Cara Berjaya Dalam Sales Dan Terus Dapat Sales Yang Konsisten

Cara Berjaya Dalam Sales Dan Terus Dapat Sales Yang Konsisten

Cara Berjaya Dalam Sales ? Alhamdulillah, itu saja lafaz yang aku mampu katakan untuk rezeki pagi ini. Alhamdulillah, tiada apa yang saya boleh katakan, semalam saya agak stress sikit, dengan PC dan laptop buat hal. Hari hari bonus Shaklee, kami pecah rekod lagi untuk hasil lumayan dari Shaklee.

Bila sebut bab bonus ni, masuk pula orang tanya, Hei Faiz, “cara untuk berjaya dalam sales “, Ada cara ke ? hooo, oklah kali ini, korang tahu tak, jawapan untuk berjaya dalam sales ini, semuanya ada dalam blog penulisan aku, sekarang ini aku nak ulas satu-satu perkara yang aku rasa amat penting untuk tingkatkan sales korang. 

Niat Nak buat Sales

Tengok balik niat, niat anda nak berjaya dalam business anda, saya ada tulis sebelum, sebab nak berjaya dalam sesuatu perniagaan. Bila kita check balik tujuan dan matlamat, ternyata, yang paling penting ialah kerana Allah SWT. Itu semua orang mengakuit, tapi macam mana nak sampai ke arah itu ? Ada satu petua dari mentor kami, Wak Zainul Anuar, dia kata, kalau kita boleh mencapai sesuatu pekerjaan tanpa memikirkan duit, nampaknya sales akan mula masuk ke dalam poket anda, baca lagi link kat atas ini ok ?

Keluar dari Comfort Zone

Dua entry khas sebelum ini, aku ada cerita pasal ni, tapi ada satu tu, aku cerita tentang kawan kitorang Hazwan Mohd Noor, tauke car wash dan printing. Banyak benda aku berurusan dengan beliau, tapi yang paling best statement yang pernah keluar dari mulut dia ialah ” Keje Perodua Gaji RM 2500 tak cukup, Keje sendiri Gaji RM 1500, CUKUP !!”. Nanti aku nak ulas jugak isu cukup tak cukup ini, banyak benda juga.

Cari Mentor

Sebenarnya, banyak gila Mentor yang kau orang boleh tengok, dan mentor ini dah banyak, dan sesetengah tu Memang otak gila-gila. Selain korang belajar banyak buku dan panduan buat sales dan marketing, korang pergilah belajar dengan mereka, bergaullah dengan golongan yang berjaya, tak kira apa bidang, sebab diorang ada satu tonik yang tidak ada pada orang biasa, dan kalau korang dapat sedut tonik tu, aura sales korang akan meningkat. Kalau dalam Shaklee ini, upline kitorang pun dah cukup untuk mengedit segala kerja yang kitorang buat. Diorang yang bagi semangat, guide macam mana nak buat sales dengan baik dan berkesan.

Gunakan Facebook, Blog, dan sebagainya.

Macam-macam cara sekarang ni, orang berniaga, so korang juga tak boleh lari dari menggunakan internet sebagai korang nye marketing. Dulu mungkin ye, kita belajar buka kedai, dan tunggu orang lain datang. Tapi, zaman perniagaan ialah buka kedai online dulu dan selepas mantap barulah buka kedai  yang sebenar. Tapi kecoh juga isu yang katanya kerajaan nak tutup FB, tapi itu bukan alasan, kat sini, online marketing sangat penting, bak kata Robert  Kiyosaki, “Normal People Works, Rich People Buil NetWorks”. 

Sabar , Sabar, dan Sabar

Tiada apa yang lebih penting dari usaha, doa, dan tawakal. Korang tahukan, bukan semua perkara di dunia ini mudah begitu sahaja. Orang yang berjaya dalam dunia ni, semuanya perlu lalui saat kegagalan, sales jatuh dah sebagainya. Pengalaman akan mengajar  kita cara terbaik untuk membina sales yang bagus lagi berkesan. Selain itu, buatlah amalan-amalan murah rezeki yang diajarkan oleh  Islam. Insyaallah, sales kat akhirat pun meningkat. Banyakkan sedekah, rapatkan ukhwah, gembirakan mak ayah, dan banyak lagi yang korang boleh buat.

cara berjaya dalam sales

Teknik Softselling Shaklee

Hoo ada rupanya tanya saya macam mana nak buat teknik softselling nih. Oklah, jawapannya senang je. Softselling ni biasanya kita update pasal business kita je. Apa yang kita buat, apa yang kita tengah lakukan, tanpa buat sebarang promosi terus. Tiada nombor telefon, ajak tanpa sedar, itulah softselling. Biasalah kena selalu update facebook ok ? sebab orang nak kenal kita.

Tapi cara paling best ialah korang boleh join misi VIRAL VIVIX kitorang. Lagi best. Cara kitorang ni lain macam sikit, lagi softselling, ada hardselling, tapi boleh viral, macam mana tuh ? lepas tuh dapat sales pulak. hahhaa, nak tak nak kena join lah ye, klik link kat atas tuh ye !!!

Online Bisnes Percuma ?

Masa saya  bosan melayan tv di rumah bapak saya, saya tengok lah satu rancangan tuh dia temuramah Prof Muhaya kat tv, hoo, lepas tuh aku terderngar, prof muhaya kata, bukan tak boleh main fb , paling penting kita manfaatkan media sosial, online tools ni dengan sebaiknya. Niat kita semuanya mencari keredhaan Allah. 

Introduction atas nih mukadimah untuk tajuk harini. Perluke buat online business nih ? Aku rasa kalau tulis, banyak gile sebabnya. Tapi online business ni memang dasyat, sampai LHDN, KDNKK, dan macam macam agensi kejar pemilik online business nih, lagi lagi pulak macam macam kes penipuan, nak beli iphone, tapi dapat batu lesung, hahahha. Macam macam online nih, sampai sekarang ni ustaz  ustaz ni pun guna fb nak promote kelas baca quran, kelas tafsir dan macam macam kelas kekeluargaan .

Maknanya, apa kat sini ?

Online business nih dah jadi trend, kalau kita tak ambil peluang, sangat rugi. Hhahaa, Jadi kenapa penting nya  online business nih ? Banyak sangat weih , rujukla pakar pakar yang berjaya nih, diorang tentu ada sebab, lepas tuh ko boleh tengok muka diorang ber FB live, dan macam macam webinar, seminar, temberangminar, dan macam macam lagi minar yang korang boleh join.

Tapi paling banyak banyak benda yang aku suka pasal online business ialah dia ni PERCUMA. Ye, terlampau banyak platform percuma nih. ada orang guna youtube  je, dah boleh generate followers dan sales, dari youtube dah jadi artis dan selebriti. Dari blog percuma tuh ko boleh jual macam-macam, sampai jadi artis, ok yang ni muka kena cun sikitlah. Hahhaha.

Kau bayangkan, kalau ada tribe followers downline, dan seumpamanya yang guna dan duplicate semua yang percuma nih, memang mudah nak untung. Senang gila nak viral, nak jual barang, hanya dengan butang share share share. Hahaha. Gila dasyat. 

Jadi sebab benda ni PERCUMA

jadi aku ingat kata kata prof muhaya tadi, manfaatkan sebaiknya. Pilihlah online business yang bagus. Kau nak jadi blogger promote entry separa lucah pun boleh, tapi apa faedahnya ? takkan nak duit semata mata buat benda macam tuh. Cubalah share benda yang bermanfaat , sebab kalau viral, pahala berganda ganda,  belum lagi untung penjualan semua. So pilih online business yang terbaik, buat apa yang korang suka, ikut syariah, ikut prinsip korang, stay strong. Enjoy, zaman percuma nih, manfaatkan. 

Nak mula, mula sekarang, ada fan page fb, ada youtube, gain followers, buat perlahan lahan, follow orang orang yang korang rasa sangat memberi inspirasi kepada korang. So sentiasa promote dan update, nanti page nih  akan membiak membesar, masa nih lagi senang nak promote barang.  Nak kumpul followers, likers, ni semuanya ambil masa, bukan sehari dua je. Hahhaa, kalau nak cepat, tuh semua kena bayar, hahhaha. cara berjaya dalam sales

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *