Cara Mudah Rawat Ulser

Cara mudah rawat ulser. Kesakitan teramat sehingga kadang kala sukar menguyah makanan atau berkomunikasi pasti menyebabkan emosi seseorang itu terganggu.
Ulser di bahagian mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah individu kerana sesiapa saja tidak mengira jantina dan usia boleh mengalami ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.
Ulser Boleh Sembuh ?
Walaupun ulser boleh diubati dan tidak berlarutan untuk tempoh lama, faktor penyebab masih tidak dikenal pasti. Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan antara punca ulser.
Ada pula berpendapat beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk.
Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh menjadi penyebab ulser.
Apabila berlaku ulser, seseorang mengalami beberapa tanda seperti bengkak kecil yang pedih pada bahagian mulut terutama di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak terbabit berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah di sekitarnya.
Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan kepada produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia datang bersama demam dan kelesuan.
Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang menjaga kebersihan mulut agar tidak mendapat ulser yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan.
Rasa sakit, pedih dan perit sehingga kadangkala sukar untuk menelan atau mengunyah makanan pasti dirasai setiap kali ulser mulut menyerang.
Memang menyakitkan dan adakalanya agak sukar sembuh kerana ia bergantung kepada lokasi ulser. Keadaan itu mengganggu keupayaan untuk makan dan bercakap sehingga mengganggu emosi individu itu akibat menahan kesakitan.
Ubat Klinik Berkesan ?
Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad, selain ubatan yang boleh didapati di klinik atau farmasi, terdapat beberapa kaedah menggunakan bahan semula jadi yang boleh digunakan bagi merawat ulser.
“Boleh menggunakan madu dan minyak kelapa kerana madu ialah pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. “Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru,” katanya.
Dr Zubaidi berkata, madu juga antimikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut. Caranya dengan menyapukan sedikit madu pada ulser atau campurkan sedikit dengan kunyit yang ditumbuk untuk digunakan pada kawasan yang terjejas.
“Lakukannya secara konsisten sehingga ulser itu mulai sembuh,” ujarnya. Tambahnya, penggunaan minyak kelapa dan air kelapa sangat berguna dalam merawat ulser. Caranya berkumur dengan air kelapa kemudian sapukan sedikit minyak kelapa terus pada ulser.
“Walaupun tidak dirawat, ulser mulut biasanya akan hilang dalam masa seminggu atau dua minggu. Namun jika ulser tidak sembuh dalam tempoh berkenaan, ia mungkin petanda masalah yang lebih bahaya,” katanya.
Bertemu dengan doktor berhampiran bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah lain apabila ulser lambat sembuh. cara mudah rawat ulser
sumber : metro

Cara Mudah Rawat Ulser Dengan Cepat Selepas Konsisten Ambil Supplemen Shaklee
Nama saya Nor Silawati binti Ngah. Saya lebih dikenali sebagai Cik Laa dikalangan rakan-rakan.
Untuk kali ini, Cik Laa ingin berkongsi #shakleeeffect Cik Laa sejak mengamalkan vitamin Shaklee iaitu ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX.
Cik Laa mempunyai berat badan di bawah BMI yang sepatutnya iaitu under weight. Dengan ketinggian 154cm, berat badan Cik Laa hanyalah 41 kg ke 43 kg. Masalah biasa bagi orang yang kurang berat badan ni ialah selalu mengalami ulser mulut atau dikenali sebagai mata ikan.
Beberapa tahun dahulu, ulser mulut merupakan sesuatu yang mengganggu hidup Cik Laa kerana Cik Laa akan terkena ulser mulut hampir setiap bulan. Sejak dari sekolah rendah, memang sentiasa ada ulser di bibir, di gusi dan paling sakit di anak tekak atau lelangit.
Sekali terkena, dua atau tiga biji. Paling sakit bila dia tercantum dan jadi satu luka yang sangat besar. Kadang kala tidak boleh makan, sukar bercakap dan membawa kepada sakit gigi dan sakit kepala. Tempoh masa untuk baik mengambil masa dua ke tiga minggu. Pernah sampai Cik Laa ke klinik sebab tidak tahan sakit ulser tersebut. Ubat titik Oral Aid Lotion beli kat farmasi adalah teman baik Cik Laa.
Hasil daripada pembacaan Cik Laa, ulser ni terjadi atas beberapa faktor. Antaranya ialah sistem imunisasi yang abnormal ataupun rendah, kekurangan zat besi, mewarisi daripada ibu bapa, stress, kurang nutrisi seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi, serta masalah haid dan perubahan hormon yang mendadak.
Apa yang Cik Laa perasan, mungkin sebab sistem imun yang rendah, kekurangan zat besi, kurang nutrisi, stress serta masalah hormon adalah penyebab kepada masalah ulser mulut Cik Laa ni. Sebab Cik Laa memang ada resdung, eczema dan masalah period yang tidak teratur.
Pada bulan Ogos 2013, Cik Laa mula mengamalkan Shaklee iaitu Set Resdung. Alhamdulillah, resdung Cik Laa semakin baik dan tidak mengganggu Cik Laa lagi dan Cik Laa perasan, sejak Cik Laa mengamalkan ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX, Cik Laa sudah jarang terkena ulser mulut.
Yang mula-mula menegur Cik Laa adalah emak. Emak cakap emak dah tak dengar Cik Laa mengadu pasal ulser mulut. Kalau dulu Cik Laa akan mengadu sakit mulut, pastu bila terkena ulser Cik Laa jadi sedikit pendiam, sebab sakit bila nak bercakap. Makan pun jadi kurang selera.
Bila mak tegur, Cik Laa pon baru perasan dan rasa sangat bersyukur. Bila diingat balik, mungkin asbab konsisten 3 vitamin itulah menjadikan Cik Laa tidak lagi diganggu masalah ulser mulut dan Cik Laa perasan, jika terjadi lagi ulser tu, dalam masa tiga ke lima hari, ulser akan baik sendiri. Tidak seperti sebelum ini dalam dua minggu ke tiga minggu baru baik. Alhamdulillah.
Bagaimana vitamin-vitamin ini membantu Cik Laa mengatasi masalah ulser mulut? Seperti yang Cik Laa beritahu tadi, ulser mulut terjadi di sebabkan beberapa faktor. Apabila konsisten vitamin-vitamin tersebut, faktor yang menyumbang kepada ulser mulut dapat dielakkan.
Sebagai contoh ESP, iaitu protein daripada soya non GMO dapat membantu pembentukan sel baru. Ia akan mempercepatkan penyembuhan luka ulser pada bibir Cik Laa.
Vitamin C pula dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Apabila sistem imunisasi badan Cik Laa kuat, ia dapat menghalang daripada berlakunya ulser mulut.
B-Complex pula membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan Cik Laa kerana B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik. Bila badan kita cukup nutrisi, masalah ulser mulut dapat diatasi. Selain itu, B-Complex juga bagus dalam membantu menstabilkan hormon dan mengatasi masalah stress.
Alhamdulillah, Cik Laa sangat bersyukur kerana hasil konsisten vitamin-vitamin Shaklee, Cik Laa dapat mengatasi masalah yang mengganggu hidup Cik Laa selama ini. Walau nampak ulser mulut tu sesuatu yang kecil, tetapi ia sangat mempengaruhi emosi dan aktiviti seharian kita.
Kepada mereka di luar sana yang mempunyai masalah seperti Cik Laa, Cik Laa sangat mengesyorkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi tubuh badan kita kerana ia adalah selamat, semulajadi dan sangat berkesan. In Syaa Allah, kita tidak akan menyesal dengan Shaklee Effect yang kita dapat nanti.