10 Sikap Positif Dr Forrest Shaklee

10 Sikap Positif Dr Forrest Shaklee. Hari ini Alhamdulillah, membuat sedikit pembacaan, penelitian dan perkongsian kepada pengasas Shaklee Corporation, pengasas kepada multivitamin tertua di dunia. Iaitu Dokto Forrest Shaklee. Mungkin korang tak kenal, dan hayati siapa pengasa produk Shaklee nih. Mengenali pengasas produk nih sangat penting, dia bukan je tinggalkan produk yang hebat , tapi cerita dia juga boleh dijadikan motivasi dan kehebatan untuk kita. Kalau kita rungkai satu satu, kita boleh kenal Doktor Forrest Shaklee.
10 SIKAP POSITIF DOKTOR FORREST SHAKLEE YANG PATUT KITA CONTOHI
1. Tak putus asa
Saat kelahiran beliau, bidan amerika tuh kata dia takda harapan, tapi dari dalam darah family shaklee, dia berjaya lawan semua tuh, walaupun mengidap tubercolosis, keluarga beliau percaya, dan tak putus asa berikan yang terbaik untuk beliau. Sejak dia lahir, sampai dia besar, banyak perkara yang berlaku pada dia, ofis terbakar, investment rugi, dan paling tragik didiagnosis kanser. Tapi mamat nih jenis tak mudah putus asa, dia sentiasa buat yang terbaik, sampai Mayo Clinic tuh pun terkejut dia bebas dari kanser, hasil dari permakanan beliau dan vitamin ciptaan beliau
2. Pemerhati yang baik
Kerana beliau duduk di kawasan kampung, masa kecil dia banyak melihat dan memerhati alam. Dia banyak memerhati dan memerhati, sehingga membawa satu prinsip di mana nature can cure itself, jika binatang boleh menyembuhkan penyakit sendiri, kenapa tidak manusia. Dari menjadi pemerhati yang baik, dia berminat nak belajar tentang herba-herba nih,
3. Sentiasa belajar
Dia ada seorang yang sentiasa belajar, sejak dari kecil sehinggalah dia meningkat dewasa, Doktor Forrest Shaklee sentiasa belajar ilmu baru. Dia belajar dari dr palmer tentang chiropracter, lepas tuh belajar lagi sampai gelaran doctor of naturopath. Doktor Forrest Shaklee seorang yang suka belajar dan terus belajar
4. Inventor yang hebat
Kalau korang rasa dia pencipta vitamin yang hebat, dia sebenarnya mencipta macam-macam benda lagi. Bayangkan dia boleh mencipta benda benda nih. – dia juga pencipta MLM , suatu konsep dimana distributor produk shaklee boleh mendapat keuntungan, dan konsep pengajaran door to door. – dia mencipta mobile house, akibat dari kebakaran klinik beliau, dan memudahkan beliau bergerak dari satu tempat ke satu tempat – beliau juga bekerja sama dengan Harvey FIrestone mencipta tayar kereta , tapi Harvey Firestone yang patentkan ciptaan tayar tuh, dengan jenama tayar Firestone.
5. Bergaul dengan orang yang hebat
Di saat sebelum shaklee corporation ditubuhkan, beliau dah berkawan dengan ramai orang yang hebat. Orang tuh termasuklah Harvey Firestone, Thomas Edison , Henry Ford, Colonel Sanders, dan ramai lagi. Disebabkan pergaulan ini, mana mungkin Thomas edison boleh mengeluarkan satu qoutes yang hebat tentang perubatan masa depan. bunyi qoutes tuh ialah “The doctor of the future will give no medication, but will interest his patients in the care of the human frame, diet and in the cause and prevention of disease. ~ ” Korang tak terfikir ke bagaimana Thomas Edison dapat mengeluarkan kenyataan ini. Adakah ini mungkin hasil dari pergaulan dengan Doktor Forrest Shaklee, atau tetiba dia mimpi dapat qoutes ni dari tuhan.
6. Kesabaran tahap tinggi
Satu lagi sifat Dr Shaklee, sama macam tak mudah putus asa, dia percaya kesabaran tuh sangat penting, dia percaya, benda nature ni mengambil masa untuk berhasil. Dia percaya pada kuasa nature ni semasa dia cuba merawat badan dia dari kanser. Dia percaya, kanser bukan penyakit yang boleh sembuh dalam sebulan . Dia percaya pada determinasi tinggi, dan kesabaran itu menyembuhkan penyakit kanser beliau. Itu belum lagi ditambah liku-liku yang beliau hadapi dalam business shaklee. Diceritakan jugak business shaklee pernah kehilangan seorang distributor yang hebat yang digelar Red Ladys, tapi dia tetap sabar dan yakin.
7. Kuat agama
Jangan tak tahu, DR Shaklee juga selalu aktif dalam keagamaan, sampai dia dapat gelaran Doktor of Divinity dari gereja.
8. Family man
Dia memulakan business dengan melibatkan anak anak beliau, Lee dan Forrest Jr. MEreka telah berusaha untuk memajukan shaklee. Mereka buat business tuh sampai berjaya. Masa first leadership conferences di San Francisco, Dr Shaklee galakkan leader shaklee ni libatkan family, bawak anak, join aktiviti mereka, kerana tahu business ni akan diwariskan kepada anak-anak ni jugak. Ianya menjadi satu pembelajaran yang bagus untuk generasi akan datang. Sebab tuh dekat US, even dekat Malaysia , dah melibatkan dua generasi buat business shaklee, anak beranak jadi master coordinator dan sebagainya.
9. Menghormati bidang lain
Walaupun dia seorang yang pakar dalam bidang nutrisi dan diet, dia tak pernah memperkecilkan orang lain. Satu ungkapan terbaik baik beliau tentang perubatan ialah berbunyi begini : “I never belittle the medical profession”, he once said, “but we are in two separate fields of endeavor. They are trained to treat disease. I am interested in building health.” Ini satu prinsip yang sangat penting kepada kami SID, jangan sampai kita ganti tempat doktor yang lebih pakar dalam bidang perubatan.
10. Prinsip yang teguh
Berfalsafah tinggi, ye, dia mempunyai prinsip yang teguh ini membuatkan produk shaklee kekal nature dan selamat. Falsafah ini hasil dari banyak pembacaan beliau, terutama dari hasil penulisan Banner MacFadden yang menyatakan “drugs (ubat) hanya menutup simptom tapi tidak mengubatai” Prinsip yang teguh ini, yang melihat kuasa alam ciptaan tuhan, membuatkan beliau mencipta produk Shaklee dengan selamat.
Beliau sendiri berkata , beliau tidaklah mencipta vitalea ituh, itu adalah produk nature yang diolah menjadi satu produk vitamin yang hebat. Prinsip ini dipegang sampai sekarang oleh Shaklee Corporation. Kerana prinsip yang kuat ini, membuatkan CEO Shaklee sekarang Roger Barnett berjaya memajukan SHaklee. Roger Barnett berpegang pada falsafah nature nih, dan cuba meningkatkan kualiti produk shaklee. Ini termasuklah Climate Neutral office dan freinds of the sea.
KESIMPULAN
Banyak lagi yang kita boleh belajar tentang Dr Forrest C Shaklee, cukuplah 10 perkara yang menarik tentang dr Shaklee nih. Sebagai SID,kenali dr shaklee nih dulu, tentu anda akan dapat banyak idea dan kuasa. Buku yang best untuk di baca tentu sekali ” THe Shaklee Story” tulisan Robert L. Shook. Macam macam lagilah, boleh baca, google je. Yehaaa