Gemuk Lepas Raya ? Wajib Tahu Tips Kawal Berat Badan

7 tips gempak dan awesome untuk anda maintain berat badan, kurus dan seksi walaupun banyak rumah terbuka untuk anda hadiri! Jom kita belajar tips kawal supaya tak gemuk lepas raya.
Tips Kawal Berat Supaya Tak Gemuk Lepas Raya
Tips 1 : Banyakkan minum air kosong – Ini tips paling senang. Serius. Amalkan bawa botol air 1.5 liter ke mana sahaja anda pergi. Dalam kereta wajib ada terutama ketika dalam perjalanan ke rumah terbuka. Minum air tersebut sebelum ke rumah terbuka. Ini penting supaya anda tidak berasa terlalu lapar dan mengelakkan anda makan seperti orang yang sudah 30 hari kebuluran.
Tips 2 : Detox! Detox! Detox! – Berpuasa 30 hari adalah satu proses detox. Pun begitu, anda masih boleh melalukan proses detox ini untuk mendapat hasil yang lebih cepat dan efektif. Antara cara detox yang baik adalah dengan minum air buah-buahan.
Tips 3: Makan dalam pinggan kecil – Yup! Elakkan ambil pinggan besar. Serius!
Tips 4: Beritahu kawan anda tengan diet – Kawan anda perlu dan wajib tahu anda sedang diet. Mungkin mereka akan ejek anda, jangan risau, ejekan mereka akan dibalas apabila mereka lihat anda boleh memakai semula baju semasa anda berada di tingkatan 5!
Tips 5: Makan buah-buahan – Makan buah buahan akan menyebabkan anda rasa lebih cepat kenyang. Jangan terlalu ghairah untuk makan makanan bekarbohidrat tinggi.
Tips 6: Berhenti sebelum kenyang! – Masalah kebanyakan orang adalah, mereka akan makan sehingga terlalu kenyang. Kadang kala, nak bernafas pun sukar! Elakkan dari amalkan amalan ini.
Tips 7: Puasa 6 – Ya.. ini tips paling agung sebenarnya. Puasa 6. Ia boleh mengembalikan anda kepada momentum semasa bulan Ramadhan. Apabila kita berpuasa, kita menahan diri dari makan dan minum. Dan pada masa sama, mengajar diri erti sabar…
Tips ekstra : Gunakan formula atau makanan tambahan
Sesetengah dari kita sukar untuk menurunkan berat badan. Ia mungkin berkaitan dengan metabolisma badan, anda tidak boleh mengawal nafsu makan atau boleh jadi anda kurang bergerak setiap hari. Justeru, pengambilan makanan tambahan seperti ‘fat burner’ dibolehkan. Dengan syarat, ia bukan hanya membakar lemak, tetapi ia mempunyai kandungan untuk mengenyangkan anda selepas anda mengambilnya. Saya cadangkan set kurus mini pack kami yang berfungsi untuk bakar lemak dan detox lemak, boleh dapatkan dari pengedar vitamin shah alam.

10 MINGGU DIET, CAPAI BMI NORMAL, TURUN 12 KG
Alhamdulillah , usaha membuatkan hasil, bersabar dan terus kekal disiplin , tak sangka abam joe berjaya masuk ke bmi normal, itu pun bordee line je. Nampaknya kena jaga jaga, boleh tersasae ke zone merah kembali kalau tiada disiplin.
Apa yang abam joe buat ? Tak sukar pun, sebab masa tuh abam joe start dari puasa wajib, masa tuh timbang time raya masih 74 kg, turun sikit je. Tapi lepas raya , kami teruskan puasa sunat, jogging, dan kekal makan vitamin, kalau tak badan tak sihat weih, hahaha. Sebab bila puasa nutrisi tak cukup, jangan main main, jadi benda lain pula. Bila kita makan sikit, jawabnya kena makan yang betul betul kualiti. Jadi memang wajib ambil vitamin, lagi lagi cinch shake yang banyak multivitamin untuk badan anda.
Nak turun berat nih formula dia senang je, kalori in mesti lagi rendah dari kalori burn, hahaha itu je. So kalau tahu konsep nih, buatlah apa teknik pun. Nak detox ke, pergi senanman je ke, diet 6 kali makan ke, keto ke, tak pun intermittent fasting IF. Macam abang joe, buat dry fasting, lebih tepat puasa sunat. Cara dry fasting lebih cepat pembakaran lemak berbanding IF yang boleh minum air. Kelebihan dia ada abam joe cerita sebelum nih, kalau korang followlah.
DIET KENA SABAR
So buatlah teknik apa pun, kalau kalori in tuh lebih tinggi dari kalori out, jawabnya tak turunlah berat badan. Unless kalau korang nak muscle gain, itu cerita lain pulak. Basicnya kalau gemuk sangat, start jaga makan dululah senang, buat aktiviti yang mudah, dan bila dah biasa, baru teruskan dengan aktiviti yang lebih berat. Memang sukar dulu, mula mula banyak godaan, tapi kena sabarlah ye. hehehe. ( sebab tuh masa diet first time, malas nak show off kat fb nih)
Buat korang sume, jom pm abam joe kalau nak berjemaah buat diet abam joe nih. Memang terbukti, dry fasting nih memang best, dengan campur vitamin untuk kurus , insyaallah lebih sihat. Jangan kata badan, kulit pun ada orang tegur makin bersih, ada yang cakap makin muda dan macam macam lagi. Jadi apapun mesti kena DISIPLIN !!!!
ELAK PERUT BUNCIT
PB tu perut buncit ? hahahha, bunyi macam Premium Beautiful pun ada, apa apa pun, saya dapat info untuk perut buncit disini. 7 langkah perut buncit tu, saya komen satu satu.
1) Minum air masak yang banyak
Hahaha, ni memang saya lupa, kita bukannya minum air masak, kekadang, air gula je lebih, asyik pagi, teh tarik, tengah hari teh ais, malam milo ais, bila nak minum air masak ? kalau boleh, kurangkan gula. Tak pun, minum air masak je.
2) Makan perlahan-lahan.
Susahlah macam ni, ada meetinglah, kerja bannyaklah, alah, rilek rilek sudah, adik ipar saya , makan perlahan gila, boleh belajar dari dia.
3) Kurangkan garam dalam makanan
Abah saya, buat laksa, garam tak bubuh banyak, oklah, dia pun sihat je. !!! Kalau nak sihat, boleh cuba garam buluh !!! (nak suruh korang beli sebenarnya,)
4)Makan makanan penuh serat
Sayur kena makanlah, kalau tak, habisle korang. Saya memang jarang makan sayur, tu pasalah ada PB tu
5)Kesan pengambilan ubat
jarang ambil ubat ni, tapi tanya doktor ok !!
6) Hindari Sembelit
hahaha, yang ni, rajin rajinle makan buah.
7) Senaman
Ok, 30 minit setiap hari, bak kata sinar fm. Rajin rajin jalan, panjat tangga, jogging, angkat berat, kejar biawak, hooo. gemuk lepas raya.