Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa Complex Shaklee

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee. Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an.

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”.

Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.

Antara vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Alfalfa Shaklee adalah

Vitamin A – Untuk penglihatan. Membina ketahan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan: menggalakan pertumbuhan sel, menggalakan kulit yang sihat.
Vitamin E – melindungi sel-sel daripada sinar uv, kesihatan jantung, kardiovaskular, kesihat otot, memperbaiki sistem imun badan, menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metbaolisme protein dan lemak, menggalakan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan
Kalsium – membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah, mengawal rentak jantung, membantu pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.
Zat besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
Kalium – membantu fungsi otot, jantung, tindakbalas enzim dan untuk digest lemak.
Fosforus – meningkatkan peranan tisu saraf.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair dalam badan
Magnesium – mengelakkan sembelit, membantu fungsi otak dan melindungi kulit.

dan banyak lagi vitamin dan mineral yang dijumpai yang tak dinyatakan di sini. Selain itu, Alfalfa juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur.

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :

Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee

1. Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
2. Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
3. Memberi kelegaan semasa period.
4. Membantu Merawat arthitis
5. Membantu Merawat athma
6. Mencuci usus bagi membuang toksik
7. Membantu membuang angin dalam badan
8. Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
9. Meneutralkan asid dalam badan
10. Membantu masalah keputihan pada wanita.
11. Membesar dan menegangkan payudara.
12. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
13. Memulihkan urat selepas bersalin.
14. Milk booster
15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
16. Meningkatkan stamina lelaki
17. Membantu Melegakan masalah sembelit

SIAPA PERLUKAN KHASIAT ALFAFA SHAKLEE?

1.Mereka yang ingin menyingkirkan sisa toksin di dalam badan (detoksifikasi)
2. Mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi
3. Mereka yang mengidap penyakit kencing manis
4. Mereka yang mempunyai masalah sakit sendi
5. Mereka yang mempunyai masalah pundi kencing (kencing tidak lawa, batu karang)
6. Mereka yang mempunyai masalah asthma
7. Mereka yang mempunyai masalah gastrik
8. Mereka yang mempunyai masalah bau badan yang sangat kuat
9. Mereka yang mempunyai masalah dengan bau mulut
10. Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan wanita seperti keputihan, sakit ketika bersama, merapatkan miss ‘V’
11. Golongan ibu menyusu yang mempunyai masalah penghasilan susu badan
12. Golongan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan lelaki seperti kelenjar prostate, tahan lama dan sebagainya

Golongan yang tidak boleh makan alfalfa

1. Penghidap SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Dalam Alfalfa ada sedikit protein yang memberi tindak balas kepada pesakit SLE. Sebab tu la pesakit SLE tak boleh makan Alfalfa.

2. Pesakit Psoriasis

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gatal dan adakala menyakitkan.

Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit Psoriasis masih belum diketahui, tetapi umumnya Psoriasis berkait dengan sistem imun dan genetik individu.

3. Ibu menyusu bayi G6PD deficiency

G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.

Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *