Kaya Kena Banyak Duit ?

Kaya Kena Banyak Duit ?

Orang kaya kena banyak duit ? Betul ke ? Ada banyak pendapat beza orang kaya dengan orang miskin. Jom baca beberapa pendapat di bawah.

Jack Ma Tanya Bill Gates

Dalam satu conference, Jack Ma (founder Alibaba) pernah tanya Bill Gates (founder Microsoft), dua2 ni pun antara orang paling kaya di dunia, “awak boleh ke terima kalau anak perempuan awak kahwin dengan orang miskin atau middle class je?”

Bill Gates jawab,

mula2 perlu faham dulu, wealth (kemewahan) bukan bermaksud duit berbilion atau berjuta dalam akaun bank. kemewahan adalah kebolehan membina kekayaan (riches).

contoh, orang menang judi walaupun dia ada RM100 juta, dia bukanlah orang kaya. sebaliknya cuma orang miskin yg ada banyak duit. sebab tu org yg kaya dengan durian runtuh sebegini akan kembali miskin beberapa tahun selepas itu.

kita juga ada orang kaya yg tiada duit. contohnya usahawan atau peniaga. mereka sudah berada di jalan kemewahan walaupun mereka belum berduit. sebab mereka sedang membina ilmu kewangan yg meningkatkan kekayaannya.

pendek kata,

kalau seseorang itu sanggup berlatih, sanggup belajar benda baru, sanggup upgrade kebolehan diri sentiasa, itu adalah orang kaya. namun, jika seseorang itu cuma salahkan kerajaan, tuduh orang kaya penyamun & sentiasa kritik orang/benda lain, itu adalah orang miskin.

orang kaya yakin mereka hanya perlu tahu bagaimana nak buat & terus buat apa yg diperlukan untuk berjaya. tapi orang miskin sentiasa berfikir hanya bila ada orang bagi mereka duit baru mereka boleh berjaya (mindset subsidi).

Jadi,

bila saya kata saya takkan kahwinkan anak perempuan saya dengan orang miskin, saya bukan bercakap tentang jumlah duit yg dia ada. tapi tentang kebolehannya untuk mencipta kemewahan walaupun hari ini mereka belum ada apa-apa.

Yup, macam yg korg dah baca dalam news, anak perempuan Bill Gates baru saja berkahwin dengan orang mesir yg biasa-biasa (bukan billionaire atau anak billionaire macam yg orag expect).

inilah bezanya kita yg sedang membina bisnes Shaklee. Mungkin hari ini kita tengok wang dalam akaun bank tidak sebanyak mana. tapi itu tidak menjadikan kita orang miskin SELAGI MANA kita sanggup berusaha mencipta kemewahan dgn bantu selesaikan masalah yg produk & bisnes yg kita ada.

duit hanya alat untuk kembangkan potensi sebenar Tuhan jadikan kita. bukan sekadar yg menyusahkan orang je kerjanya. Dah ready nak fight for Novemberrr????

APA AKAN TERJADI PADA SI MISKIN DAN SI KAYA ?

Saya cuba buat satu teka teki, yang lebih kepada pemikiran kritis alaf baru. Saya cuba tanya anak saya, apa akan jadi pada orang kaya dan orang miskin kalau mereka diberikan SATU JUTA RINGGIT setiap seorang. Jadi saya bagi anak saya Arreessa bincang dengan kawan sekolah , kawan jiran dan kawan BFF . Seronoknya macam macam jawapan yang saya dengar antaranya

1. Orang miskin akan jadi kaya.
2. Orang Kaya itu akan makin kaya
3. Orang miskin itu akan simpan, cari kerja
4. Orang kaya itu akan sedekah kepada orang miskin.

Dan macam macam lagilah jawapan budak budak nih. Seronok pula dengar jawapan mereka. Tapi masih tak meyakinkan saya. Agak agak apa jawapan saya ?

