Tips Elak Gastrik Ketika Puasa

Tips Elak Gastrik Ketika Puasa

Tips Elak Gastrik Ketika Puasa ? Bulan Ramadan bulan yang dinanti nantikan. Punya lah semangat nak berpuasa penuh. Tapi hati mula resah bumbang kalau kalau gastrik tiba tiba datang menyerang. Apa nak buat? Macammana nak elak gastrik ketika puasa

“Bulan puasa kali ini cukup mencabar. Jam baru 11 pagi. Perut terasa sangat pedih. Kadangkala, terasa asid tiba-tiba naik ke tekak. Tekak pula terasa pedih.”

Anda alami perkara ini? Anda mungkin ada penyakit gastrik

Tanda Tanda Gastrik Ketika Berpuasa

Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah :

  • sakit di bahagian ulu hati
  • perut kembung
  • sendawa yang kerap
  • loya dan muntah
  • muntah darah atau najis bewarna hitam

7 Tips Elak Gastrik Ketika Puasa

1. JENIS MAKANAN & MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN

Umumnya, pemilihan makanan sihat amat membantu mengawal masalah gastrik.

Berikut adalah jenis makanan yang perlu dielakkan atau dihadkan:

  • Makanan bergoreng
  • Makanan pedas dan berempah
  • Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
  • Minuman bergas
  • Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
  • Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
  • Makanan yang diproses seperti sosej dan nugget

2. KETIKA BERBUKA

Ketika berbuka, makanlah dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makan terlalu banyak dan jarakkan pengambilan pemakanan.

Contohnya anda boleh berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat Maghrib dahulu. Kemudian barulah makan nasi bersama lauk pauk dalam kuantiti sederhana.

Selesai solat terawih pula, banyakkan makan buah-buahan yang tidak berasid, biskut oat atau roti

3. KETIKA BERSAHUR

Seeloknya lewatkan sahur, iaitu ketika hampir waktu imsak. Cuba elakkan makan sahur terlalu awal, contohnya jam 2 atau 3 pagi dan tidur semula sehingga pagi.

Anda digalakkan minum segelas susu semasa sahur. Hal ini dapat mengurangkan simptom gastrik dan ulser peptik.

Tabiat tidur selepas selesai sahur atau berbuka boleh menyebabkan gastrik dan masalah pencernaan.

4. JANGAN MEROKOK & MAKAN LEWAT MALAM

Bulan puasa adalah bulan yang paling ideal untuk anda berhenti merokok. Merokok bukan saja membahayakan kesihatan, tetapi ia juga boleh menjadi penyumbang kepada gastrik.

Makan selepas solat terawih atau moreh / supper juga seeloknya perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.

5. MINUM AIR KOSONG

Minum air kosong secukupnya sepanjang malam di waktu Ramadhan. Ramai yang ‘terlupa’ minum air kosong sebab macam-macam jenis minuman yang menggiurkan dijual di pasar Ramadhan.

Air kosong penting bagi melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan gastrik atau sakit perut yang dihadapi di siang hari.

Mengikut saranan KKM, anda sepatutnya boleh mencukupkan 8 gelas air sehari dengan jadual minum air seperti berikut:

  • 1 gelas ketika bangun sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur
  • 1 gelas semasa berbuka puasa
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat terawih
  • 1 gelas sebelum tidur
Elak Gastrik Ketika Puasa

6. MAKANAN & MINUMAN YANG DIGALAKKAN

Banyakkan makan makanan karbohidrat kompleks atau yang berasaskan bijirin gandum, seperti beras perang, kekacang badam dan oat.

Cuba gunakan teknik memanggang atau kukus untuk mengelakkan makanan bergoreng dan berminyak.

Selain air kosong, anda boleh minum susu atau smoothie buah-buahan yang tidak berasid seperti kurma dan pisang.

7. ‘STANDBY’ & MAKAN UBAT

Jika anda diberikan ubat oleh doktor, jangan lupa mengambil ubat mengikut preskripsi doktor.

Sekiranya diserang gastrik yang teruk, anda boleh mendapatkan suntikan di klinik jika perlu.

Info SIRAPLIMAU

Elak Gastrik Ketika Puasa

JANGAN PAKSA DIRI JIKA KEADAAN TIDAK MENGIZINKAN

Selain mengawal pemakanan, cuba elakkan stres dan amalkan gaya hidup sihat. Beberapa kajian menyatakan bahawa stres boleh menyebabkan peningkatan asid perut.

Jika kerap sakit, berbincanglah dengan doktor tentang keadaan anda berkaitan masalah yang dihadapi ketika berpuasa. Ingat, Islam itu agama yang indah dan tidak memaksa umatnya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan mereka.

Selamat berpuasa!

Elak Gastrik Ketika Puasa Dengan Protein Shaklee

Puasa secara amnya mengurangkan jumlah asid perut. Walau bagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku melalui pemikiran atau aroma makanan yang secara semulajadi memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Kawal pedih ulu hati dengan:

  • Makan secara sederhana.
  • Hindari makanan yang pedas dan berminyak.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Ambil protein berkualiti berasaskan tumbuhan seperti ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder untuk menguatkan otot perut dan esofagus.
  • Ambil pudina dan halia untuk melegakan ketidakselesaan penghadaman.

Protein Shaklee adalah Glisemiks Indeks Rendah. Indeks glisemik (GI) adalah bagi mengukur kesan karbohidrat pada tahap gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa pencernaan. Jika glukosa dilepaskan secara cepat ke dalam darah maka ia bermakna karbohidrat yang diambil mempunyai GI tinggi, sedangkan karbohidrat yang terurai lebih lambat, melepaskan glukosa secara berperingkat ke dalam aliran darah, mempunyai GI yang lebih rendah. 

Bila kita makan nasi yang banyak semasa sahur, memang tak heran lah kita akan rasa lapar dalam masa 2-3 jam.

Sebab badan kita akan mengalami “Insulin Spike”.

Ketika fasa ini, insulin akan dikeluarkan dengan mendadak dari pancreas untuk membantu menukarkan glukosa kepada tenaga di dalam sel.

Tapi kalau tidur selepas subuh macam mana? Haaa glucose tidak jadi tenaga. Tapi glucose (dari nasi) akan bertukar jadi FAT !

Ok back to akibat Insulin spike tadi. Kadar gula dalam darah turun secara mendadak. Otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa.

Krokkk krokkkk bunyi perut keluarkan isyarat laparrrrr.

Baru pukul 10 pagi ni. Aduii pedih perut lah. Macam mana tahan sampai maghrib ni. tips elak gastrik ketika puasa

Betul ke berkesan Elak Gastrik Ketika Puasa?

Elak Gastrik Ketika Puasa
Elak Gastrik Ketika Puasa
Elak Gastrik Ketika Puasa
Elak Gastrik Ketika Puasa

Saya Nak Order la Protein Shaklee Untuk Elak Gastrik Ketika Puasa

Jika anda berminat untuk mencuba protein Shaklee ini boleh hubungi kami di

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717

COD area Shah Alam, Setia Alam, Meru, Klang, PJ, USJ , Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Bukit Jelutong, Puncak Alam, Bandar Bukit Raja, Alam Impian, Sungai Kandis, Subang Bistari, Elmina, Saujana Utama, Padang Jawa Klang, Jalan Kebun, Bukit Naga, Kota Kemuning, Bandar Sunway, UM, UiTM,MSU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *