Faraj Gatal ? Bahaya Jangkitan Kulat Boleh Jadi Tanda Diabetes

Faraj Gatal ? Bahaya Jangkitan Kulat Boleh Jadi Tanda Diabetes

Faraj Gatal ? Bahaya Jangkitan Kulat Boleh Jadi Tanda Diabetes. Masalah kegatalan pada vagina banyak dihadapi oleh gadis dan juga wanita dewasa. Simptom umum yang biasa muncul adalah rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj, kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan) dan pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi.

Penghidap mungkin juga mengalami rengsa atau rasa sakit semasa hubungan seks. Istilah “keputihan” adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans . Keputihan yang disebabkan oleh candida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis.Kalau dibiarkan, cairan keputihan akan keluar dengan banyak dan akan menjadi “secondary infection”.

Cairan itu akan membusuk, bertukar warna kepada kehijauan, kekuningan atau kecoklatan dan boleh membawa banyak masalah pada rahim seperti kemandulan.

Berjaga jaga! Gatal di bahagian kemaluan mungkin tanda diabetes.

Bagi seorang wanita, tidak ada yang lebih buruk daripada gatal-gatal yang berterusan di dalam faraj. Garu yang berterusan boleh menyebabkan kulit dalam faraj menjadi lebam, merah, dan sakit di sekitar peha. Dalam kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan kesakitan semasa membuang air kecil.

Apabila paras glukosa darah meningkat, ia menyediakan persekitaran yang ideal untuk yis berkembang. Yis tertarik kepada kandungan glukosa yang tinggi dalam air kencing pesakit diabetes, dan gatal-gatal boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Punca kegatalan faraj boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:

  • Penggunaan bahan kimia seperti sabun, pembersih faraj, produk kebersihan wanita, dan kondom
  • Jangkitan kulat
  • Jangkitan bakteria
  • Tekanan, di mana tekanan boleh menyebabkan sistem imun menjadi lemah, menjadikan faraj lebih mudah terdedah kepada jangkitan.
punca faraj gatal

Gatal Kawasan Kemaluan

Jika kegatalan faraj yang berterusan telah dirawat dengan pelbagai krim dan ubat, cuba periksa paras gula dalam darah. Jika gatal-gatal itu BUKAN disebabkan oleh kencing manis, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan, seperti:

  • Menjaga kebersihan alat kelamin
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj, gunakan air bersih sahaja
  • Keringkan segera faraj selepas dicuci, elakkan keadaan lembap.
  • Kerap menukar seluar dalam
  • Pakai seluar dalam kapas

Gatal-gatal di kawasan vulva selalunya disebabkan oleh tahap estrogen yang rendah semasa menopaus. Paras estrogen yang berkurangan menyebabkan kulit vulva menjadi kering dan nipis, yang boleh menyebabkan kegatalan dan rasa terbakar di kawasan kemaluan.

Tips penjagaan kebersihan faraj

1. Mengelakkan penggunaan sabun ke dalam faraj Sabun akan mengubah persekitaran berasid faraj (sama ada menggunakan sabun biasa yang bersifat alkali ataupun menggunakan sabun ber pH asidik), lebih-lebih lagi apabila dibilas menggunakan air ke dalam faraj kerana ia akan mencairkan asid ke dalamnya.

2. Teknik mengelap atau mengeringkan faraj Selepas membuang air, jangan dikesat sebaliknya lap secara menekap bahagian kemaluan hadapan dahulu kemudiannya ke bahagian dubur.

3. Memastikan seluar dalam sentiasa kering Jika seseorang mudah berpeluh atau melakukan banyak aktiviti, kawasan kemaluan yang bertambah kelembapan ini akan mengundang penyebaran / pemindahan dan pembiakan kuman juga.

Suplemen Untuk Masalah Faraj Gatal

Jika anda mengalami gatal-gatal di kawasan kemaluan, adalah penting untuk berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan untuk menentukan punca asas dan menerima rawatan yang sesuai. Walau bagaimanapun, beberapa suplemen yang boleh membantu mengurangkan kegatalan di kawasan kemaluan termasuk:

Probiotik: Probiotik ialah bakteria berfaedah yang hidup di dalam usus dan membantu mengekalkan keseimbangan mikroorganisma yang sihat dalam badan. Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil suplemen probiotik boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan faraj, termasuk jangkitan yis, yang boleh menyebabkan kegatalan di kawasan kemaluan.

Vitamin D: Vitamin D penting untuk kesihatan sistem imun secara keseluruhan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Sesetengah penyelidikan mencadangkan bahawa tahap rendah vitamin D mungkin dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan faraj, termasuk jangkitan yis.

Asid lemak Omega-3: Asid lemak Omega-3 adalah lemak penting yang memainkan peranan dalam mengurangkan keradangan dalam badan. Sesetengah kajian mencadangkan bahawa meningkatkan pengambilan asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan kegatalan di kawasan kemaluan.

Vitamin C: Vitamin C ialah antioksidan yang membantu menyokong sistem imun yang sihat. Sesetengah penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil suplemen vitamin C boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan faraj, termasuk vaginosis bakteria, yang boleh menyebabkan gatal-gatal di kawasan kemaluan.

garlic complex

Kelebihan Garlic Complex Shaklee

Garlic complex ialah suplemen yang diperbuat daripada ekstrak bawang putih, yang terkenal dengan potensi manfaat kesihatannya. Beberapa manfaat kompleks bawang putih yang dilaporkan termasuk:

Merawat jangkitan faraj: Bawang putih diketahui mempunyai sifat antimikrob, yang boleh membantu dalam merawat jangkitan bakteria dan kulat di kawasan faraj. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diperhatikan bahawa bawang putih tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan.

Bertindak sebagai antioksidan semulajadi: Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang bertindak sebagai antioksidan semulajadi, yang membantu melindungi tubuh daripada tekanan oksidatif dan keradangan.

Membunuh kuman yang menyebabkan keputihan: Bawang putih dipercayai mempunyai ciri antibakteria yang boleh membantu membunuh kuman yang menyebabkan keputihan.

Produk Shaklee untuk mengatasi masalah kegatalan vagina

Alfalfa complex sangat bagus dalam merawat keputihan. ini disebabkan klorofil di dalam alfalfa adalah antibakteria . Jadi masalah kegatalan dapat di atasi dengan mengambil alfalfa complex. Selain itu, Alfalfa juga membantu mengatasi masalah sembelit, membantu penghasilan susu bagi yang “breastfeeding”, bertindak sebagai detoks dan juga berfungsi sebagai perapat kepada kaum wanita.

ESP (Isolated Soy Protein) jika diambil bersama suplemen-suplemen lain, ia akan bantu penyerapan yang lebih baik semua suplemen yang kita ambil, cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yang tak ambil bersama ESP. Ia juga membantu pemulihan tisu badan , fungsi enzim dan hormon yang sempurna serta menyokong kesihatan imunisasi badan .

Testimoni pengguna Alfalfa complex dan ESP

Saalam..ehem..just nk share pasal alfalfa n ESP . Sblm ni sy ade masalah gatal2 kt ‘tut’. Kalau time period g la… gatal sgt2 , kdg2 sampai xboleh tido… Mase pregnant pun kene, sampai kne masuk ubat kt ‘tut’, sapu cream gynae bg n mkn ubat tahan gatal… then, mase dlm pantang try mkn alfalfa n ESP sbb darah keluar lame kn…so mmg xsanggup nk tahan gatal kt situ. Alhamdulillah, sejak consume Alfalfa n ESP , mmg hilang terus gatal2 tu. Skrg ni, kalau period pun, dh x risau nk tahan gatal yg tahap dewa kt ‘tut’ tu. Suke…suke…tq Shaklee….!!!

One thought on “Faraj Gatal ? Bahaya Jangkitan Kulat Boleh Jadi Tanda Diabetes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *