Asma dan Inhaler

Asma dan Inhaler

Asma dan inhaler ? Asma merupakan sejenis penyakit melibatkan saluran pernafasan. Penghidap asma mempunyai salur pernafasan yang ‘hyperresponsive’ atau dengan kata lain, terlebih sensitif.

Apabila terdedah kepada sesetengah faktor pencetus, saluran pernafasan akan menjadi sensitif kemudian akan bertindakbalas dengan menghasilkan lendir atau ‘mucus’ dan kemudian otot-otot saluran pernafasan akan mengecut (bronchoconstriction).

Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan seterusnya mengakibatkan susah atau sesak nafas.

Asma tidak boleh berjangkit tetapi boleh diwarisi.

Antara faktor pencetus asma adalah;

•Asap rokok
•Haiwan peliharaan (bulu anjing atau kucing)
Habuk pada permaidani, katil, bantal, patung berbulu
•Asap dari ekzos kereta, sesetengah minyak wangi dan juga bau sesetengah sabun pembersih.
•Debunga (‘pollens’) dari bunga.
•Cuaca atau angin sejuk, atau kadang-kadang cuaca panas dan hujan
•Selsema atau lain-lain jangkitan
•Aktiviti-aktiviti seperti berlari, bermain, bersukan.

Bukan setiap pesakit asma mempunyai alahan yang sama. Ia bergantung kepada faktor pencetus.

Tanda2 serangan asma;

1) “Wheezing”- bunyi seperti orang bersiul sewaktu melepaskan nafas.
2) Batuk
3) Berasa susah untuk bernafas
4) Berasa kekurangan udara
5) Dada berasa ketat
6) Berasa letih dan kekurangan tenaga
7) Berasa susah nafas semasa bersenam atau aktif bermain.

Berdasarkan tanda-tanda yang dialami seseorang pesakit, penyakit asma boleh diklasifikasikan mengikut tahap keseriusan penyakit.

Rawatan asma biasanya menggunakan inhaler. Ada dua jenis inhaler;

1. Ubat pam (inhaler) sebagai pelega cepat (‘quick reliever’).

• Apabila asma menyerang, ubat ini digunakan untuk melegakan pernafasan dan memberhentikan serangan asma.
• Ubat ini juga boleh digunakan sebelum anak melakukan aktiviti bersukan sekiranya aktiviti bersukan merupakan salah satu faktor pencetus asma. Ini dapat mengurangkan kemungkinan serangan asma untuk berlaku.
• Ubat ini berfungsi dengan meluaskan otot-otot saluran pernafasan dan melegakan pernafasan.
Contoh: Salbutamol

2. Ubat pam (inhaler) steroid sebagai pengawal and pencegah asma.
  • Ubat pam steroid akan dimulakan untuk pesakit asma di mana penyakitnya tidak terkawal dan serius.
  • Ubat ini berfungsi dengan mengurangkan bengkak dan radang di saluran pernafasan dan seterusnya mencegah serangan asma.
  • Ubat ini tiada fungsi pelega cepat.

Ini bermaksud ia tidak sesuai digunakan waktu serangan asma sedang berlaku. Ia juga mengambil masa yang lebih panjang untuk menampakkan kesan postitif.
• Ubat ini perlu digunakan SETIAP HARI untuk suatu jangka masa yang lebih panjang untuk menampakkan keberkesanannya. Setelah asma menjadi terkawal dengan ubat pam steroid, doktor akan mengurangkan pengunaan ubat secara perlahan-lahan dan berkala, dan seterusnya memberhentikan penggunaan ubat tersebut.
• Tempoh penggunaannya bergantung kepada individu dan tahap keseriusan asma. Ini bergantung kepada keadaan dan kawalan asmanya. Kanak-kanak yang mengidap asma dan memerlukan ubat pencegahan perlulah dipantau oleh pakar kanak-kanak.
Contoh: Budesonide, Flixotide.

** Jumlah steroid di dalam ubat sedut adalah minimum. Maka usah risau jika pengambilannya perlu untuk jangka masa yang panjang.

Ubat asma adalah selamat, jika pengambilan dan pengunaannya adalah mengikut arahan doktor. Ubat yang diambil melalui ínhaler’ juga hanya bertindak dan diserap di salur pernafasan dan tidak melalui penyerapan darah. Ini mengurangkan kadar kesan sampingan kepada pesakit.

Kebergantungan.

• Ada sesetengah ibu bapa/ pesakit risau tentang kebergantungan pada ubatan ini. Ia tidak benar dan tidak berlaku. Ia bukan sejenis ubatan yang menyebabkan ketagihan.

• Ada juga ibubapa yang risau pengambilan ubatan ini lama-kelamaan tidak berkesan lagi sekiranya ia diambil untuk jangkamasa yang panjang. Ia juga tidak benar.
Sebaliknya, jika prognosis semakin baik, ubat boleh dihentikan selepas dinilai oleh pakar kanak-kanak.

• Kebanyakan keadaan asma semakin baik dan terkawal apabila usia budak semakin meningkat. Lebih kurang 60% pesakit asma tiada tanda-tanda lagi selepas umur 6 tahun. Tetapi segelintir akan mengalami masalah asma sehingga ke dewasa.

Mengapa perlu rawat asma jika asma secara semulajadi akan bertambah baik apabila umur semakin meningkat?

  • Kita masih perlu mengawal asma apabila terdapat tanda-tanda yang dialami oleh sesorang budak asma yang menunjukkan asmanya tidak terkawal.
  • Asma yang tidak terkawal boleh mengakibatkan serangan asma yang teruk, sehingga boleh meragut nyawa.
  • Apabila asma tidak terkawal untuk jangka masa yang lama, pertumbuhan kanak-kanak akan terjejas, berat badan susah untuk bertambah dan perkembangan otak turut terbantut. Asma dan inhaler

Matlamat Merawat Asma,

  • Mengelakkan kemasukan ke hospital dan keperluan mengambil gas di kecemasan.
  • Mengurangkan dan mengelakkan ketidakhadiran ke sekolah bagi mereka yang kerap diserang asma dan ia tidak dirawat.
  • Mengelakkan tidur yang terganggu kerana serangan asma yang berterusan.
  • Memberi peluang kanak-kanak dengan asma mengambil bahagian sepenuhnya dalam activiti harian termasuk bermain, bersenam dan bersukan. Asma dan inhaler.

Komplikasi Asma

Serangan asma yang kerap dan serius.
  • Pesakit terpaksa masuk ke hospital berulang kali akibat serangan asma.
  • Asma yang serius adalah seperti status asmaticus dimana ia adalah keadaan yang paling serius yang boleh membawa maut akibat sempitan dan kebengkakan saluran pernafasan yang berterusan disebalik pemberian pelbagai jenis ubatan.
  • Pesakit biasanya mendapat kegagalan pernafasan (respiratory failure) yang memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin (ventilator).
Komplikasi berkaitan paru-paru.

Semasa serangan asma, boleh berlaku komplikasi yang melibatkan paru-paru seperti alveoli menguncup akibat sumbatan oleh mucus (atelectasis), jangkitan paru-paru (pneumonia dan bronchitis) dan kebocoran paru-paru menyebabkan udara keluar dari paru-paru dan terperangkap pada ruang pleura (pneumothorax).

Penyempitan salur pernafasan berkekalan.

Serangan asma yang berulang akan menyebabkan radang pada saluran pernafasan dan badan cuba memperbaiki radang ini. Dalam proses pembaikan ini ada bahagian yang akan diganti dengan tisu-tisu parut yang boleh menyebabkan penyempitan menjadi berkekalan. Proses ini dalam istilah perubatan dipanggil ‘airway remodelling’. Ia boleh menyumbang kepada serangan asma yang kerap dan teruk.

Batuk berterusan

Asma yang tidak terkawal, boleh dimanifestasi dengan tanda batuk berterusan. Kadang-kadang keadaan ini boleh terlepas pandang oleh doktor yang merawat.

Gangguan tidur dan keletihan

Serangan asma berlaku atau bertambah teruk terutamanya pada waktu malam. Ini boleh mengganggu tidur seterusnya seseorang yang kurang tidur akan merasa letih keesokannya.

Limitasi dalam aktiviti fizikal, bermain dan senaman

Seseorang yang menghidapi asma boleh mengalami kurang keupayaan untuk terlibat aktif dalam aktiviti fizikal seperti bersukan dan bermain. Ada juga yang mengalami limitasi untuk melakukan aktiviti harian asas seperti melakukan kerja rumah, memasak dan sebagainya

Tidak hadir kerja atau sekolah

Serangan asma yang teruk atau berterusan akan menyebabkan seseorang tidak dapat hadir bekerja atau menghalang pelajar dari menghadirkan diri ke sekolah. Mereka kerap mengambil cuti sakit.

asma dan inhaler

Bagaimanakah suplemen Omega-3 membantu penyakit asma?

“Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. Because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing, and because Eskimos, who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized that fish oil might benefit asthma sufferers.”Sumber: LiveStrong. Asma dan inhaler.

Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma/lelah mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah dan pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.

Dingatkan omega guard hanya supplement membantu kurangkan radang.ianya bukan ubat untuk merawat penyakit

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *