Berjaya Dalam Shaklee ?

Berjaya Dalam Shaklee ? Baru je balik, dari minum, hoo, banyak gile kitorang bincang tadi, dengan orang penting jugak minum, macam -macam benda kitorang cerita, tapi semuanya tak lari dari business, ya, banyaknya, kitorang borak pasal business shaklee yang tengah hot sekarang ni. Dari nak jaga downline, nak buat marketing, dan paling penting , macam mana nak jadi leader yang bagus suatu hari nanti. Ianya perlukan beberapa kriteria penting, sebelum kita betul-betul layak. Tapi memang yang paling penting yang perlu kita tanya, Sebab Apa kita nak berjaya dalam business shaklee ni ? Adakah sebab duit ? masa ? travel ? hooo itu memang best pun. tapi ada lebih penting dari itu .
Sebab UTAMA : Dapat MEMBUAT PILIHAN !!!
Korang baca balik, bunyi macam pelik, kenapa tak kata, sebab nak berjaya dalam business ialah dapat Duit banyak, Hoo, bunyinya nampak pelik, tapi sebenarnya itulah yang dikatakan sebagai KEBEBASAN, Ultimate freedom. Kita boleh membuat pilihan , pilihan ditangan kita, kita dikongkong , dan kita rasa tenang dan bebas untuk memilih yang terbaik untuk kita. Bahkan, ianya tiada masalah, jika pilihan kita kadang-kala menyakitkan orang lain, tapi tidak bagi kita, kerana kita punya kebebasan wang, masa dan tenaga, selain umur yang panjang dan sihat sejahtera.
Dapat membuat pilihan, sememangnya ialah kita lari dari dunia yang glamor, dunia logik otak kiri.
Kita tidak peduli dogma orang tua yang kebanyakkanya tidak berjaya dalam sesuatu bidang. Ada juga kita tidak perlu peduli, kerja itu dan kerja ini, akan memberikan gaji banyak, kerja tetap dan pencen yang senang di hari tua. Semuanya kita yang pilih, nak hidup macam-mana, nak bawak kereta apa, nak dengar muzik, fesyen dan sebagainya. Kadangkala, kita rasa pelik, seorang jutawan yang kaya raya, hanya bawak myvi sahaja, tidaklah pulak BMW. Bagi perempuan, kebebasan tak nak pakai beg LV, GUCCI, walaupun mampu beli beg tu sebulan sekali. Ianya menjadi suatu ketenangan, freedom, kebebasan, untuk memilih dan mencorakkan gaya hidup kita, tak kisahlah jugak seperti nak undi barisan nasional atau pakatan rakyat ataupun Ibrahim Ali parti katak. Orang lain kadang-kadang sibuk kerja, kita pulak pilih nak pergi jalan sana-sini tengok negara orang. Semuanya di tangan kita, jika kita berjaya dalam business.
Ada dua benda yang penting, iaitu, bila DUIT BUKAN TUJUAN UTAMA .
Hahaha, yang pening sikit nak faham, apasal pulak Bukan Duit ? Anda tahu, jika anda sudah sampai satu tahap, sebagai job satisfaction atau kepuasan bekerja, anda akan boleh mencapai tahap untuk memilih, membuat decision mengikut pengamatan sendiri tanpa perlu memikirkan orang lain yang mungkin dengki dengan anda. Lagi satu faktor kedua untuk ketenangan ini ialah ASAS YANG KUAT. Benda ini, sangat penting dalam menjayakan business , tak kisahlah shaklee, burung, gagak, emas dara dan sebagainya. Memahami tujuan sesuatu benda itu, lebih penting, anda perlu melalui saat pahit manis, kerana dalam buku pelajaran, ianya hanya catitan berdasarkan pengalaman, tapi nilai menikmatik dan melalui pengalaman susah senang dalam business adalah tidak ternilai. Jadi, anda perlu faham, usaha yang kuat, dengan teknik perniagaan yang betul, boleh membuatkan anda menjadi seseorang yang hebat. berjaya dalam shaklee.
Saja saya ulang dua kali, sebabnya, benda yang anda hendak capai ini, perlukan pengorbanan
perlukan duit, masa, dan tenaga anda, dikorbankan untuk berjaya. Anda pun tahu, ramai yang hendak RM 50k, tapi usahanya hanyalah layak mendapat RM 500 sahaja. Ada pulak takut nak belajar, nak keluar duit beli buku RM 15 pun tak sanggup, so tak hairanlah jika hasilnya pun sikit. Nampaknya, kita perlu berani, dan terus -menerus untuk mencuba, dan menghadapi krisis rugi duit, sebelum kita nak pegang duit yang banyak. Ternyata, dulu, saya galakkan wife mencuba pelbagai teknik pemasaran facebook , dan akhirnya duit itu memberikan pulangan, dan wife berjaya naik pangkat Supervisor pada Jun 2012. Bagi saya, saya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, kerana saya sukakan wife saya menghadapi cabaran, samalah kami menerima cabaran berniaga dalam syarikat burung suatu ketika dahulu.
Untuk berjaya, untuk bebas, untuk merasai banyaknya duit
dan sebagainya, anda sendiri yang tentukan, anda ingin berjaya atau tidak, terpulang kepada anda. Jika anda berminat, boleh juga Puan Ainul Mustafa membimbing anda dalam perniagaan shaklee ini. Semuanya bergantung kepada anda, di luar sana, pelbagai peluang terbuka, cuma anda perlu kerja, jangan malas, keluar dari comfort zone, dan terus menerus mengimpikan kejayaan yang indah. Oklah sehingga kita bertemu lagi. Salam

Cara Berjaya Dalam Shaklee MLM
Banyak sungguh orang cakap pasal MLM ni, dan ramai tak boleh nak terima pasal MLM ni sebab banyak kes tipu dan sebat duit orang sampai berpuluh ribu , sampai family pun kena pulau dan sebagainya. Tapi sekarang ni Alhamdulillah, ramai juga yang terbuka dengan sistem MLM bila kita betul betul faham dengan konsep yang betul dan tak makan duit orang, tak susah nak berjaya dalam MLM. So sebagai seorang yang tak berapa nak cun dalam bisnes shaklee ni, bolehlah gua nak kongsi sikit pengalaman gua yang pernah join pasukan burung merah dan macam macam lagi tawaran hebat .
Faham kan betul betul konsep MLM
Ramai yang tak faham konsep MLM yang betul. Pqling mudah ialah nak cut cost, kena ingat tuh, banyak benda boleh dijimatkan dengan pendekatan MLM, dari mulut ke mulut. Cara marketing begini boleh membuatkan pengedar boleh dapat untung banyak dari bayar duit kepada pengiklanan yang tentunya mahal .
Pendaftaran murah
Hahha ini satu lagi benda penting, pendaftaran memang kena murah dan senang. Kalau dah sampai masuk pun kena bayar ribu ribu, itu memang ada yang tak kena dengan sistem tu.
Bonus hanya pada SALES
Benda paling penting dalam sistem MLM yang bagus ialah bergantung pada penjualan produk sahaja. Memang ada skim pyramid yang bayar bonus kepada rekruters yang gila nak ajak orang join business.
Belajar menjual PRODUK
PERKARA paling penting dalam apa bidang business pun ialah boleh MENJUAL. Itu penting, kalau bagi produk bagus pun kalau tak reti menjual, takyahlah nak bising kata MLM tak bagus dan sebagainya.
Kembang NETWORK
perkara subjektif dalam mencari network, bila kita diauruh cari downline banyak banyak atau fokus kepada salea sendiri sahaja. Paling penting sekali bila kita nak mendapatkan downline. Apa yang penting ialah basic MENJUAL kita kena bagus, kalau tak bagus, sukar kita nak ajar dowline baru kita.
Jadi diri sendiri
Apa pun , kuasa soft selling paling kuat dan paling menarik sebagai magnet rezeki kita. Pelaburan terbaik untuk berjaya dalam MLM ialah dengan mencari ilmu. Satu lagi memperbaiki diri dari masa ke semasa, insyaallah orang mudah untuk menyertai kita.
Tak perku memaksa
Benda paling orang tak suka ialah bila kita suka memaksa orang join kita atau beli produk kita. Kalau saya pun tak suka nak paksa orang, kita pun rasa senang dan kawan kawan pun tak menyampah tengok kita. Mereka pun faham ini punca rezeki kita. Tapi pada masa yang sama mereka pun tak suka kita ni paksa. Tak bagus psiko diorang join kita dengab janii janji manis.
Kuasai PEMASARAN ONLINE
NeoMLM , atau MLM sekarang tak boleh lari dari kuasa online, internet . Gunakan dan belajar ilmu online dwngan betul betul, fokus pada kuasa blog, fbads dan sebagainya.
Bertanggung Jawab
Apapun kita bila dah ambil orang menjadi downline. Jadi tanggung jawab kita untuk membimbing mereka Bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap anak anak kita. Kalau mereka rajin, kita pun kena lagi rajin tolong mereka. Tapi kalau dah malas, kita kena sentiasa sabar dan mencari jalan untuk membantu dia mengubah minda dan pemikiran downline kita
Amalan ROHANI
Benda basic ni, biasakan lah buat, bukan untuk business, tapi ini lagi penting sebagai pelancaran hidup kita. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi sama sama tingkatkan amal ibadah kita !!!