Alfalfa Raja Segala Tumbuhan

Alfalfa Raja Segala Tumbuhan
Alfalfa Raja Segala Tumbuhan ? Bak kata namanya, Alfalfa dikatakan satu istilah daripada Arab. Tapi secara saintifik alfalfa di beri gelaran sebagai Medicago Sativa. Alfalfa boleh diperolehi dari banyak sumber, dari daun, dan paling baik ialah dari akar yang jauh masuk ke dalam. Mengikut kajian, Alfalfa dikatakan mampu mengurangkan kadar kolestrol jahat LDL dalam darah, dan ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Selain itu, alfalfa juga mempunyai banyak manfaat lain. seperti. yang ada dalam blog lyna noh.
Banyakkan susu / Milk Booster
Sememangnya, ianya memang dikenali sebagai Milk Booster. Walaupun Alfalfa tidak diuji oleh ibu yang menyusukan anak, ianya memang boleh untuk menambahkan susu badan. Lagi lagi kalau Alfalfa shaklee ini di gabungkan dengan Energizing Soy Protein (ESP), memang bestlah katakan. Tapi nak remid kakak kakak, dan suami, jangan lupa abaikan konsep susu ibu ini. Shaklee bukannya milk booster semata-mata.
Menguruskan Badan
Yang nilah aku katakan, abang supersyazwan kita, yang kurus dengan mengambil Alfalfa sebagai detoks. Gabungan Alfalfa dan lecithin sememangnya bagus untuk mengawal berat badan. Selain itu kajian juga mendapati Alfafa membantu seseorang mengawal selera makan. Wife aku pun sejak ambil alfalfa, selera makan terkawal, dan membantu untuk menurunkan berat badan.
Pantang Larang / Precaution
Beberapa pantang larang, yang perlu diambil kira. Alfalfa Shaklee berbeza dengan Alfalfa lain, ianya bebas dan memang dikawal rapi pembuatannya, disemai dan bebas dari racun. Selain itu, orang mengalami SLE tidak boleh mengambil Alfalfa. Isu SLE ini memang hangat, termasuklah master Iffah. Ok SLE ni nanti kita cerita lain.
Mengatasi Resdung
Antara yang menarik lagi tentang Alfalfa ialah kebolehannya untuk mengubati penyakit resdung. Biasalah pagi pagi bangun hidung tersumbat, dan sebagainya. Ramai pengguna berpuas hati, rasa lega hidung bila mengambil Alfalfa. Banyak juga testimonial resdung Alfalfa kalau rajin boleh google sendiri pengedar shaklee yang lain.
Melawan Kanser dengan Alfalfa
Cerita seorang Master Law , bekas pemberita NTV7, sekarang ni dah buat shaklee, muka makin sihat. Dia mengalami kanser, dan badannya hampir kurus, dan teruk. Rahsia dia pulih dari kanser ialah dengan mengambil Alfalfa, sebab masa tu VIVIX takda lagi kat Malaysia. Ada juga Master shaklee yang lain, menyarankan ambil alfalfa untuk kesihatan badan yang optimum.
Alfalfa Shaklee Mahal Tak ?
Kalau nak compare dengan Vivix, memang gilelah beza, tapi ianya memang bagus untuk kesihatan optimum, kesihatan total, menyeluruh. OKlah, nanti kita bincang lagi tentang vitamin shaklee yang bagus untuk kesihatan menyeluruh. Apa dia ye , rasanya ada tiga , oklah nanti kita bincang lagi.

Pencuci Kesulurahan Tubuh ?
Bila nak bercerita tentang pencuci keseluruhan tubuh, boleh je cuci pakai sabun mandi. Hehehe, tapi yang ni lain, kalau nak cuci badan, nak cuci betul betul, nak buang toksik, kenalah cari pencuci dalaman, kasi buang semua dalam perut, dalam darah, dan macam macam lagi organ dalaman yang dah dikotori. Tapi apa yang bagus nak makan ? Jawabnya ALFALFA SHAKLEE !!!!
Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik.
Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.
7 Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee
Alfalfa yang terkenal dengan jolokan “Raja Segala Tumbuhan” terbukti memberi banyak manfaat kepada kesihatan seperti merawat resdung dan alahan, masalah keputihan bagi wanita, masalah sendi dan lain-lain lagi.
Harini nak share satu lagi Shaklee Difference berkaitan dengan produk Alfalfa Complex. Apakah kelebihan dan perbezaan Alfalfa keluaran Syarikat Shaklee berbanding Alfalfa keluaran syarikat lain.
Perbezaan Shaklee:
1) Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950 an.
2) Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/
baja bebas kimia.
3) Medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga
20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.
4) Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil.
5) Daun-daun yang telah matang dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian lain yang tidak penting akan dilupuskan.
6) Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.
7) Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.
Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.
Tudia.. betullah kata pepatah. Tak kenal maka tak cinta. Kalau nak senang dan cepat boleh je Shaklee keringkan daun alfalfa tu guna teknologi (contohnya mesin pengering). Tapi Shaklee tak buat macam tu. Semuanya demi menghasilkan produk yang bermutu dan berkualiti tinggi. Memang so in love dengan Alfalfa Complex Shaklee, produk kedua Shaklee yang nuha guna 🙂
Bukan Sekadar Penggalak Susu
Tetapi, fungsi alfalfa juga sebenarnya lebih daripada sekadar penggalak susu. Anda boleh refer entry saya yang lepas bawah label ‘alfalfa’ untuk maklumat lebih lanjut. Secara ringkas, khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:
1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid.
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat asma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
Rekomendasi
Sangat bagus untuk Sistem Usus dan Perut. Larutkan 10 biji Alfalfa Complex di dalam air, campurkan 3 biji Shaklee Peppermint-Ginger dan jus buah atau jus pekat untuk rasa yg lebih enak. Hubungi kami utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.