Jawapan saya semuanya bergantung pada SIKAP /ATTITUDE/MINDSET/HABIT/

Biasanya , orang miskin nih ada dua jenis. Satu sebab nasib tak baik. Satu lagi sebab sikap mereka. Yang jadi masalah ialah yang ada sikap yang teruk. Diorang ada habit yang menyebabkan mereka akan kekal miskin. Tahu tak habit tuh, biasanya habit orang miskin ini

– beli benda yang tak penting , yang tak mendatangkan duit, senang cerita suka BOROS.
– suka enjoy duit dari bayar hutang yang lebih penting.
– tak catat setiap duit yang keluar masuk dalam buku catatan
– belanja berlebihan dari kemampuan.
– tak pernah nak cari peluang buat pendapatan tambahan
– asyik merungut duit takde
– asyik salahkan orang lain

Kalau nak senaraikan sikap buruk nih, memang banyak. Orang yang ada sikap tak bagus nih, bagilah kemudahan yang cantik sekalipun, mesti akan cepat rosak. Korang pun tahukan ? Jadi masalah sikap nih , kalau tak bagus, bagi jelah apapun pertolongan, mesti takkan cukup, tak terjaga dengan baik, dan kalau bagi duit, mesti akan habis dengan cepat.

Kalau sebut bab i- sinar nih, tentu jadi tak tentu hala kalau dapat gedebuk rm10k. Risau pulak duit tuh sepatutnya untuk benda penting macam uruskan hutang, boleh jadi nanti beli benda tak penting, contoh beli gajet canggih yang langsung tak membantu dalam mendatangkan pendapatan. Itulah masalah sikap tak elok yang membuat kita akan kekal miskin.

Orang KAYA pun sama. Ikut jugak sikap .

Kalau jenis yang suka boros, memang habis juga duit satu juta. Tapi sikap orang kaya yang bagus nih akan membuatkan diorang kekal kaya. Biasanya kalau anak orang kaya bila nak warisi kekayaan bapak diorang, diorang mesti kena kerja jadi KULI dulu. Yes, kebanyakkan anak orang kaya kena kerja dari bawah, bukan terus terus jadi BOS macam drama pukul 7 petang. Sebabnya , nak kena belajar urus duit. Nak kena belajar , nak kena bentuk SIKAP yang betul sebel nak warisi kekayaan keluarga diorang.

Kesimpulannya, semuanya bergantung kepada SIKAP. Kalau ada sikap yang bagus, yang miskin akan jadi KAYA bila dapat SEJUTA. Tapi kalau ada sikap tak bagus, habis jahanam semuanya, baik yang miskin, mahupun yang kaya.

Jadi kalau nak KAYA, kena bentuk dulu SIKAP/HABIT/ATITUDE/ dulu, nanti tak terkejut beruk bila dapat duit nanti. Hahhaa. Oh ye, topi B nih beli dekat econsave kampung jawa, 12 ringgit je.kaya kena banyak duit.

kaya kena banyak duit jual produk shaklee COD Shah Alam Klang

Makna sebenar biz shaklee..the essence of this noble biz

Ia bkn biz mgumpul kekayaan hanya utk diri dan kluarga sendiri je tp ia adalah satu “partnership” dgn org lain utk bantu mereka capai impian hidup. Ramai yg gagal selami hakikat biz ni dan tak ramai yg sanggup btahan di kala biz merudum.

Ramai je yg hepi senyum ke telinga bila beroleh kjayaan dan tak ramai yg tahan di uji bila hadapi cabaran demi cabaran. Ia bkn biz mgkaya kan org atas tp satu biz mencipta lebih ramai yg kaya di bwh organisasi sblm kite beroleh hasil kejayaan.

What a beautiful biz model yg di pelopori oleh Dr Shaklee sejak 1956..skrg shaklee di senarai bursa saham Tokyo dan telah di senarai sbg top 500 companies(Fortune 500) sejak 1982. Sape yg bminat mbina kjaya seumur hidup yg tbukti kukuh sejak lebih 65 thn. Usah segan utk tanya kami dan ribuan leaders kami di seluruh negara. kaya kena banyak duit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *