Berpantang Dengan Vivix Shaklee

Berpantang Dengan Vivix Shaklee

PENGALAMAN PUAN AINUL MALIK BERPANTANG DENGAN VIVIX SHAKLEE

Berpantang Dengan Vivix Shaklee ? Baru ku faham apa yang dimaksudkan orang tua “waktu berpantang tu, jagalah pantang betul-betul” 

Dah beranak tiga ni secara ceaserean ni, dan ditambah dengan faktor umur sekarang sebenarnya memang wajib dengar cakap orang tua-tua; rehat betul-betul, jaga pantang, jaga makan, jangan keluar waktu pantang, jangan main air waktu pantang. Dulu memang faham, TAPI faham atas dasarnya saja, sekarang memang DAH FAHAM sepenuhnya.

9 bulan kita mengandung dan mengumpul hormon mengandung yang sangat tinggi, tiba-tiba nak hormon jadi normal sempurna dalam waktu yang pendek, “MEMANG TAK,LA” orang cakap, mihmihmih. Ya, boleh memang boleh, dengan jaga pantang seketat-ketatnya, ikut aturan berpantang, tetapi bukannya terus OK sebaik saja dua tiga minggu berpantang tu.

Disebabkan perubahan hormon inilah, ia memang mengganggu sistem dalaman wanita ini seadanya. Boleh menyebabkan mood swing secara TIDAK SENGAJA, mengganggu emosi TANPA SI WANITA SEDAR, dan mempengaruhi tingkahlakunya.

Ini sangat serius, okeh. Boleh mengganggu keamanan rumahtangga.

Nak minta suami faham, sama lah kes dengan nak minta KITA FAHAM KENAPA KENA JAGA PANTANG BETUL-BETUL tu, selagi belum berlaku apa-apa depan mata, memang manusia susah nak paham-paham. 

Takperlulah paksa bagai, memang orang cakap, selagi tak kena dekat batang hidung memang tak akan faham! Setakat nak bagitahu suami, teorinya, praktikalnya, apa jadi itu, apa jadi ini, nanti kena tolong sidai baju, kena tolong kemas rumah, kena tolong jagakan anak-anak lain, mereka boleh buat, tapi tak akan faham, kenapa tiba-tiba kita memang tak boleh nak handle benda-benda rutin wanita ni seperti azalinya. Kenapa nak depend pada suami pulak tiba-tiba. Kenapa sebelum ini dari takpernah kena sidai kain, terpaksa dipujuk rayu isteri untuk tolong sidaikan kain dan sebagainya.

Ya, berkaitan dengan “dalaman wanita” tadi yang baru nak pulih luar dan dalam, secara beransur-ansur.

Sebab tu, orang kata, elakkan bentan, elakkan meroyan, elakkan angin, elak tu, elak ni, sebab, ia akan mengganggu PERSONALITI wanita itu secara tiba-tiba yang mendatangkan tanda tanya diri wanita tu sendiri, suami dan orang sekeliling.

Haish, susah kan nak explain benda yang taknampak ni? 

Jadi, berbalik pada point asal saya tadi, jaga pantang betul-betul tu, saya dah bersedia untuk anak yang ketiga ini, nekad untuk MEMULIHKAN LUKA OPERATE ni sebaik-baiknya, sebab, saya dah tahu, akibat dari rasa sakit yang tak terperi tu nanti, ia akan mengundang macam-macam lagi masalah lain yang pasti timbul.

Iaitu masalah tenaga, masalah nak menyusukan anak, masalah nak elokkan hormon, masalah nak nifas dan haid, masalah emosi sendiri, masalah meroyan sendiri, masalah LUPA INGATAN (heiii, ini saya mengaku saya alaminya, tak tahulah encik suami Mohd Q Razali stress ke tak pelik nape isteri dia ni jadi pelupa yang amat lepas berpantang ni hahahahha, sebab ia memang realiti, tau).

Saya TERPAKSA ambil Vivix sebab saya dah tahu lepas habis je ubat bius nanti, mulalah tempoh anda menanggung kesakitan otot-otot perut akibat dipotong berlapis-lapis di tempat luka yang sama, sakit luka kawasan bawah akibat saluran air kecil yang dipasang juga mendatangkan stress bila nak membuang, kesakitan tulang belakang hingga ke kepala bila ambil bius tulang belakang, sakit dan lenguhnya badan untuk berbaring dengan sempurna, tak campur lagi nak setelkan masalah penyusuan yang jadi faktor no 1 wanita berpantang akan stress dan sakit. Bengkak susu lah, itu lah, ini lah.

Nak anak ni decision sendiri, kan?

Allah dah bagi rezeki dan amanah ini, kita terima dengan hati terbuka dan jaga amanah betul-betul. Ha.. kita bertanggungjawab atas apa yang kita mahu, KITA BANTU BADAN untuk pulih luka luar dan dalam dengan sebaik-baiknya. 

Saya memang rasai kesan utama Vivix sejurus selepas mengambilnya. Alhamdulillah, antara tiga kelahiran anak-anak secara ceserean ini, kelahiran ketiga ini yang paling saya kuat. Kuat bukan kata terus nak bangun buat kerja, ronda-ronda ok…(ingat, jaga pantang betul-betul). Dah tak ada rasa perut menggeletar-geletar bila nak bangun dari katil, otot ditarik-tarik, jahitan rasa berdenyut-denyut dan kesakitan-kesakitan serius yang pernah saya rasai masa anak pertama.

Tapi, Vivix ni bukan magic pulak, bila makan terus boleh melompat. No no no!

Kenapa tindakannya cepat? Kerana ia bertindak terus ke dalam DNA kita untuk memulihkan segala kerosakan pada sel, termasuklah aktiviti sel tu sendiri. Jika sel sihat, semua proses berjalan lancar, tisu-tisu badan cepat pulih semula, proses keseimbangan hormon bakal diaturkan dengan elok semula, ketidakcukupan nutrisi lain akan di top up oleh antioksidan tinggi Vivix ni sebaik yang mungkin.

Ia tidak mengandungi dadah. 100% semulajadi. Ia juga meningkatkan metabolisma badan, membantu menyerikan wajah, menambahkan tenaga kepada sel yang mempengaruhi tenaga dalaman kita sendiri serta membantu kita untuk mengawal mood dengan baik.

Jangan berkira dengan diri sendiri. Kerana kita sendiri berhak untuk menikmati bahagia di dunia yang sebentar cuma ini. Selebihnya nanti masa kita akan “lama di dunia sana”. 

Alhamdulillah, saya memang berpuas hati sangat berpantang dengan Vivix kali ini. Dan saya menjaga adab-adab berpantang, tidak makan makanan berangin, minum air panas, berstokin dan sebagainya. Perkara ini sangat penting juga untuk kesembuhan kita.

Bila hati senang, bolehlah fokus pada penyusuan anak dan dari sini bonding bersama anak baru anak terjalin. Syukur juga, Vivix tidak mengganggu penyusuan anak saya. Malahan, lebih bertenaga untuk menguruskan kerja-kerja seperti biasa selepas berpantang ini dengan bantuan suami.

Syukur, saya ditemukan dengan lelaki yang macho tetapi dalam hati ada taman.

Terima kasih bang, jaga saya elok-elok masa berpantang. Terima kasih Mak Mertua saya yang paling lama menjaga saya dalam tempoh berpantang. Semua faktor-faktor ni mempengaruhi juga kesembuhan wanita dalam berpantang.

Yang paling pasti, saya sangat-sangat berpuas hati dapat berpantang dengan Vivix. Menurut Doktor Gynea, luka saya memang nampak cantik dan sembuh. Masa follow up pertama dengan Doktor ini, siap dikomennya “Eh, awak ni dah sebulan pantang ke? Nampak bertenaga dan segar je?”

Soal kesihatan jangan dibawa main ya. Pilih supplement bukan sebagai trend, tetapi supplement sebagai penambah segala nutrisi yang tak cukup di dalam badan ni.

Saya pilih Vivix untuk sihat selepas bersalin. Alhamdulillah. berpantang dengan vivix shaklee.

sumber: babycenter , ainulmalik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *