Atasi Malu Dalam Berniaga

MACAM MANA CARA NAK ATASI MALU DALAM BERNIAGA ? Ini kenyataan. Faz dulu mula2 nak berbisnes pun malu. Tapi, Faz yakin benda ni boleh diatasi. Kita yang kawal diri kita. Kita nak berjaya. Nak capai impian.
Nak ubah hidup keluarga. Kenapa nak sabotaj diri? Antara yang Faz jadikan semangat untuk atasi rasa malu :
1. Redah je! Aku nak buat untuk anak2.. Untuk mak ayah. Untuk keluarga. Nak bantu orang lain sama2 ada income.
2. Keluar Zon selesa. Belajar bergaul. Faz memang susah nak bergaul dengan orang tapi bisnes banyak ubah Faz. Jadi mcm mana nak bergaul? Join aktiviti group atau syarikat.
3. Jadikan kisah orang lain sebagai inspirasi. Ramai orang berniaga yang berjaya yang dulunya malu.. Tapi, boleh je berjaya. So.. Teknologi hujung jari kan.. Search je kisah inspirasi.
U.S.B DALAM BISNES MLM
Haa apa tu USB, ni bukan USB macam cucuk kat laptop tu, bukan sama sekali.
Tapi USB ni benda yang perlu ada untuk kekal dan berjaya dalam dunia MLM.
USE
Saya jatuh cinta dengan Shaklee bukan kerana upline janjikan wang juta-juta. Tapi kerana saya jatuh cinta dengan produk. Jadi pengguna setia pada produk.
Saya tahu apa yang saya jual, saya dah makan apa yang saya jual. Saya dah rasa kesan dari produk yang saya jual. Pendek kata kena jatuh cinta dan betul-betul jadi pengguna setia produk.
Bukan konon-konon makan sebab nak update kat fb je. Beriya suruh orang beli tapi sendiri pun tak tahu rasa produk tu macam mana.
Mungkin boleh lah bertahan satu dua hari. Tapi ianya tak akan kekal lama.
SHARE
Tak pernah terfikir pun asalnya nak berbisnes ni. MLM pulak tu. Tapi saya hanya berkongsi manfaat produk. Niat awal nak semua ibu-ibu menyusukan bayi mereka. Dengan izin Allah produk yang saya amalkan ni sangat-sangat membantu saya menyusukan bayi sehingga 2 tahun.
Saya sharekan cerita tentang manfaat produk, saya cerita di blog, saya cerita di fb. Bila dah seronok, saya mula study pasal produk, ohh banyak sangat manfaat dan specialnya produk ni.
Saya cerita dan bagi tahu semua orang. Tak sangka dengan bercerita dan berkongsi ianya menjadi bisnes yang boleh dijadikan legasi.
BUILD
Bila dah guna, dah kongsi, dan ramai juga dah cuba. Masa ni banyak dah feedback yang dapat. Haa di sini semuanya bermula. Empayar mula di bina.
Leader-leader yang menduplikasi cara yang sama mula dilahirkan. Fasa ni fasa yang utama. Di sini, jiwa perlu kental, hati perlu kuat, telinga perlu dipekak kan.
Ikut cakap leader-leader yang lebih lama bertahan dari kita. Jangan sombong untuk belajar dan terus berlajar. Terus berkongsi dan berbaik sangka. Pasang surut berbisnes tu lumrah. Tapi sejauh mana kita bertahan itu yang utama.
Fasa ni, kalau tak cukup kuat, segala yang kita bina akan hancur sekelip mata. Sabar kena tinggi. Ego campak ke tepi.
Ingat fasa build ni bukan sehari dua, bukan sebulan dua, tapi ianya memakan masa. Jika tergelincir habis ranap semuanya.
Mudah bukan, tak sesusah mana pun sebenarnya. Tapi yang susah adalah hati kita sendiri. Sama ada mahu terus kekal berusaha dan terus berusaha. Atau berhenti sampai di sini sahaja. atasi malu dalam berniaga

FAKTA BONUS Shaklee
1. sebulan sekali akan dapat setiap 14hb. kadang kadang lebih awal, macam harini 13hb dah masuk.
2. bonus ni bukan dibahagi dengan team. setiap orang dapat bonus masing masing yg Shaklee bagi. ada setengah bisnes, bonus tu diberi utk satu team, nampak macam jumlah banyak tapi kena bahagi. kalau Shaklee, ia 100% milik kita tak kira lah berpuluh ribu ke ratus ribu ke.
3. bonus Shaklee, upline tak ambil bahagian downline. Downline dapat % yang dia layak. Makna nya sistem bonus Shaklee ni yang paling adil dan saksama.
4. Bonus shaklee adalah INFINITY. tiada paras siling. tiada bonus/gaji mati. contoh kerja kita ada gaji mati. jawatan tertentu ada gaji matinya. dalam Shaklee, tiada limit. bonus akan makin besar jika team dan sales kita makin banyak.
Bonus Shaklee diberi dari sales bukan dari recruitment/ head hunting.
6. shaklee tak pernah miss bayar bonus setiap bulan ?
7. Payslip bonus Shaklee ‘laku’ atau boleh digunakan untuk buat loan sprti loan kereta, motor atau rumah.
8. Bonus Shaklee paling sikit RM25+-. Paling banyak; tiada. kerana bonus kita tiada had maksimum.
9. Bonus dibayar terus masuk ke akaun bank kita yang didaftarkan semasa kita jadi ahli.
10. Bonus paling minimum ialah 5% dan up to 21% bergantung pada sales team masing²
11. Bonus Shaklee ada 12 jenis bonus, bukan hanya Personal Bonus..tapi ada lagi bonus lain seperti Net Personal Bonus, Leadership Bonus, Infinity Bonus dan lain2 lagi
12. car bonus shaklee dapat seumur hidup skali bila dah layak. bukan sekadar 3-5 tahun saja .
Makan Gaji Sambil Berniaga
Memulakan perniagaan dan mendapat gaji boleh menjadi mencabar pada permulaannya. Ramai orang bertanya soalan sama ada sesiapa sedang membeli produk/perkhidmatan anda. Sudah menjadi lumrah jika anda ingin menjana wang apabila anda memulakan perniagaan, tetapi ia juga boleh menjadi proses yang sukar untuk dilalui. atasi malu dalam berniaga.
Secara peribadi, saya bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang saya perolehi. Saya telah belajar untuk menghargai walaupun jumlah pendapatan yang paling kecil dan bersyukur untuknya. Apabila anda menjalankan perniagaan dengan jujur, anda lebih kerap mengingati Allah, membaca doa dan memohon ampun.
Ia adalah satu perkara yang indah untuk mengalami kegembiraan dan ketenangan yang datang bersamanya. Walaupun menghadapi cabaran, Allah sentiasa menyediakan orang yang baik untuk menyokong kita. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang saya dapat dalam perniagaan saya. Saya percaya bahawa Allah telah mempertemukan kita atas sebab tertentu.
Dalam dunia hari ini, sukar untuk mengawal emosi kita, tetapi kita mesti ingat untuk bertenang dan berpaling kepada Allah untuk mendapatkan pertolongan. Kita mungkin menghadapi ujian yang sukar, tetapi Allah hanya menguji kita kerana Dia mengasihi kita dan tahu kita mampu untuk mengatasinya. Saya harap kisah saya ini dapat menjadi peringatan untuk menghargai nikmat Allah dan sentiasa berpaling kepada-Nya di kala susah.