Bintang Harapan Shaklee

Bintang Harapan Shaklee

Uncle mutu ditugaskan untuk menjadi AJK bagi program iReach Super Star, program mengiktiraf wira wira ireach family yang berjaya naik rank dan pakar menjual set detox dan vivix. Tugas uncle mutu senang je, cuma kawal lagu apa nak keluar, selain itu persembahan apa nak buat. bintang harapan shaklee

Bintang Harapan Shaklee

LEpas habis je wak Zainul Anuar punya sharing tentang trip Shaklee ke Orlando dan Land mark study, memang uncle mutu dah standby gitar untuk aktiviti suka suka dengan anak anak ireach. Lepas tuh tah macam mana, nasib baik ada microfon Munzir Rahim , sempat lah kami rekod satu lagu, ye uncle mutu main gitar, dan anak lelaki Mai Md Saupi cuba improvasi harmonika. Layan siut teknik jamming ni, belakang pulak backdrop ireach, cool tak Lyna Noh ?

Lepas sesi jamming nih, ada sesi muzakarah, Uncle mutu dapat join aktiviti tuh, atas beberapa kriteria, membuatkan uncle mutu dan isteri Ainul Fadzilah Mustafa dipilih sebagai ahli Muzakarah Ireach. Ye, sesi ini dah masuk yang ketiga, banyak benda yang kami belajar untuk sesi hari ini. Ianya buatkan Uncle Mutu berfikir kembali, apa yang sepatutnya Uncle Mutu buat, dan apa yang Uncle Mutu perjuangkan sebelum ini betul ke memberi impak, atau sekadar buat sahaja.

Uncle Mutu tak harapkan BIntang jatuh bergolek di depan mata, uncle mutu rasa itu cerita lama, ye betul itu cerita lama. Bila Tuhan itu sengaja memberi bintang-bintang itu, di bawah tapak kaki Uncle Mutu, uncle mutu sempat kutip beberapa yang ada sahaja, kerana kurang mahir, dan masa tuh perlu berebut dengan orang lain. Tapi makin lama, bintang tuh tak jatuh jatuh, makin sukar, seolah olah malam jadi sepi, bintang tak jatuh di kaki, habis semua isi, menjadi basi.

Makin lama Uncle mutu faham. Kita tak boleh mengharap bintang, jatuh ke kaki kita lalu kita kutip. Cerita lama itu hanya sekadar tuhan nak beritahu uncle mutu, bintang tuh sangat bermakna, kau kena hargai bintang itu. Tapi tuhan tahu, itu hanya sementara, bukan usaha Uncle Mutu yang sebenar.

Ilham lagu ini, tuhan yang bagi, uncle mutu dan mushadad hanya persembahkan sahaja, kerana nota nota songsang dan gitar yang tidak tepat nadanya. Uncle Mutu faham, dulu kita semua mengharap bintang itu jatuh ke bawah, tanpa kita sedar, sebenarnya kita sendiri

PERLU TERBANG KE ANGKASA MENGUTIP BINTANG-BINTANG ITU !!!

(lagu khas untuk team muzakarah, dan jugak geng hantu shaklee !!!)

Leader Shaklee Duplicate Komitmen

Dalam bisnes kita kena sentiasa baiki performance kita. Sebab bisnes kita makin membesar. Ahli-ahli team makin ramai.

Setiap hari ada ahli baru. Yang nak berbisnes ada, yang nak guna saja pun ada. Masing2 ada motivasi berbeza.

Saya?
Cuma boleh set the trend. Buat module training. Buat kelas everyday… personal coaching everyday..

Bila dah masing2 jauh, semuanya terpaksa dibuat dgn platform paling mudah utk semua orang – online.

Kat sinilah kita akan nampak pengorbanan. Ada yg tak ada internet sanggup ke cafe atau mall.

Ada yg berkejaran dgn anak2 tapi sanggup tahan telinga tadah ilmu. Ada yg dah nak tidur tp sanggup korbankan mengantuk. Semua tu pengorbanan utk sebuah kejayaan.

Tiada alasan. Tak pernah ada kes yg special. Tak sempat bermakna tak pandai manage. Atau sebenarnya mahu. Org berjaya mesti dia sendiri yg mahu & boleh uruskan hidup dgn baik.

Saya dan leader-leader commit masa kami utk team. Oleh itu harapan kami agar team dapat duplicate komitmen kami. Sama2 kita saling motivasikan dan sama2 berjaya.

Anda nak duplikasi semangat bisnes saya?

Berani Berjaya Dalam Shaklee

Salam jumaat semua. Hari ini, semua abang-abang hensem nak pergi Solat Jumaat, tentunya kacak sihat dan bergaya, wangi mewangi seluruh alam. Hahha. Ambo nak cito skt, ada keyword lagi masuk blog ambo, adake dia tanya cara untuk berjaya dalam perniagaan ? Hoo, kito ni takdolah berjayo sangat, tapi Alhamdulillah, dapatlah raso naik keto baru. Oklah, gua nak bagi satu tips je dulu. Benda paling penting dalam berjaya perniagaan ini ialah BERANI !!!

Aku ajak mu, jom kita buat business, pastu mu tanya, Business apa tuh abe ? Aku tanya ni business besar punya, kena keluar duit juta-juta, ribu-ribu. Hoo, kita pun takutlah itulah inilah, tapi dalam hati kata, mahu kaya. Kalau mu BERANI JADI MISKIN DULU, ada harapan nak berjaya dalam perniagaan, yakinlah pada rezeki Allah. Pengalaman, ilmu yang dikutip masa jadi MISKIN tu, akan buatkan kita pandai. Tapi apapun belajarlah dulu ye, bukan main rempuh je, tapi buat kajian juga, belajar dengan sifu macam abang jamal jugak. Berani tak korang ?

Berani tak berubah ? Orang lain hidup senang lenang, tak yah susah susah keluar sana sini, belajar itu ini, kita lagilah, berkorban duit, masa, tenaga, dan buat itu ini, sebab tahu, nak hasil lebih, kena kerja kuat sikit, tapi berani lagi tak menghadapi situasi sukar, itu pun kita tak berani, susahlah nak jadi orang hebat. Tapi janji Allah, setiap ujian Allah tu sesuai dan ikut kemampuan kita. So kita kerana berani, terus kehadapan. Ada mu berani ?

Ni satu lagi masalah orang kito ni, semua benda nak free, nak cepat kaya, nak je keluar duit, tunggu jadi rumah, tapi malas gila, macam aku jugak malas, hahaha. Tapi hakikat nak business, memang keluar modal dulu. Tapi mu takyah keluar banyak banyak pun, tak perlu nak hutang sana sini. Mu start buat kecil-kecil dulu, belajar dulu urus duit semua, barulah nampak langkah berani dan yakin nak keluar modal lebih sikit. Takpun, paling senang mu join MLM macam Shaklee ni, keluar 65 ya je, barang semua ambil kat HQ. So mu berani tok nak keluar duit, nak belajar, nak cari mentor semuo ?

Ada berani, jom aku belanja mu nasi birayani, sambil sambil kita borak pasal business, hahaha, aku pun bukan kencang sangat. Kat luar sana, ramai tera-tera belako. Oklah, BERANI BERANI BERANI !!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *