Berat Statik ?

PLATEAU . berat statik . Kalori jaga… work out buat… dah lebih 3 minggu berat tak berganjak 100gram pun… anda mungkin mengalami weight loss plateau. Bagi saya seminggu dua berat tak berganjak belum lagi dikira plateau… tapi kalau dah lebih 3 minggu sebulan… kena buat something.
TIPS KELUAR DARI BERAT STATIK
1. Air – yg ni tak payah tunggu sampai sebulan
even seminggu takda penurunan berat pun next week tu kita start minum air dengan lebih konsisten at least sampai urine jernih… bila kita kurang minum air, body akan simpan air (water retention)… berdasarkan pengalaman saya sendiri… saya bleh gerakkan semula penurunan berat lebih 2kg selepas 2 minggu sebelumnya takda penurunan langsung, hanya dengan minum lebih air saja.
2. Senaman – pelbagaikan senaman anda
jgn buat senaman yg sama setiap hari, body kita maybe dah boleh adapt dgn pergerakan fizikal tersebut… pengalaman saya sendiri… saya biasa briskwalk 6 kali seminggu… lepas adjust pengambilan air pun tak ubah plateau saya… saya kurangkan buat briskwalk kepada 3 hari seminggu selang seli satu hari jalan satu hari rehat… bila dah ada penurunan saya start balik 6 kali seminggu macam biasa.
3. Kalori – ubah pengambilan kalori
saya ada ceritakan sebelum ni mengenai Caloric cycling… ubah pengambilan kalori bukan bermakna rendah kan kalori utk hari2 seterusnya.. tapi pelbagaikan jumlah kalori harian samada kurang makan dgn lebih rendah atau makan dengan lebih banyak dari target kalori harian… kalau target 1500 sehari makan serendah 800-900 kalori harini esok makan setinggi 2100-2500 kalori… tapi make sure masih within target kalori seminggu.
4. Abaikan – fokus pada non-scale victory (NSV)
jangan obses dgn angka pada penimbang berat tu… pada pengalaman saya sendiri even berat tak turun pun body kita akan masih mengalami inch-loss… lubang tali pinggang dah boleh kurang lagi satu lubang, seluar makin longgar… peha makin mengecil atau kesihatan kita makin improve… bp makin baik, sugar level makin rendah to normal… naik tangga dah tak mengah… dah boleh jalan dgn lebih jauh
Nasihat saya jangan timbang hari2 nanti stress timbang seminggu sekali… jgn sebulan sekali sebab kalau takda penurunan berlaku kita dah rugi sebulan at least setiap minggu kita boleh adjust perkara2 yg di atas tadi.

DAH TURUN BERAT TIME PUASA ?
Seronok tengok progress member fb nih, ada yang dah turun 1,2,3,4 dan berbelas belas kilo. Ada yang dah start diet before puasa, dan ada yang bermula time puasa. Alhamdulillah, tahniah yang nampak progress tuh. Atleast tak sia sia kita puasa.
Walaupun kekadang puasa ke laut tak keruan, atleast puasa ni ibadah yang merangkumi kesihatan rohani dan jasmani. Walaupun rohani tuh tak cukup mantap, tapi bab jasmani korang dah nampak progress. bahaya berat statik nih…
Cumanya katalah dah habis puasa , masih tak capai target lagi, jangan risau. Kalau saya, saya teruskan je puasa sunat. Ulang balik apa yang kita belajar masa ramadan. Sebabnya, memang sukar nak dapat rentak untuk puasa nih.
Bulan puasa ni sebenarnya melatih kita dari tahan nafsu makan. Kalau siapa yang buat intermittent fasting (IF), mesti dah boleh continue. Kalau IF biasa boleh minum air, puasa pula dalam kategori Dry Fasting . Mengikut pendapat pakar, dry fasting ni 3 kali lebih berkesan dari IF. Kalau baca pendapat orang barat , depa kata kehadiran air IF sebenarnya boleh meningkatkan rasa lapar. So , bila dah biasa puasa, teruskan rentak puasa selepas ramadan.
Tapi cuma nak pesan, masa Hari Raya tuh paling mencabar. Hahahha memang gile makanan nya. Tapi takpa kita ikut tips Sharifah Aini masa raya. Korang tahu tak dalam banyak lagu raya, lagu Sharifah Aini yang ada subliminal mesage supaya korang jaga makan time raya. Lirik lagu itu berbunyi
“Rasalah ketupat ini, dengan rendangnya SEKALI”
“Sudilah rasa kuihku, pilihlah yang mana SATU “
Nampak tak ? time beraya, makan ketupat rendang tuh SEKALI je ok, kalau berkali kali , habis sia sia progress ramadan korang. Kuih pun pilih SATU kuih je, kalau pilih lebih dari satu, confirm gula tinggi.
Macam saya, ambil masa 4 bulan juga, 3 bulan tuh continue puasa macam biasa selepas sebulan ramadan. Tambah lagi ilmu senaman, ilmu suku suku separuh, ambil juga super food , oklah dapat berat macam kat bawah nih. Sekali nak ucapkan tahniah kepada kengkawan yang dah start turun berat time puasa nih. Teruskan rentak kecemerlangan anda. jangan berat statik
RESET BADAN BULAN RAMADAN
Ramadhan bulan terbaik untuk reset, bukan sekadar rohani tapi jasmani. Saya mula insaf pada puasa 2019. Saya pengsan dekat rumah masa tuh, sebab darah tinggi. Lepas tuh Allah bagi peluang, saya tak mahu tunggu lagi. Ok kita kena mulakan projek kurus.
Bermula pada 12/5/2019 , saya buat apa yang upline ajar. Master Z kata sahur cukup dengan cinch shaklee, masa berbuka nasi sikit. Masa raya banyakkan sembang dari makan, cuba jogging cukup 5 km walaupun lambat.
Ok saya pun teruskan puasa sunat lepas raya, buat buat buat buat, berjaya jugak. Hahaha, tak sangka berjaya setelah banyak kali cuba asyik gagal di hari kedua.
Buat teman teman , ambil peluang untuk reset kembali cara makan kita di bulan ramadhan. Dah dapat result, teruskan usaha . Apapun sahur dengan cinch memang mantop. Yehaaa !!! Ok now misi target bawah 60 kg pulak.

HELLO NEW YOU SHAKLEE
Selalunya kalau customer saya tanya apa vitamin untuk kurus dan turunkan berat badan secara sihat, lengkap serta paling berkesan..saya memang akan suggest set HNY ni lah!
Sebab apa tau, dah ramai yang consume dan dapat #shakleeeffect termasuklah saya
Macam mana Set Hello New You ni akan membantu korang untuk diet?
- bersihkan & reset sistem pencernaan dgn Herblax
- ambil Protein Cinch untuk kawalan pengambilan mknn tinggi kalori, beri tenaga di siang hari serta
- membina otot agar bdn tidak geleber dan last,
- bakar lemak & tingkatkan metabolisma bdn dgn Omega & Lecithin
The best part badan pon takde dah rasa cepat letih, lemau. Terasa lebih fit & cergas berbanding masa dulu. Siapa yang boleh dan patut consume set HNY ni selain yang nak kurus?
- Tingkatkan peluang hamil
- Nak kulit sihat dan cantik
- Maintain healthy weight waktu pregnant
- Badan selalu lemau dan lesu
- Nak achieve ideal weight lepas bersalin
- Relieve indigestion dan sembelit
- Mengawal nafsu makan yang kuat
- Kurangkan simptom PCOS


