok ciri ciri blog tu, hahaha, adalah beberapa jenis blog yang best untuk di baca. Tapi sekarang macam-macam jenis blog ada , dari banyak kaler ke satu kaler pun ada, hahaha. kelas seo shaklee terbaik.

OKlah, tajuk kat atas tu macam pelik, tapi sebenarnya ianya maksud mendalam dari blog pakcik Neil Patel , MKB kata bagus tulis bahasa melayu, hahah, ok mari kita mulakan, 7 ciri-ciri blog yang google tak berapa nak gemar !!! Oklah bahasa Inggerisnya 7 Obsolete SEO Tactics You’re Wasting Your Time On

Blog Yang Suka Backlink MERAPU !!!

Hahaha, kalau korang baca balik link yang aku bagi tuh, google pun pandai, dia letak orang yang backlink sikit lagi tinggi dari orang yang ada backlink banyak. Tahu tak sebab apa ? Sebab google kalau boleh nak backlink yang berkualiti, bukan backlink yang boleh dibeli atau saja-saja letak suka hati. Jadi , sekarang, fokus kepada kualiti penulisan kita, barulah orang yang backlink tu menghargai kerja kita .

Keyword Banyak Kali Berulang

Hahhaha, korang jangan risau, korang ingat tak dulu cikgu karangan kita suruh kuasai KOSA KATA ? Karangan yang bagus ialah karangan yang mempunyai banyak perkataan istilah. Contohlah korang asyik ulang keyword ESP Shaklee. Dari asyik ulang je, boleh banyakkan cara seperti soya, minuman bertenaga, dan sebagainya.

Tahu tak macam mana google kesan keyword yang sama tadi ? Satu algorithm yang google guna tu ialah Latent Semantic Indexing (LSI). korang tanyalah orang yang buat phd sains komputer atau AI, confirm diorang  pernah dengar.

Kurang BERSOSIAL 

Hahaha apa benda ni ? bunyi pelik sudah. Oklah, dulu memang orang kata kena buat seo pada blog, buat coding, buat subheading dan sebagainya, buat link. Betul, yang itu asas. Tapi sekarang ini, google nak tengok juga pengaruh media sosial dalam content korang ini. Berapa lama orang yang datang duduk baca , berapa ramai yang kongsi artikel korang tuh. Hhahaha, begitula pentingnya media sosial sekarang kepada SEO.

KEJAR Sangat RANKING 

hahaha, blog yang suka sangat kejar ranking satu persatu keyword tuh. Tapi itu zaman dulu punya cerita. Zaman sekarang blog yang bagus ialah fokus kepada satu frasa yang panjang dan fokus dan jelas. Contohnya, dulu orang yang bagus mungkin fokus kepada keyword “kasut”. Tapi sekarang ni keyword macam tu agak sukar, dan cara paling bagus ialah satu frasa yang jelas. Contoh “kasut nike berwarna merah”. Nampak tak di situ ? zaman SEO sekarang ialah bermain dengan FRASA, bukannya PERKATAAN tunggal.

Banyak PAGE Tak BERKUALITI

hahaha, buat banyak sangat page, tak guna juga, buat banyak sangat entry kosong, takda makna, tak jugak. Jadi, algorithm Panda dalam google dah boleh detect mamat yang selalu entry yang kosong, banyak sangat spam sebab nak trafik, jadi, ianya boleh menghukum blog tersebut. Hooo, bahaya ni,

Tulis Panjang SANGAT 

Dulu saya ada cakap, memang ada orang kata blog mesti tulis panjang, tapi itu dulu, tapi yang penting, blog mesti ada cukup maklumat. Orang kata tulis panjang memang bagus. Tapi sesetengah blog, gambar dan video lebih bermakna buat pencari google. Contohlah aku dulu selalu sebut pasal Rozita Che Wan . Ada orang suka tengok gambar dia yang kebabom tuh, ada orang suka baca tips kecantikan dia. Jadi setiap keperluan lain lain. Jadi nak bagus, banyakkan media yang lain seperti gambar, video, infografik dan sebagainya

Ranking dan Trafik Tak Sehaluan

Hahaha, dulu orang kata ranking penting. Tapi sebenarnya pemilihan keyword tu penting, kena tahu juga berapa orang search keyword kita. Jadi kena rancang pemilihan kata kunci keyword kita tuh. Maknanya kalau nak trafik banyak, cuba cari keyword yang ramai orang cari. gunaje keyword planner yang google sediakan.

Tulis UNTUK MANUSIA bukan untuk GOOGLE !!!

Sebaik-baiknya sekarang ini, google dah pandai, mereka ini sentiasa buat algorithm yang boleh menghukum pemain SEO yang suka manipulasi algorithm mudah google. Google sekarang lebih bersifat kemanusiaan, jangan main-main. Jadi bila menulis, tulislah untuk pembaca anda, be natural,dari hati ke hati, insyaallah, kalau anda rajin promote blog, google pasti suka BLOG ANDA !!! 

(buat yang pakar, boleh komen di bawah jika ada salah kefahaman)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *