Berat Turun Selepas Bersalin

Berat Turun Selepas Bersalin

Berat Turun Selepas Bersalin ? Pengalaman anak pertama yang hanya makan jamu dan pantang yang sangat ketat. Berat semasa hamil naik 13kg dan semasa dalam pantang 44hari hanya turun 9kg. Punya la payah nak turun berat. Menyusukan anak nafsu makan makin bertambah. Betul menyusukan anak boleh bakar kalori. tapi kalau kalori yang masuk lebih banyak dari yang keluar macammana ye. Hari ini kami nak cerita tentang

  1. Bagaimana Nak Turun 10kg Selepas Bersalin
  2. Kenapa Vivix Penting Selepas Bersalin
  3. Petua Tradisional Naikkan Seri Muka
  4. Kenapa Ikan Haruan Penting Selepas Bersalin
  5. Elak Rambut Gugur Lepas Bersalin

1. Bagaimana mahu turun 10kg dengan cepat selepas bersalin ?

1. Berpantang dengan betul

Semasa berpantang sila berpantang dengan betul. Minum air panas, makan makanan panas. Tapi jangan la sampai terabai segala nutrisi. Pastikan cukup segala zat, nutrisi yang diperlukan sebab ibu dalam pantang perlukan segala zat untuk kembali sihat, bertenaga. Makanan yang berzat akan membolehkan luka ketika bersalin cepat sembuh. Pasti ibu ibu mahu segera sihat kan. 

2. Berbengkung

Jangan mengelat tau. Amalan zaman berzaman ini tetap menjadi amalan ibu moden. Pemakaian bengkung untuk ibu yang bersalin secara pembedahan juga boleh tau. Sangat digalakkan untuk memudahkan si ibu bergerak. 

Kini terdapat pelbagai jenis bengkung. Ada yang panjang kena lilit dan ada yang moden hanya perlu lekat sahaja. Apapun pilihan para ibu sila pakai bengkung setiap hari..

3. Jamu atau vitamin

Ramai yang tak suka makan jamu atau vitamin ketika berpantang. Jamu atau vitamin sebenarnya membantu dalam proses pemulihan dengan cepat. Malah ramai ibu ibu yang makin berseri seri selepas bersalin kerana amalkan jamu atau vitamin dengan konsistent. Sedap berat turun selepas bersalin.

ramuan vivix

2. Wajib Vivix Bantu Berat Turun Selepas Bersalin

Vivix bantu berat turun selepas bersalin ? Selain itu mesti ada yang bersalin dan berpantang mesti akan rasa risau.

  • Luka ceaser lambat sembuh
  • Takut luka jahit lambat sembuh dan sakit
  • Sakit rengat, sakit pinggang, sakit urat
  • Bentan

Insyallah daripada pengalaman Sendiri dan Customer yang amalkan Vivix lepas bersalin memang Vivix sangat membantu kurangkan masalah yang kat atas tu.. ?

Untuk yang bersalin Czer, Vivix ni wajib korang minum.

  • Vivix sumber antioksidan dan mempunyai kandungan Resveratrol yang tinggi yang boleh bantu penyembuhan luka pembedahan.
  • Vivix juga bantu dalam membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA lagi. Vivix akan menghasilkan SEL2 baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya. Insyaallah luka jahit dan dalaman Insyallah akan sembuh dengan lebih cepat jika kita amalkan Vivix.
  • Dalam kandungan Vivix terdapat Penjana Tenaga yang dipanggil MITOCHONDRIA. Ini sangat membantu ibu-ibu memberi TENAGA kepada ibu-ibu sepanjang Berpantang. Sebab tu kita boleh nampak, ibu2 yang amalkan Vivix ni sentiasa BERTENAGA, TAK LESU dan Cepat Sihat!
  • Disebabkan Vivix ini membantu dalam melambatkan proses penuaan dalam badan, dan sangat bagus untuk kulit, jadi ibu yang berpantang ni nampak tak KUSAM, sentiasa cantik berseri-seri. Orang pun tak percaya, ibu bersalin dan lepas pantang. Nampak segar je muka. Best kan?

Ramai customer yang beli Vivix ni lepas dengar feedback and testimoni daripada kawan-kawan, kenalan n saudara mara yang amalkan Vivix. Lepas cuba sendiri baru tahu yang Vivix memang sangat membantu ibu2 yang berpantang!

So, kalau korang nk order dan dapatla cara makan yang betul boleh roger sis ye.
Cara makan exclusive untuk customer je ye.

3. Petua Tradisional Naikkan Seri Muka

Petua 1: Ambil beberapa tangkai daun inai, besihkan dan rebus. Minum airnya tiga kali seminggu. Seelok-eloknya pada waktu pagi dan malam.

Petua 2: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar separuh halus. Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan parut atau kisar. Satukan beras kisar dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.

Petua 3: Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak keberkesanannya.

4. Ikan haruan kaya dengan zinc yang dapat percepatkan luka sembuh

Pastikan kawasan sekitar luka dibersihkan selalu..setiap kali menukar pad..pastikan kawasan luka itu dibersihkan..pada peringkat permulaan cukup dengan lalu kan air di kawasan berkenaan kerana pada masa ini mungkin masih terasa pedih.

Pastikan kawasan kemaluan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Jangan malas untuk kerap menukar pad ye..walaupun kadang anda rasa darah tak banyak dan pad tak penuh..tak payah tukar?

jangan amalkan ye…biasakan tukar pad paling lama 4jam..jangan dibiarkan lebih lama kerana dikhuatiri akan dijangkiti kuman dan akan sebabkan masalah lebih parah.

Bersihkan tempat luka menggunakan air rebusan manjakani, asam keping dan sedikit garam.

Biasanya awal2 pagi saya akan rebus dulu bahan-bahan ni..dan setiap kali cuci kemaluan..saya akan menggunakan air ini untuk membilas..kemudian lap kering. Selepas bilas dengan air ni..tak perlu lagi bilas dengan air biasa.

Untuk kesan lebih cepat..selalu cuci tempat luka menggunakan putik kapas dan air suam. Namun kita perlukan bantuan seseorang untuk lakukan ini. Bolehlah minta bantuan dari suami untuk lakukan.

Pengalaman dari seorang kawan

katanya jika selalu dicuci dengan air suami lukanya bersih dan cepat sangat kering..memang lukanya cepat baik.

Selain itu, bolehlah amalkan makan sup ikan haruan. Ikan haruan memang dipercayai turun temurun dalam mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin. Ikan haruan sebenarnya kaya dengan zinc yang boleh mempercepatkan penyembuhan luka.Selain itu..boleh juga amalkan sup belut. Insya allah luka bersalin akan lebih cepat kering. Yang ni ada mungkin pilihan bagi mereka yang boleh makan belut..ada yang tak boleh makan belut..cukup lah ambil ikan haruan.

Amalkan vitamin c dan saya juga amalkan pengambilan zinc dalam bentuk tablet..bagi ibu-ibu yang tak suka makan ikan haruan dan belut..boleh terus telan je tablet zinc ni untuk membantu percepatkan luka sembuh.

5. Rambut Gugur Lepas Bersalin ? Cuba 7 Tips Berkesan Ini

Wah memang merana kalau dah rambut gugur lepas bersalin. Memang boleh jadi botak kalau tak dijaga, hahaha. Ok takpa, kita cuba petua tradisional di bawah, mana tahu boleh atasi masalah korang nih.

1. GUNA LIDAH BUAYA, BUNGA RAYA DAN LITUP BUMI

Ambil lendir daun lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Masukkan semua kedalam satu bekas. Campurkan sedikit minyak zaitun ke dalam semua adunan lendir pokok tadi. Kemudian sapukan di bahagian rambut selepas mandi di waktu pagi dan petang.

2. GUNA SANTAN KELAPA

Parut sebiji kelapa, perah dan ambil santannya. Masak santan sehingga mengeluarkan minyak dan biarkan sejuk. Rawatan rambut gugur ini mesti menggunakan santan yang sudah sejuk. Ratakan di seluruh bahagian kepala dan biarkan semalaman. Keesokan paginya, barulah rambut dibilas bersih.

3. GUNA DAUN SERAI

Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Kemudian, masak dengan secawan air hingga berwarna kekuningan. Sejukkan air rebusan tersebut. Usapkan air tersebut perlahan-lahan ke seluruh bahagian kepala. Amalkan selama dua minggu bagi melihat kesannya.

4. LIMAU NIPIS DAN PUTIH TELUR

Perahkan tiga biji limau nipis. Campurkan dengan dua biji putih telur. Ratakan di seluruh bahagian rambut. Biarkan selama dua jam. Kemudian, baru cuci bersih. Ini antara rawatan rambut gugur yang paling mudah.

5. GUNA LOBAK MERAH

Lobak merah (carrot) diparut halus. Kemudian, campurkan dengan minyak kelapa dan sapu rata pada bahagian rambut. Basahkan tuala kecil dengan air panas dan perapkan bahagian rambut.

6. GUNA HALBA

Rendam segenggam halba dan beberapa keping buah sintok selama dua hingga tiga jam. Kemudian, rebuskan hingga air rebusan berubah warna menjadi warna perang pekat. Biarkan sejuk. Ramaskan ramuan tersebut hingga hancur dan lumurkan pada rambut. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih.

7. GUNA KACANG HIJAU

Rebus segenggam kacang hijau tetapi jangan sampai air rebusannya kering. Biarkan air tersebut sejuk. Sebelum tidur, sapukan air tersebut pada akar rambut. Basuh rambut pada keesokan paginya. Boleh diamalkan pada setiap hari. Tentu sekali ini rawatan rambut gugur tradisional yang sangat mudah

So itu sahaja tips terbaik kalau nak atasi masalah rambut gugur lepas bersalin. Nak lagi best rawatan terbaik boleh cuba set rambut gugur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *